Monday, December 21, 2009

Dua Amalan Sunnah dengan Ancaman Rasullulah terhadapnya

Kuliah Ustaz Kamal Ashaari sangat menarik malam tadi. Berlangsung di Surau An Nur dengan orang ramai bersesak bukan sahaja ke Surau tersebut bahkan pada malam tersebut di Darus Syifa pengajian kepada penuntut2nya berhubung kaedah perubatan Islam.

Ini merupakan kali pertama penulis mendengar kuliah secara langsung dari beliau. Teringat pada ketika penulis masih remaja kegemparan oleh beliau terhadap isu mayat manusia bertukar wajah dan pemecatan beliau sebagai salah seorang imam masjid shah alam.

Pemahaman kita terhadap ibadah sunat adalah buat takpe, tinggalkan pun tiada apa2. Namun apabila sesuai dengan peredaran masa dan pencerapan ilmu seseorang itu, maka kaedah memahami amalan sunat turut berubah iaitu ditinggal tiada apa2, tetapi jika dibuat ALLAH amat menyukainya. Kupasan berhubung hadith nabi menekankan amalan sunat yang mana nabi memberikan ancaman bagi mereka yang meninggalkannya. Petikan kedua-dua hadith ini disebut di dalam hadith qudsi.

Amalan pertama kata Ustaz Kamal Ashaari adalah amalan solat sunat witir. Orang melayu hanya memahami dan mengenali amalan solat sunat witir apabila datangnya bulan Ramadhan. Ini kerana di dalam bulan Ramadahan diwajibkan kita menunaikan witir. Namun sebenarnya witir ini menjadi amalan Rasullullah sebelum tidur. Dan antara petikan hadith Qudsi ini ' dan jika kami meninggalkan witir tanpa sebarang alasan maka bukan kamu dari golongan ku'.

Justeru, kita harus memahami walaupun amalan ini kelihatan sunat tetapi Rasullullah menekankannya seolah-olah ia amalan fardhu.

Kedua, adalah amalan ibadah Qurban. memahami konsep ibadah Qurban ini Rasulullah menyeru bagi mereka yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah Qurban jika sekiranya mampu. Takat kemampuan ini perlulah diukur terhadap diri sendiri. ini kerana dengan ibdah Qurban kita melenyapkan jurang antara kaya dan miskin, golongan berpendapatan tinggi dan rendah, serta sebagainya.

Moga kita dapat mengamalkannya. Insya-ALLAH.

Sunday, December 20, 2009

Undang-undang, Keadilan & Kesaksamaan?

Penulis teringat subjek jurisprudens. Semua mahasiswa undang-undang akan mengambil subjek ini di tahun akhir pengajian. Dan jawapan yang sama akan keluar dan meniti di bibir setiap mahasiswa undang-undang. Bosan, tak minat & sebagainya...

Penulis sendiri mengalami keadaan yang sama. Tetapi penulis kagum dengan Prof Madya Dr Rusniah Ahmad. Bukan sebab markah yang diberi beliau kepada penulis untuk subjek ini tetapi cara pembawaan beliau. Kami menerobos hingga ke benua afrika, UK hatta pembicaraan beliau sampai ke negara 'Uncle Sam'. Pengalaman beliau bersuamikan seorang warga Tunisia, dan pembelajaran beliau di UK serta sifat beliau untuk terus membaca sangat penulis kagumi.

Rasuah, Korupsi & seumpamanya...

Penulis tidak tahu mengapa ia menjadi topik pilihan untuk penulis tulis malam ini. Cuma penulis sering membawa isu ini ke mana-mana untuk difikirkan. Pengalaman penulis di dalam kerajaan (walaupun sementara) tetapi sangat mengingatkan penulis ia telah menjadi 'barah masyarakat'. Generasi baru harus diberi peringatan dan peringatan dan peringatan tentang 'barah' ini....

Pemimpin politik (kerajaan & pembangkang) tahu, pimpinan tertinggi pentadbiran awam tahu, masyarakat tahu, orang awam, orang kampung di kedai kopi, malahan mahasiswa universiti tahu rasuah & korupsi ini melebar berlaku di mana-mana. Tetapi apakah tindakan kita? Apakah mereka tidak takut dengan rezeki yang mereka dapat itu tidak diberkati ALLAH? Apakah mereka tidak sedar perbuatan yang mereka lakukan tidak adil kepada orang lain?

Apakah mereka lupa, harta dunia ini hanya perhiasan di mana ia akan lenyap dan tidak memberikan kebaikan untuk di bawa ke akhirat. Penulis bingung.... Seolah-olah mahu mengubah dunia tetapi apakan daya penulis hanya insan kerdil dan biasa. Mahasiswa kelompok bijak pandai, dan penulis percaya mereka tahu ini perbuatan salah. Penulis hanya mengharap mereka mempertahankan nafsu dan diri mereka dari terjebak dengan perbuatan ini.

Jijik & kotor rasuah / korupsi ini harus ditanam dalam diri semua orang. Penulis insafi diri sendiri... Ya ALLAH, kau jauhkan diri ku dari perbuatan ini semua.

Saturday, December 19, 2009

Forum Pemikiran Bangi: Analisis Pemikiran Politik & Dakwah TG Nik Aziz Nik Mat.

Forum Pemikiran Bangi kali ke 4 telah berlangsung di Surau An Nur berdekatan Darul Syifa (Pusat Perubatan Islam kelolaan TG Haron Din) di bawah anjuran Jawatankuasa Bangi Bandar Ilmu. Pertamanya penulis perlu memberikan kredit kerana inilah satu-satunya forum yg pada pandangan penulis sepanjang penulis hidup majlis kelolaan dibawah Jawatankuasa Penduduk yang cukup kritis membawa pembaharuan dan percambahan idea/ilmu demi kepentingan masyarakat sekelilingnya.

Forum yang berlangsung pada tanggal 19 Disember 2009 ini dihadiri ahli forumnya yang terdiri Saudara Annual Bakri (Setiausaha Politik TG Nik Aziz), Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah (Unit Pengajian Media, UM), dan seorang pensyarah FPI UKM (Jabatan Dakwah). Forum bermula jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang.

Kupasan yang sangat menarik ini dimulakan dengan saudara Annual Bakri memetik kata-kata di dalam bukunya telaga Biru ' Tiada satu-satunya ulama' kontemporari hari ini yang mempunyai kuasa dan jajahan takluknya untuk diuji keberkesanannya pemerintahannya dan ilmunya'. Apa yang difahami dari ungkapan di atas selepas kejatuhan Empayar Khilafat Ottoman di Turki dengan digantikan Kamal Attartuk hampir tiada lagi ulama' Islam yang diberikan peluang mempunyai wilayah untuk ditadbir.

Contoh hari ini Dr. Yusof Al Qardawi, Dr Ramadhan al Butty, Hassan Al Banna tidak mempunyai wilayah untuk ditadbir walaupun mereka merupakan tokoh besar dalam gerakan Islam. Justeru, pemilihan Nik Aziz antara tokoh pemimpin Islam yang berpengaruh abad ini oleh WOrld Islamic Scholar tidak dapat disangkal. Bayangkah susuk tubuh ini telah menyerahkan 40 peratus elaun beliau untuk diserahkan kepada kerajaan negeri. 5 peratus diserahkan kepada parti.

persoalannya adakah mana-mana pemimpin Islam yang sanggup melakukakn perkara demikian? rekod ini belum lagi dipecahkan oleh mana-mana tokoh dan pemimpin kerajaan hatta pembangkang sekalipun.

Selain itu, Nik Aziz tidak pernah mempunyai dompet dan hanya menggunakan sampul surat untuk mengisi duitnya. Berdasarkan Annual Bakri lagi, ia merupakan sifat TG sejak dahulu lagi.

Maka apabila Dr Abu Hassan mengatakan kelompok 21-30 tahun dalam kajiannya menyokong Nik Aziz seramai lebih 600 responden berbanding kurang 100 tidak menyokong ia merupakan kelompok muda juga mengagumi TGNA. Kata beliau lagi, DR Abu Hassan merujuk Nik Aziz, sangat memahami keperluan media hari ini. dan Ahli politik akan tenggelam sekiranya tidak mencipta krisis. Justeru, media massa (hatta kerajaan) sekurang-kurangnya akan meletakkan gambar TG Nik Aziz sebanyak 7 hari di dalam sebulan untuk melariskan akhbar mereka. Dan krisis yang dicipta TGNA hatta sehingga 17 hari dimainkan tanpa henti bagi melariskan akhbar dan diperkatakan orang.

Dr Abu HAssa merujuk dunia hari ini menjadikan seseorang terkenal disebabkan attention, attention ini akan menimbulkan perception dimana seseorang akan terus diingati dan dikenali dengan kenyataan kontroversinya. Dan Nik Aziz memahami perkara ini. Beliau juga merujuk Nik Aziz sebagai orang yang jujur dan berterus terang dalam menyatakan pendapat. Pada suatu ketika ia mendoakan Dato Najib dan pada hari lain dia mengatakan apa yang kerajaan lakukan terhadap Selatan Thai adalah sesuatu yang baik.

Berasaskan kajian Dr Abu HAssan, kenyataan yang dikeluarkan Nik Aziz tidak menggunakan saya fikir, saya berpandangan malahan beliau berterus terang menyatakan terus pandangan beliau. Dan soalan moderator adakah kekuatan PAS hanya pada Nik Aziz. Jawapannya berkemungkinan disitu berasaskan kajian tersebut.

Pandangan penulis, secara keseluruhan dari intipati forum tersebut Nik Aziz merupakan salah seorang pemangkin dalam memecahkan blok perkauman. Dan antara kata-kata Nik Aziz juga kita selalu memperkatakan tentang ketuanan Melayu tetapi jarang kita memeperkatakan ketuanan ALLAH, ALLAH ciptakan manusia disisinya sama Melayu, Cina dan India adalah sama yang membezakan antara mereka semua adalah takwa.

Persoalan ini yang menjadikan kita harus berfikir dua kali adakah kita hidup kerana Melayu atau kerana kita Muslim. Bukan bangsa yang harus kita tekankan malahan pendekatan Muslim harus kita hadami. Di suatu sisi, bangsa Cina dan India (bangsa lain) merasa selamat dengan pendekatan Nik Aziz kerana Islam itu adil kepada semua bangsa.

Penulis sering menekankan kelompok generasi muda tidak lagi melihat kepada paras rupa, warna kulit sesuatu bangsa itu lagi malahan selagi pemimpin itu adil, bersih dari melakukan rasuah dan mampu berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Pasti mereka akan disokong kelompok generasi muda. Persoalannya sejauh mana kita kerajaan mahupun pembangkang memahami perkara ini.

PRU 13 menurut pandangan penulis sangat kritikal bukan sahaja kepada DSAI sebagai ketua PR malahan kepada DSNR sebagai PM dan kali pertama mengetuai pilihanraya dan kerajaan. Selagi mana kedua2 parti mampu meletakkan seberapa ramai calon yang 'bersih' dan bukannya pemimpin yang korup maka selagi itulah mereka akan mendapat undi golongan muda. Golongan muda tidak memandang parti walaupun ia mempunyai sedikit kesan bahkan apa yang lebih penting pemimpin yang diketengahkan harus mampu menjiwai apa yang Tuan Guru Nik Aziz ada. Antara rahsia nya adalah tasauf yang menyebabkan Tuan Guru Nik Aziz dilihat sederhana, tidak bermegah-megah dengan kemewahan dunia. Mampukah pemimpin kita sebegitu?

Friday, December 18, 2009

Kepentingan Zon Maritim Malaysia

Pada tanggal 21 Ogos 2006, Datuk Seri Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri membawa dua rang undang-undang yang penting dan signifikan terhadap zon maritim Malaysia ke Parlimen untuk dibacakan buat kali kedua. pertamanya, pindaan terhadap Ordinan 7 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969 dan keduanya bacaan rang undang-undang Garis Pangkal Zon Maritim Malaysia 2006.

Keperluan membentangkan rang undang-undang ini disebabkan Malaysia melalui Peta Baru Malaysia Tahun 1979 telah mewartakan kawasan perairan wilayah dan pelantar benua melalui peta tersebut. Kewujudan peta ini juga telah menyebabkan kawasan perairan wilayah negara melalui Peta baru 1979 telah mendapat bantahan (contested area) dari beberapa negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.

Sunday, December 13, 2009

Mari kita melangkah ke depan

Saya menghabiskan sedikit masa ketika cuti ini sebagai RA di UKM. Di sebelah malam duduk di dalam bilik sambil tangan mencari-cari dan membaca perkara baru di dalam internet. Terima kasih kepada mereka yang mencipta internet yang membolehkan kita mencari maklumat dalam sekelip mata.

Saya duduk dan mengadap komputer. Cuba mengingati konsep yang pernah di pelajari semasa Diploma Pentadbiran Awam dahulu berhubung 'Local Government' atau kerajaan tempatan. Ketika Diploma kami dikehendaki mengambil satu kertas/subjek khas berkaitan perkara ini.

Kerajaan Tempatan merupakan salah satu bentuk kerajaan dan ketiga di dalam sistem pentadbiran awam Malaysia. Ia di beri penekanan selepas Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan setelah itu Kerajaan Tempatan. Kerajaan tempatan di Malaysia diketuai YDP Majlis Bandaraya/Perbandaran dan dibantu ahli-ahli Majlis yang kebiasaannya di lantik oleh kerajaan negeri yang dimenangi parti politik di sesebuah negeri.

Berdasarkan Senarai Negeri, Jadual Sembilan, Perlembagaan Persekutuan kerajaan tempatan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri namun bagi tujuan pelarasan maka di peringkat Pusat, ditubuhkan kementerian Perumahan, dan Kerajaan Tempatan bagi memudahkan urusannya.

Di Malaysia, kerajaan tempatan mempunyai kuasa membuat peraturan-peraturan kecil (by law) berasaskan kuasa yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Mempunyai kuasa memungut cukai seperti cukai pintu. Memberi kebenaran berniaga dan lesen di dalam kawasan bidang kuasanya. Dan dahulu kuasanya juga meliputi pemungutan sampah dan sisa pepejal yang ketika ini telah diperbadankan melalui Suruhanjaya Sisa Pepejal Malaysia.

Menyorot kembali sejarah kerajaan tempatan di Malaysia, direkodkan pilihanraya kerajaan tempatan pertama pernah diadakan seawal tahun 1857 dimana ahli Majlis Perbandaran Georgetown seramai tiga daripada lima ahlinya dipilih melalui pemilihan terus penduduknya. Dan sejarah pilihanraya kerajaan tempatan di Kuala Lumpur mencipta sejarah apabila UMNO dan MCA menang 9 daripada 12 kerusi yang membuka jalan penubuhan Perikatan selepas itu.

Pada tahun 1965, kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja Athi Nahappan yang mencadangkan dan mengesyorkan penambahbaikan terhadap sistem kerajaan tempatan. Dan antara cadangan yang agak signifikan malahan dianggap penting adalah pemilihan ahli kerajaan tempatan melalui pilihanraya dihidupkan semula. Malangnya idea ini telah dikesampingkan dan rentetan dari syor Suruhanjaya Di Raja itu beberapa Akta di luluskan termasuklah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Bandar dan Desa 1976.

Pilihanraya tahun 2008 membuka lembaran baru apabila desas desus kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat mendesak diadakan pilihanraya peringkat kerajaan tempatan kembali. Isu ini penting memandangkan seharusnya ahli-ahli majlis berperanan sebagai 'check and balance' dan menjadi mata dan telinga bagi rakyat di dalam daerah tersebut dalam membangunkan kawasan komuniti mereka. Namun, sebaliknya yang berlaku dimana menurut Ketua Audit Negara wujud kepincangan dan ketirisan yang agak berleluasa di kalangan majlis perbandaran dan kerajaan tempatan apabila penganugerahan kontrak kecil diberikan secara terus tanpa melalui tender terbuka.

Peranan ahli majlis yang bersifat politik ini gagal berfungsi sebagai 'good governance' dan tidak dikenali di kalangan masyarakat awam di dalam daerah dan komuniti tersebut. Secara tidak langsung ia merencatkan pembangunan yang diharap dapat membantu rakyat. Persoalannya, sampai bila lagi kita harus menunggu Malaysia terus dibuai mimpi indah dimana pembangunan dirasai segelintir pihak tanpa 'good' governance' gagal diterapkan di dalam setiap pentadbiran kerajaan.

Rakyat tidak mampu menunggu lagi dan kita harus melangkah satu tapak ke hadapan. Biarlah ahli Majlis kita orang tempatan yang duduk di dalam komuniti/daerah itu yang bekerja petang dan malam untuk kesejahteraan rakyat. Mereka di bayar elaun untuk tujuan tersebut...

Undang-undang harus dipinda bagi tujuan tersebut. Mari kita sama-sama fikirkan adakah salah kita mengikut sistem yang lebih baik dengan tujuan rakyat mendapat keuntungan dan nikmat pembangunan yang sewajarnya. Pilihanraya kerajaan tempatan dimana ahli-ahlinya akan dikenali masyarakat, senang berurusan sekiranya mempunyai masalah dan mereka dapat mengawal pembangunan di kawasan tersebut.Fikir-fikirkan...

Tuesday, December 8, 2009

Terima kasih untuk semua

Saya nukilkan dan rafaqkan kesyukuran kepada Allah atas setinggi-tinggi nikmat yang diberikan kepada saya. Alhamdulillah... Buat mak dan ayah, abang-abang dan adik yang terus memberikan kekuatan untu saya terus belajar. Dengan keputusan peperiksaan ini, saya balas segala jasa kalian.

Buat Nurul yang sekelian kali bersabar dengan segala dugaan dan kerenah tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata, kesabaran menanti, hadiah keputusan peperiksaan ini saya hadiahkan.

Terima kasih semua...

Monday, November 16, 2009

Kerja Mula Sebagai Pembantu Penyelidik

Apa dia pembantu penyelidik atau RA? Dalam menjalankan tugas sebagai seorang pensyarah, mereka juga dikenali sebagai penyelidik dan mengkaji dan menulis artikel-artikel ilmiah berdasarkan fakta dan maklumat yang benar dan tepat. Persoalannya, sejauh mana pensyarah di Malaysia menjalankan tugas dan amanah tersebut?

Oleh yang demikian, bagi memudahkan urusan penyarah/penyelidik maka universiti menubuhkan jawatan RA bagi membantu mencari bahan dan maklumat yang berguna bagi membolehkan para penyelidik ini menulis tanpa banyak gangguan.

Penulis memulakan kerja sebagai RA semalam. Keperluan membantu Dr. Anisah, pensyarah undnag-undang perubatan penulis di UKM. Beliau menyatakan sudah hampir dua tahun perancangan penulisan buku ini tertangguh. Justeru, penulis diminta untuk membantu. Bagi penulis ini pengalaman berharga dan berguna kerana penulis dapat menimba pengalaman menjadi penyelidik.

Penulis akan terikat sebulan dengan Dr Anisah dan mencari dan merangka keperluan bagi sebuah buku. Perancangan sehingga hujung tahun ini akan ada 3 buah buku yang akan siap diterbitkan. Projek pertama penulis 'Etika & Undang-undang Perubatan'.

Wednesday, November 11, 2009

Phd atau tidak?

Saya katakan di dalam my note facebook, saya suka dengan apa yang saya buat sekarang. Menulis, membuat research, dan membantu pensyarah dalam perkara-perkara akademik. Dan tadi saya berbincang dengan Nurul (tunang tersayang) kalau ada rezeki lepas habis Master akan terus buat PhD.

Pada saya, masa dah terlalu cepat berlalu. Umur saya 28 tahun 2010. Tetapi pada masa yang sama saya perlu bekerja. itulah yang nurul cakapkan bila nak keja?...

Jadi saya membuat pilihan akan buat PhD part time, ada dua pilihan undang-undang laut antarabangsa atau undang-undang perubatan secara khusus berhubung etika perubatan.
tetapi saya masih lagi mencari posisi sesuai untuk penulisan kalau sekiranya saya melanjutkan pengajian di dalam undang-undang laut.

1)Maritime delimitation in the Straits of Malacca: Legal Effect to Littoral State Malaysia....

2) Pisang Island in Malaysia: Legal Position in the UNCLOS.

Kalau terus buat Phd saya telah berkira-kira part time akan mengambil masa 5 tahun. Dan maksudnya jika berjaya pun, ketika itu umur saya 32 tahun. Saya tidak mampu lagi menunggu ada biasiswa atau sebagainya.

Dan pastinya setelah berbincang dengan abg mamat (sepupu, anak wak roni). ada baik dan buruknya... saya terus membuat phd...

Tahun depan harus memikirkan kembali.... But the most important thing...UKM, i will come back

Wednesday, November 4, 2009

DR Asri II

Saya bukan penyokong tegar Dr Asri tetapi perbedaan pendapat dalam Islam suatu rahmat. Maka ia memberikan kita peluang untuk melihat, mendengar dan mengamalkan amalan berasaskan nas-nas dan dalil-dalil yang sahih. Penangkapan Dr Asri beberapa hari yang lalu sebenarnya memberikan peluang kepada penulis yang sebelum ini diajak rakan-rakan, teman-teman untuk berguru dan mendengar kuliah mp3 beliau. Walaupun penulis sebelum ini belajar di Kedah, bukan bermaksud penulis berpeluang untuk mendengar kuliah beliau secara langsung di Perlis sekadar di ajak berkongsi pengalaman dengan beberapa teman berhubung perkara ini.

Penulis tidak merasakan perlunya kita 'terlalu' memperbahaskan isu ini terlalu dasar hingga merugikan kekuatan umat Islam. Namun apa yang lebih penting sikap kita mendepani isu ini sesama sahabat, kawan2 dan teman2 yang berlainan idea, pandangan. Cukuplah sekadar kita menyedari adabul ikhtilaf (adab dalam percanggahan pendapat) dan penulis bersetuju jika sebelah pihak tidak lagi dapat berlapang dada dengan pandangan dan idea ini. Lebih baik penulis mengundur diri.

Kita tidak akan dapat manfaat dengan mendepani dan menyinggung hujah sahabat2 kita. Dan penulis bersyukur diam adalah senjata ampuh dari terus bercakaran dan tidak mengembangkan minda penulis berhubung sesuatu isu.

Sunday, November 1, 2009

'Ini merupakan penangkapan terpilih' Dr Asri

Petikan dari akhbar the Star versi Melayu. Penangkapan terhadap Dr Asri telah dilakukan di Hulu Kelang kerana mengajar tanpa tauliah.

Walau apa pun alasannya, pandangan sisi peru kita lihat dimana bayak lagi maksiat dan orang Islam di Pub-pub, orang yang menyebarkan agama Islam di dakwa dan di tahan. Sangat kejam jika boleh diistilahkan.

Bukan penulis penyokong fahaman wahabi ini tetapi tindakan ini perlu parallel dan sealiran dengan keperluan agama Islam yang ingin syiarnya dikembangkan.

Monday, September 28, 2009

Kami tiga sahabat


Allah temukan saya dengan kawan-kawan yang baik, tak kira di mana saya berada. Di UiTM Melaka, di UUM,di MPP, di Kolej, Law Society, di Perodua, di USIM dan akhirnya di UKM. Sepanjang saya belajar dan bekerja alhamdulillah, saya mempunyai rakan-rakan ini yang boleh dihubungi ketika saya berada di kawasan mereka. Akhirnya saya ada rakan-rakan di seluruh negara untuk dihubungi apabila berkunjung ke tempat mereka. Teringat kata pepatah melayu, berkawan biar seribu tetapi berkasih biar seorang sahaja.

Contohnya bila saya berada di Segamat, kawan masa di kolej Proton ada untuk dihubungi dan meminta bantuan. Di Terengganu, bila saya ke sana ada kawan-kawan yang menyediakan tempat penginapan. ALLAH memudahkan dan menjalinkan hubungan silaratul rahim ini dengan baik dan berpanjangan.

Pastilah yang penting utama dalam persahabatan adalah keikhlasan dimana kita bukan opportunis mengambil peluang untuk kepentingan diri tetapi teman untuk berkongsi, suka duka, pahit manis dan sebagainya. Tips bersahabat sepertimana yang diungkapkan oleh Ustaz Tuan Ibrahim di satu kuliahnya adalah kasihlah kita kepada kawan/sahabat kita kerana ALLAH s.w.t

Satu kisah seorang sahabat nabi s.a.w berjumpa Rasulullullah di dalam masjid lalu dibelakangnya lalu seorang sahabat lain dan sahabat ini berkata kepada Rasullullah, aku kasih sahabat ku itu kerana ALLAH s.w.t. Maka Rasullullah bertanya adakah sahabat mu itu mengetahuinya, maka dijawabnya tidak. Rasullullah meminta ia mengatakan kepada sahabatnya yang lalu tadi dengan apa yang dilafazkan dihadapan nabi.

Dalam mengungkap erti persahabatan lebih dalam dan bermakna maksudnya dari erti berkawan. Sahabat menegtahui segala serba serbi sahabat yang lain. Makan minumnya, sakit peningnya, masalahnya dan sebagainya. Kawan hanya mungkin ungkapan yg kita fahami luaran sahaja.

Dalam meneruskan pengajian sehingga kini, penulis mempunyai dua sahabat baik. Seorang teman kelulusan UiTM dengan kelas pertama LLB (Hons) dan BLS, seorang teman UIAM. kedua-duanya ada persamaan iaitu bekas Timbalan Pendakwa Raya di Sarawak dan Putrajaya. Kami melengkapi antara satu sama lain. Adakala kami berbual-bual pasal isu politik, sosial, makanan, melancong dan sebagainya. Dari isu serius, pembelajaran, keluarga dan masa hadapan (kerjaya).

Kadang kala juga, kami membicarakan cukup serius isu agama. Kalau berkaraoke pun boleh tahan juga... Tapi kami belum lagi ke sana.... hahaha

Kami mempunyai 'keinginan' dan berkongsi 'common interest' yg sama. Mungkin kebetulan atau satu suratan.... Ingin bercuti sama, meredah mencari tempat makanan untuk dirasa dan dinikmati.... Nikmat bersahabat dengan mereka

Mendidik generasi masa hadapan yang lebih celik undang-undang bukan untuk disalah guna tetapi menjadi alat mencapai keadilan dan kebenaran. Pastilah tiada ungkapan yang lebih baik sepertimana diungkap Rasulullulah s.a.w aku kasih sahabat-sahabat ku ini kerana ALLAH s.w.t. Moga sahabat-sahabat ku ini juga dijodohkan dengan jodoh baik sesuai dengan perwatakan agama mereka.

Saturday, September 12, 2009

Isu Arak di Selangor

Terngiang-ngiang kata-kata Ustaza Salehhudin pagi tadi ketika kuliah Suboh...

'Arak ini adalah ibu segala maksiat, kejahatan'

Cerita seorang abid yang sangat patuh dan beribadah kepada ALLAH, beliau digoda iblis melalui seorang wanita dimana diberi minum arak, dan apabila mabuk berzina dengan wanita tersebut dan akhirnya dia membunuh wanita tersebut.

Maka dapat disimpulkan bermula arak maka kejahatan lain berkait pula.

Apabila pemimpin mengambil tindakan tidak membenarkan arak dipertonton dan dijual kepada umat Islam. Apa kaitan dengan bukan Islam? Mereka masih lagi boleh meminum arak malahan tidak dihalang dan tidak ditegah. Tetapi urusan umat Islam meminum,menjual arak secara terbuka maka itu dilarang,ditegah bahkan agama Islam mengharamkan.

Maka orang bukan Islam tidak perlu khuatir dan takut berhubung perkara ini.

Thursday, July 30, 2009

Kecuaian dalam Perubatan di Malaysia: Lembaran Baru bagi Hak Pesakit

Perkhidmatan asas kesihatan dan perubatan percuma yang diberikan kerajaan sejak merdeka merupakan antara usaha berterusan kerajaan bagi memastikan rakyat berada di dalam kehidupan yang terjamin dan sempurna. Usaha prihatin ini diterjemahkan dan dapat dilihat menerusi Belanjawan 2009 yang dibacakan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui peruntukan sebanyak RM 13.7 billion bagi menambahbaik dan memastikan kemudahan kesihatan untuk rakyat terus dapat dipenuhi.

Walau bagaimanapun, seiring dengan perkhidmatan dan kemudahan kesihatan percuma yang disediakan kerajaan, kejadian kes-kes kecuaian turut mengalami peningkatan yang mendadak. Berdasarkan sumber Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000, kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM219, 508 dan jumlah ini meningkat pada tahun 2001 kepada RM430, 502 dan pada tahun 2002 wujud peningkatan sekali ganda sebanyak RM 951, 889 dibelanjakan bagi pampasan kes-kes kecuaian. Namun jumlah ini boleh dikategorikan masih lagi kecil memandangkan kebanyakan kes-kes di Malaysia masih lagi terikat dengan prinsip di dalam kes ‘Bolam melawan Jawatankuasa Pengurusan Hospital Friern’ yang berlaku di Britain pada tahun 1951 yang merupakan rujukan penting di dalam kes kecuaian perubatan.

Keputusan penghakiman sebelum ini yang sering kali terikat dengan prinsip Bolam dapat dilihat menerusi kes awal yang berlaku di Malaysia pada tahun 1968 seperti Swamy melawan Mathews, Chin Keow melawan Kerajaan Malaysia 1967, Elizabeth Choo melawan Kerajaan Malaysia 1970 dan banyak lagi serta terakhir keputusan di Mahkamah Rayuan pada tahun 2001 dalam kes Foo Fiona melawan Dr Soo Fook Mun dan Hospital Assunta.

Namun, rayuan tertinggi di Mahkamah Persekutuan pada tahun 2006 di dalam kes Foo Fiona itu juga telah membuka lembaran baru dalam kes kecuaian perubatan di Malaysia bilamana Mahkamah berpandangan perayu harus mendapat pampasan di atas kecuaian yang dilakukan responden terhadap dirinya. Keputusan ini bukan sahaja telah melegakan mangsa sendiri yang mula membawa kes ini sejak 24 tahun yang lalu di Mahkamah Tinggi pada tahun 1982 malahan ia memuktamadkan isu perundang-undangan dalam kecuaian perubatan di Malaysia untuk mengikat kes-kes sepertinya di masa hadapan.
Perayu di dalam kes ini telah terlibat dengan kemalangan yang dibawa teman lelakinya dan dihantar ke Hospital Assunta untuk menerima rawatan. Dua pembedahan telah dilakukan akibat bengkak di beberapa anggota badannya. Kecederaan kritikal adalah dileher apabila perayu mengalami kesakitan apabila seringkali mengalihkan kepalanya. Responden telah mengadakan pembedahan pertama tanpa nasihat pakar saraf yang menyebabkan lumpuh. Pembedahan kedua juga tidak berjaya dan perayu menyaman responden atas kecuaian yang dilakukan ke atas beliau.

Intipati penting di dalam keputusan tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara ketika itu, dengan meminjam kata-kata Lord Woolfe bahawa ‘terma keputusan doktor mengetahui apa yang terbaik untuk pesakitnya harus kini diperincikan jika beliau telah bertindak secara logik dan munasabah dan memastikan kesemua faktanya adalah tepat’. Keputusan yang dibacakan Dato’ Siti Norma, Hakim Mahkamah Persekutuan ini bukan sahaja beralih dari terus terikat dengan kes ‘Bolam melawan Jawatankuasa Pengurusan Hospital Friern’ yang menjadi ikutan sejak dahulu di Britain bahkan memperincikannya berasaskan keadaan di Malaysia.

Menyorot fakta kes Bolam pada tahun 1951 pula, beliau telah diterima masuk sebagai pesakit mental akibat dari tekanan yang terlampau. Beliau telah dinasihatkan menerima rawatan terapi berasaskan elektrod yang diletakkan di kepala dimana kejutan elektrik dihantar melalui mesin penyambung. Walau bagaimana pun, pakar psikiatri itu tidak memaklumkan kepada Bolam bahawa antara risikonya adalah retakan akibat rawatan itu.

Kesan rawatan kedua yang diterima Bolam menyebabkan beliau mengalami beberapa kecedaraan termasuk retakan pada pinggulnya. Beliau menyaman pihak hospital atas kecuaian dan Hakim McNair ketika itu telah membuat catatan penting dalam penghakimannya yang menjadi ikutan sehingga hari ini dengan menyatakan seseorang doktor itu dikatakan tidak melakukakan kecuaian jika beliau telah bertindak dan memenuhi prosedur yang dianggap sesuai oleh badan perubatan yang bertanggungjawab terhadap tindakan perubatannya. Maka lahirlah apa yang dikatakan konsep ‘doktor mengetahui apa yang terbaik untuk pesakitnya’.

Keputusan penting ini diterima pakai ketika itu bukan sahaja di Britain malahan negara-negara Komanwel hinggalah keputusan yang bertentangan di dalam beberapa kes Australia dan disahkan dalam kes Rogers melawan Whitaker. Hakim ketika itu membuat justifikasi perundangan di mana dalam menentukan seseorang doktor itu cuai tidak boleh ditentukan komuniti atau kumpulan profesion itu sendiri maka mahkamahlah yang seharusnya membuat keputusan berasaskan pertimbangan penting dimana pesakit sendiri menentukan kehidupannya. Kegagalan doktor memaklumkan risiko dan membuat keputusan tanpa memaklumkan pesakit menyebabkan hakim berpendapat beliau telah melakukan kecuaian di dalam perubatan.

Perkembangan beberapa kes penting di Australia inilah yang telah mengembangkan konsep hak pesakit dimana ia perlu dihormati dan dimaklumkan sebarang risiko terhadap sesuatu amalan perubatan yang ingin dicadangkan terlebih dahulu kepada pesakit. Malahan di beberapa negara termasuklah Malaysia, konsep ini dikemaskini dan telah diwujudkan ‘piagam pelanggan’ pada tahun 1995 yang merupakan kesinambungan konsep hak pesakit sebelum itu.

Walaupun di Malaysia, perkembangan konsep hak pesakit agak terkebelakang namun di dalam beberapa kes mahkamah tidak menafikan kewujudan hak ini bahkan mengiktirafnya. Kes Privy Council Chin Keow melawan Kerajaan Malaysia, Hong Chuan Lay melawan Dr Eddie Soo Fook Mun dan beberapa kes perubatan lain. Keputusan di dalam beberapa siri penghakiman ini menunjukkan hakim-hakim di Malaysia telah mula menerima dan mengiktiraf hak pesakit dengan mengambil kira keputusan penghakiman bukan sahaja di Britain malahan senario yang sama di Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara Komanwel.

Pertembungan di antara prinsip Bolam dan konsep hak pesakit akan terus menjadi titik persoalan sampai bila-bila memandangkan konsep ini melibatkan prinsip yang sangat subjektif pada pandangan manusia. Keputusan menyalahkan dengan meletakkan kehidupan seseorang di tangan doktor semata-mata juga tidaklah tepat dan sebaliknya membenarkan pesakit menentukan kehidupannya sendiri yang mereka sendiri tidak mahir ilmu perubatan juga sangat meragukan. Ia ibarat pepatah lama Melayu antara telur dan ayam betina siapa yang diciptakan terlebih dahulu.

Oleh yang demikian, kecuaian perubatan di Malaysia boleh dielakkan jika pengamal perubatan sentiasa bertanggungjawab terhadap amalan perubatannya dan pesakit hanya menggunakan hak disisi undang-undang apabila perlu dalam memastikan keadilan terbela.

Saturday, July 18, 2009

Isu PPSMI lagi

Pengumuman Menteri Pelajaran berhubung keputusan kabinet memansuhkan PPSMI melegakan pejuang bahasa dan masyarakat. Walau pun begitu ibarat rumah sudah siap, pahat masih berbunyi lagi dimana polemik ini dibantah oleh puak pro PPSMI.

Bagi penulis senang sahaja bagi menyelesaikan isu ini. Berikan ibubapa kata penentu dimana sistem dua sekolah diwujudkan kembali. Kalau dulu kia berjaya membangunkan sistem sekolah aliran inggeris dan aliran Melayu mengapa tidak hari ini kita mahu mengakui kejayaan sistem tersebut. Pejuang-pejuang bahasa itu pun dari kelompok sekolah inggeris dan terdapat ramai juga yang berjaya dari aliran Melayu.

Nampaknya kita masih lagi ditakuk lama, kerajaan menentu what is the best for nation interest dan bukannya rakyat yg menjadi penentu memilih sisi mana yang ingin diikutinya. Penulis juga yakin dan percaya sepertimana di IPTA, pelajar diberi pilihan memilih pensyarah, subjek dan sebagainya bukannya sistem universiti yg menentukannya.

kita sudah terlalu lama selesa dengan sistem engkau pengguna gunakan sahaja, aku pembuat dasar yg menentukan mana yg bagus untuk kamu...

Malangnya nasib kita...

PRK Manek Urai

Hampir dua minggu keputusan Manek Urai telah diumumkan dan sangat mengejutkan bagi penyokong PR, BN hampir menang dan menguasai DUN di situ. Penulis sendiri terkejut dan hampir meleset sangkaan penulis PAS akan menang mudah di kerusi di situ.

kita lihat beberapa perkara yang berlaku di dalam negara sepanjang tempoh berkempen yang panjang. Pakatan Rakyat dihantui dengan pelbagai masalah dan krisis. Bermula dengan krisis dalaman PAs, dimana setelah Muktamar tamat pimpinan yang terdiri dari tuan Guru Nik Aziz dan Ust Nasaruddin Mat Isa berbalah isu kerajaan perpaduan. Idea yang sepatutnya baik dimainkan media massa hingga masyarakat keliru, PR bertelagah sesama sendiri. Seterusnya, isu parti DAP di Kedah keluar PR juga memberikan bukan sediikit kesan kepada PRK di Manek Urai.

Rentetan isu-isu ini menjadi barah dalam pakatan tersebut hingga akhirnya diterjemahkan rakyat di PRK tersebut. Justeru, tidak ada sebab untuk PR menuding jari ia adalah permainan politik BN. Seolah-olah menunjuk jari empat kembali kepada kita.

Namun, penulis memahami penggunaan jentera kerajaan yang melampau membuktikan setiap kali PRK, PRU kita tidak berada di padang yang sama rata dan sama elok. Persoalannya adil dan bersih kah kita mengarahkan pegawai awam yang sepatutnya tiada kena mengena membuat risikan dan culaan undi bagi sebuah parti dan tidak berpihak kepada sebauh parti yang lain. Dan amat malu dan menjadi pertanyaan di hadpaan ALLAH kita menyalahguna jentera dan dana awam demi kepentingan parti kita.

Lupa kah kita dengan kisah Khalifah Umar Al Khattab atau Umar Abd Aziz, yang sanggup memadamkan lilin kerajaan demi urusan peribadi.

Atau bukan kah seharusnya kita menerima idea Dr. Nordin kardi, ipta perlu membuat kajian lapangan parti mana yang akan menang ketika musim berkempen dan datanya dikumpul dan dijual kepada mana-mana parti dan hasil ini menjadi janaan kepada ipta tersebut.

Penulis teringat kata-kata seorang rakan kelas di UKM yang juga penyokong UMNO, generasi muda hari ini adalah citizen who love their country. Maksudnya tidak kisah parti mana asalkan keadilan dan bersih menjadi pra syarat utama memimpin kerajaan. Maklumat peribadi dari kawan yang bekerja di salah sebuah agensi kerajaan, menabur duit. Sudah menjadi budaya bukan satu parti semua parti menabur duit bagi memastikan undi berpihak kepada mereka.

Malunya penulis dgn politik Malaysia....

Maaf...

Hanya satu perkataan sahaja dapat saya ungkapkan apabila kelekaan saya dengan teknologi baru menyebabkan saya tidak dapat update blog ini seperti rutin selalu di USIM.

Facebook atau FB kini menjadi kegilaan remaja, anak2 muda. Bagi golongan yang memerlukan perhatian sepert ahli politik khususnya, artis, dan sebagainya medan ini dimanfaat untuk berchatting dan update tentang perkembangan diri masing2...

Dan satu konklusi yang nyata, pengaruh FB membolehkan kita berinteraksi di seluruh dunia secara onlinetanpa mengenal masa.

Kelekaan ini menyebabkan rutin harian penulis terarah dengan update Fb sentiasa berbanding friendster dan blog ini.

Kelas master berjalan sepertimana biasa...

Friday, July 10, 2009

khutbah Jumaat - Banyak Bersabar Ketika Belajar

Sepertimana biasa apabila datang hari Jumaat, kaum bapa dan laki2 akan berkejar ke Masjid untuk menunaikan solat fardhu Jumaat. Khutbah di Masjid UKM seperti menusuk di kalbu dan memahami perasaan aku ketika ini.

Beberapa hari yang lalu aku posting tentang ke'boring'an aku di UKM hingga kini. Oh... rupa-rupanya suara ku di dengar yang Maha Esa. Dan melalui khutbah di mimbar UKM, sabar adalah kayu ukurnya.

Aku terkesan dengan khutbah tersebut. terus hanyut dengan mimpi2 sebelum diajak solat jumaat oleh makmum yang lain. hehehehe

Thursday, July 9, 2009

My new semester as fultime student

letih nya aku minggu nie...

Hari Isnin, aku miss 1st class martime law. so aku tak kenal lecturernya then tak leh wat pre judgement. As usual i'm not like other student. First impression whoever lecturer teach me will give effect for the whole semester i learn the subject from her/him. But my senior kata dia ok.... Pn Wan Adibah graduated from Southampton University.

Tapi the maritime subject tue teknikal nya susah. Sebab a few jargon words/terminologies that i should familiar with. then, it involves pengiraan pengairan laut dalam and others. Tapi kalau kat UUM aku rasa belum ada yang master bidang tue, international law dah ada. hehehe

Then aku masuk kelas Medical law yang sem lepas aku tak sit final exam. Dr anisah dah kenal and dia bagi exception 'hadi, u don't have to come my class pun tak pe'. Masuk time presentation. Tapi sebab dah buat fultime, alang2 masuk jelah kan. Course assesment dah berubah, Dr Anisah bagi 50-50, then ada movie review and the most essential part is that tak de written project paper.

S kenal lah kawan2 baru ada kakak lawyer dari Terengganu practised 7 years kat kuala terengganu. ada kawan dari Iran fatimah, maybe dia drop paper tue.

then masuk kelas Islamic Criminal law. I just sit in this class. My kuota dah penuh this semester. A new lecturer from Canada but originality from Pakistan. good, tak sangka dia lecturer Dr Anowar sebab selalu jumpa kat surau jer. Really good,just sit in for the seek of knowledge

International Law, Dr Rohimi. First class dia minta maaf sebab lewat due to his admin post. Tapi dia ok. First impression, dia tabligh kot...

Tapi keseluruhan dia ok.

Kelas admin law, quite boring maybe first topic tapi sebab petang until night kelas tue. So jadi letih. I'm just sit in the class

Islamic Financial System- the lecturer ok but the class is big and the students semua senior practising lawyer. Tapi ok jer. I'm just sit in the class.

Esok tunggu kelas Dr Rohani - Methodology

Tuesday, July 7, 2009

Peluang menulis Buku

Ibarat disorongkan bantal....

Malam tadi aku menerima kunjungan rakan lama Batin MPP UUM yang kini bertugas sebagai salah seorang editor buku di Edusystem. Syarikat ini banyak menerima projek dari Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menjanakan keuntungan syarikat.

Kebetulan beliau telah ditugaskan dengan satu projek Adakah Anda siswa cemerlang.Walaupun begitu, buku ini perlu di touch up semula memandangkan kandungkan nya yang tidak selari dan out of topic. Batin telah meminta penulis menjadi 2nd writer bagi kandungan buku ini dan kebetulan penulis memang mahu menerbitkan buku berdasarkan pengalaman penulis sebagai pelajar di kampus.

Penulis diberikan masa sehingga bulan Ogos untuk submit kembali buku tersebut sebelu diedit dan dihantar kembali menjadi sebuah buku. Teruja penulis mendengarnya, walau pun begitu hak karya ini akan di jual kepada syarikat apabila diterbitkan.

Apa yang Ku harapkan dari LL.M UKM?

Soalan ini sangat mudah tetapi eksplorasi nya sangat mendalam dan memerlukan fokus yang sangat dalam.

Belajar di peringkat Sarjana mungkin dikatakan sangat senang bagi sesetengah orang tetapi ia tidak boleh dianggap enteng apatah lagi pensyarah2 mengharapkan sesuatu yang diluar biasa dari pelajarnya. Seharusnya saya mendaftarkan diri bagi subjek Comparative Consti dan Comparative Admin tetapi akhirnya saya memtuskan untuk sekadar 'sit in; sahaja kelas tersebut.

Walau pun begitu saya suka kata-kata dari tunangan saya bukan ke awak suka sesuatu yang mencabar? Dan saya masih memikirkan untuk mengambilnya ataupun mengabaikannya sahaja.

Semester ini, saya 'sit in' kelas islamic criminal law yang diajar seorang pensyarah post doctorate dari canada. Walau pun begitu beliau adalah berasal dari Pakistan, saya cuba menghilangkan rasa boring dengan menghadiri kelas sebegini pada sebelah malam kerana kuota subjek saya telah penuh.

Saya mengimpikan suasana belajar sesi soal jawab dan diskusi yang aktif di dalam kelas dengan pensyarah. Mereka tidak terlalu memberi nota malah mengharapkan para pelajara banyak menelaah dan membaca buku-buku. Dr Rusniah pernah berkongsi pengalaman beliau belajar diperingkat Sarjana di Manchester hatta seperti duduk minum petang tetapi masih lagi dikira diskusi berfaedah kerana semua akan berpartisipasi. Situasi formal sudah tidak wujud lagi apabila diperingkat ini.

Ada terlalu banyak subjek yang ingin aku ambil sebagai pilihan walaupun begitu disebabkan aku hanya dibenarkan mengambil 5 subjek minor tesis aku pendamkan saja subjek2 lain. Tapi aku ingin minta izin untuk sit in jugak kelas2 mereka.

Wednesday, July 1, 2009

Ketelusan & Kebertanggungjawaban : Ahli Parlimen

nianDalam ruangan yang lalu, penulis cuba menarik minta dan perhatian mahasiswa bagaimana kita mampu menjadikan persatuan atau kelab, kolej di universiti kita lebih bersih, efektif dan efisyen. Macamana kita boleh memberikan ruang dan peluang kepada mahasiswa kita mempertikaikan hak mereka (duit) agar duit itu ditunjukkan bukti digunakan untuk keperluan mahasiswa.

Kita pernah dikejutkan suatu ketika dulu bilamana YB Apandi dari Parlimen Jeli yang membuat tuntutan elaun melampau. Beberapa bulan ini dikejutkan pula tuntutan elaun yang juga dikatakan agak melampau ahli Parlimen di UK. Tuntuan melampau Menteri Kewangan dan Ketua Setiausahanya menyebabkan kedua-duanya diambang meletakkan jawatan memandangkan kesan dari tuntutan tersebut imej Labour Party berada didalam keadaan yang sangat buruk.

Tindakan yang sama juga diambli David Cameron bilamana beliau mengarahkan ahli-ahli Parlimen partinya turut membayar kembali jika tuntutan mereka keterlaluan.

Natijahnya, UK Parlimen web page menyiarkan dari tahun 2004 dimana tuntutan elaun mereka dapat dimuat turun dan dilihat dikalangan orang awam. Ketelusan dan kebertanggungjawaban ini sangat penting kerana tuntutan yang banyak bermaksud menggunakan duit rakyat dimana rakyat terpaksa menanggungnya.

Keberanian dan penededahan yang dibuat suratkhabar di UK ini menyebabkan rakyat UK semakin marah terhadap ahli parlimennya dan kesannya pasti akan dirasa memandangkan pilihanraya di UK tidak lama lagi.

Mungkin wajar juga tuntutan elaun ahli Parlimen kita dipertontonkan dan didedahkan agar mereka lebih bertanggungjawab ketika membuat tuntutan dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya.

Tuesday, June 30, 2009

Perkahwinan Adik Ku

Tahniah buat adikku...

Beliau menamatkan zaman bujang nya pada hari Jumaat yang lalu dan majlis persandingan sebelah perempuan di buat pada hari Sabtu dan belah keluarga kami pada hari Ahad.

Isteri beliau, Fiza seorang guru bahasa Inggeris. Kami sekeluarga mendoakan beliau semoga bahagia hingga akhir hayat, dan dipercepatkan mendapat baby. hehehe

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

Kamilan Bin Seman berumur 56 tahun, seorang pesara tentera dan jawatan terakhir Pegawai Waran II, T211373.

Ayah penulis orang yang tegas tetapi sejak semalam penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa baru pagi tadi sempat menelefon beliau kerana sejak semalam penulis hanya dapat bercakap dengan emak dan adik sahaja.

Penulis dapat rasakan begitu besar pengorbanan beliau sebagai ayah kepada penulis. Rasa risau beliau ketika penulis sakit dan meyakinkan ibu penulis bahawa penulis perlu mendapatkan special treatment dari Specialist di Hospital Pakar Puteri.

Pengorbanan beliau terhadap pembelajaran penulis dari Sekolah Menengah, Universiti. Kesusahan beliau menghantar 'interview' dan sebagainya.

Pagi-pagi dinihari telah kedengaran suara beliau pulang dari masjid membaca al quran.

Di siang hari, solat dhuha tidak pernah putus. Dugaan padanya banyak, tetapi ayah sentiasa tenang menghadapinya. Mungkin ini rahsia ketenangan ayah.

Ah... diwaktu usia emas beliau kini sepatutnya beliau sudah selayaknya berehat tetapi beliau masih lagi mengajar di sekolah... Kalau diberikan rezeki dan peluang lebih, penulis mahu sahaja bawa ayah dan emak penulis melancong. Moga ALLAH terus berikan kekuatan kepada beliau untuk terus sihat dan walafiat dalam menjalankan ibadah kepada ALLAH.

Ya ALLAH, ampunkan lah dosa kedua ibu bapa ku... Ku tahu emas dan permata tidak mampu membalas jasa mereka membesarkan ku jadikan lah aku anak yang soleh dan taat pada mereka berdua, menyenangkan dan dapat membahagiakan mereka ketika di usia mereka ini. Aku tidak mahu apa-apa kecuali kau kurniakan mereka kesihatan dan hindarkan mereka daari kesakitan yang tidak mampu mereka tanggung.

Hanya Engkau sahaja yang mampu membalas pahala mereka. AMEEN

Wednesday, June 17, 2009

Dewan Negara: Sebagai 'rubber stamp' atau badan pemeriksa?

Dalam sistem pemerintahan demokrasi yang diwarisi dari Inggeris, kita hampir mempunyai ciri-ciri yang mirip keinggerisan berbanding negara imperialis lain yang pernah menjajah Malaysia.
Di Parlimen Malaysia, kita mempunyai dua dewan yang terdiri daripada Dewan negara dan Dewan Rakyat. Kebanyakan negara meletakkan dewan negara (senate) sebagai tepat pertama dan dewan rakyat (House of Representatives) tempat kedua.

Walau pun begitu, Malaysia sangat unik kerana Dewan Rakyat kelihatan sangat berkuasa dan bermakna kerana Perdana Menteri perlu dilantik dan mendapat sokongan ahli-ahli dewan rakyat berbanding dewan negara. Ahli-ahli dewan negara terdiri daripada dua bahagian iaitu pilihan negeri-negeri di dalam Malaysia. kedua, lantikan Yang Di Pertuan Agong. Kebiasaannya, calon-calon akan mendapat sokongan di dalam Dewan undangan Negeri (DUN) secara convention dan nama yang dicadangkan akan dihantar ke Speaker Dewan Negara.

Manakala calon-calon yang mendapat lantikan Yang Di Pertuan Agong kebiasaannya dicadangkan kerajaan yang memerintah di peringkat Persekutuan seperti dari parti politik pemerintah Shahrizat Jalil, Jamil Khir Baharom dan sebagainya. Kedua, dari NGO atau badan bukan kerajaan yang berpengaruh seperti Jins Shamsudin (Seniman) dan sebagainya.

Ketika ini kita mempunyai 70 kerusi di Dewan Negara di mana 13 buah negeri mempunyai kuasa memilih dua senator wakil setiap negeri. Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan dilantik oleh YDPA seramai dua orang setiap wilayah persekutuan. Manakala selebihnya terdiri daripada lantikan YDPA atas nasihat PM.

Perhatikan secara analisis ketika ini, kerajaan Pakatan Rakyat menguasai empat buah negeri Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. PR mempunyai 10 ahli Dewan Negara. Tetapi bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih lagi dipilih oleh Kerajaan BN, dan lain-lain lagi. Berkemungkinan besar apabila ahli-ahli Dewan Rakyat yang majoriti nya parti pemerintah maka kebiasaannya rang undang-undang akan diterima dengan sedikit perbahasan.

Mengapa tidak kita memilih ahli Dewan Negara secara terus dari rakyat sepertimana Thailand, Australia, Amerika dan sebagainya. Tujuan diwujudkan dua dewan adalah sebagai penimbang terhadapt keputusan yiang dibuat di dewan rakyat. Sekiranya kita masih berterusan begini maka idea dewan negara sebagai rubber stamp sampai bila-bila tidak akan dapat di ubah.

Pemilihan wakil atau ahli dewan negara juga sentiasa di ragui. Contohnya, kebanyakan majoriti ahli dewan negara mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan parti pemerintah. Tidak kira ia memang sebenarnya dari parti pemerintah atau individu dalam NGO tersebut. Oleh itu, matlamat diwujudkan dua dewan ini tidak pernah tercapai jika niatnya tidak difahami msyarakatnya. Tetapi kita juga tidak menafikan wakil senator yang memang betul-betul bekerja.

Apabila ahli dewan negara di adakan secara pilihan raya, apa yang lebih penting penonjolan sikap individu tersebut atau sumbangan kepada masyarakat menjadi prioriti dalam memilih calonh tersebut. Contohnya di kalangan pensyarah/ ahli akademik, golongan profesional, aktivis masyarakat dan sebagainya.

Oleh itu, apakah ini dapat diimplementasikan jika sebelah pihak yang memerintah? tepuk dada tunggu dan lihat.

Monday, June 15, 2009

Konsep Kebertanggungjawaban MPP kepada Mahasiswa

Konsep ini bukan sesuatu yang baru kepada MPP dan badan eksekutif mahasiswa (persatuan fakulti, kelab atau kolej kediaman). Ia membawa maksud sikap ketelusan sesuatu badan terhadap wang yang diamanahkan untuk dibelanjakan kepada mahasiswa.

Kita lihat analisis ini, sebuah kolej kediaman mewajibkan kepada setiap mahasiswa membayar RM25 kepada kolej bagi setiap satu semester. Pelajar yang tinggal di dalam kolej kediaman itu terdiri daripada mahasiswa mahasiswi seramai 1200 orang. 1200 x RM25 = RM30,000. Justeru, di dalam setiap penggal berakhir dengan perlantikan jawatankuasa kolej yang baru maka penyata kewangan perlu dilaporkan dan dibenarkan di akses setiap mahasiswa. Dengan cara itu, mahasiswa tahu ke mana dan di mana wang tersebut dibelanjakan. Ini kerana nilai duit yang dibayar kadang kala tidak setimpal dengan program kolej yang tidak menajamkan minda dan membangunkan intelektual mahasiswa.

Oleh itu, sebelum kita meminta wakil rakyat bersikap telus dan jujur kepada rakyat. Kampus / Universiti juga wajar bersikap telus dengan mendedahkan kepada pemimpin mahasiswa jumlah wang yang diterima dari Kementerian Pengajian tinggi bagi membangunkan mahasiswa. Penulis pernah dimaklumkan setiap Universiti menerima RM50 setahun daripada kementerian bagi program pembangunan mahasiswa. Ini bermaksud kalau ada sebuah IPT mempunyai jumlah 20, 000 pelajar maka ia akan mempunyai RM 1, 000, 000 bagi pembangunan mahasiswa. Tetapi ia tidak menjadi sedemikian dan ini menimbulkan pelbagai syak wasangka dengan kenyataan berbaur fitnah, wang di salah guna dan sebagainya.


Justeru, bagi mendidik masyarakat bersikap adil, telus dan bertanggungjawab apa masalahnya kalau dimaklumkan sahaja kemana wang tersebut disalurkan jika mereka benar2 berani dan bersih. Penghantaran kakitangan untuk ke Australia contohnya bagi menimba pengalaman pengurusan pelajar antarabangsa akhirnya tiada maklumat dan laporan pengimplementasian program seperti itu pun di IPTA tersebut.

Penulis harus juga memuji sikap beberapa Persatuan Mahasiswa (MPP) di Malaysia yang berani melaksanakan Mesyuarat Agung bagi dicerca dan dipersoalkan terhadap tugas dan tanggungjawab mereka.... Sebagai pemimpin mahasiswa yang baik mereka bukan sahaja harus bersedia menerima pujian melambung ke langit tetapi juga cercaan menghina yang menghempas mereka ke bumi.

Fikir-fikirkan...

Menjadi Mahasiswa Lagi...

Rugi....Rugi.... Dah fikirkan masak-masak ker? Jadi ke berhenti....

Antara ungkapan, santunan, perbualan popular yang sudah semakin kerap penulis dengar sejak sebualan yang lalu.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa baik, jumlah graduan yang menganggur hampir mencecah puluhan ribu orang. Di tengah-tengah kesesakan 'graduan muda' mencari kerja. Penulis BERHENTI KERJA

Ada perkara yag perlu difahami dan dibezakan.

Pertama, tak semua manusia mempunyai kekuatan yang sama. kelemahan penulis tidak mampu membuat dua kerja dalam satu masa. Maksudnya, penulis hanya boleh memilih untuk belajar atau penulis memilih untuk bekerja bagi memastikan penulis sentiasa memberi komitmen yang terbaik.

Kedua, matlamat penulis untuk belajar hingga ke peringkat tertinggi. Mungkin hingga PhD. Justeru, manusia perlu membezakan dan tidak meletakkan wang ringgit sebagai suatu kepuasan dalam hidup. Duit bukan as' sebab untuk kita berada di dunia ini. Jika tiada duit tidak bermaksud kita tiada segala-galanya. Maksudnya, matlamat penulis menuntut ilmu, duit pada penulis cukup untuk makan, pakaian, kegunaan harian dan sebagaiya. Tetapi ia bukan kepuasan dan duit boleh di cari.

Setiap kali kita meletakkan matlamat kita duit maka akhirnya mata dan pemikiran manusia telah terikat untuk membuat sesuatu yang lebih dari uapaya mereka. Contohnya kalau pada masa itu, zaman itu seseorang telah berfikir tiap-tiap bulan duit perlu dibahagi-bahagikan untuk beberapa perkara dan jika tiada duit tidak dapat membeli itu dan ini. Akhirnya seseorang yang sepatutnya berkebolehan untuk belajar lagi atau berada di tempat lain akan terus terikat dengan kerjanya kerana ia telah melimitasikan tindakannya berasaskan keperluan yang telah diletakkan terlebih dahulu.

Oleh itu, buatlah sebebas-bebasnya perkara yang anda ingin buat tanpa perlu diikat dengan tindakan dan kerja yang membebankan.

UKM, i'm coming....

MPP Perlu bersifat merakyat sebagai eksekutif bukan eksklusif

Kesilapan yang MPP sering lakukan (seperti penulis juga dahulu) adalah tidak merakyat sebagai eksekutif. Kedudukan MPP sepertiman dibicarakan oleh rakan-rakan di dalam ABIM dan PKPIM perlu di dasari bahawa ia bukan tashrif (singgahsana kemegahan) bahkan ia adalah taklif' (beban amanah dan tanggungjawab). MPP perlu memahami kehadiran mereka ke dalam sesuatu majlis rasmi universiti, kolej2 kediaman atau formal bukan untuk dirai bahkan ia perlu meraikan mahasiswa.

Contohnya mudah, Kolej A membuat majlis makan malam di sebuah hotel. MPP B di jemput menghadiri atas kapasitinya sebagai warga kolej dan jawatannya. Oleh itu, peranan MPP B adalah hadir meraikan rakan-rakan pimpinan membuat majlis dan meraikan mahasiswa lain. Ini dapat dilihat dengan ramah nya MPP B pergi ke meja-meja rakan-rakan mereka bertanya khabar dan menyapa mereka. Jangan eksklusif duduk di meja vip atau di meja yang disediakan hingga kita lupa kita dipilih oleh mahasiswa.

Tetapi hakikatnya yang penting bukan hipokrit dan jadikan ia satu amalan dalam diri.

Sebab itu kita perlu memahami MPP perlu menjadi badan eksekutif mahasiswa yang mengangkat dan membantu mahasiswa menjalankan aktiviti, dan membangunkan kerangka diri mahasiswa. Hubungan MPP dan mahasiswa yag akrab dan disenangi akan menjadi indicator kejayaan MPP dalam membantu usaha ini.

Walau pun begitu, penulis tidak menafikan ada segelintir pimpinan mahasiswa bertindak eksklusif dengan terus-terusan berada di dalam bilik MPP yang berair con, tidak bercampur gaul dengan pemimpin mahasiswa di kolej-kolej kediaman, atau persatuan dan kelab. Kumpulan kecil ini tidak boleh dikesampingkan kerana mereka adalah asas dalam nadi MPP.

Pengalaman penulis dua portfolio penting ini harus dijaga Timb YDP MPP- Presiden2 Kolej Kediaman manakala NYDP menjaga Presiden2 Persatuan. Dan akhirnya kita ada kekuatan bersama-sama dalam menjayakan sesutau program di universiti.

MPP harus beringat tunduk dan hormat kepada kolej2 dan persatuan bukan bermaksud kita takut dengan kehendak mereka malahan mereka ertambah hormat dengan kita. Betullah kata-kata orang tua ikut resmi padi semakin menunduk semakin kita merendah diri. Kegagalan ini lah yang gagal dihadami MPP hatta pemimpin politik kita.

Cuba perhatikan pemimpin-pemimpin politik. Berapa ramai sanggup berpakaian biasa seperti marhaen atau rakyat biasa. Baju cap 'Pak Mat' berbanding brand luar negara yang diagung-agung kan. Rambut diwarna-warnakan, isteri pemimpin memakai pakaian beribu-ribu ringgit ditengah-tengah kelompok rakyat yang hanya kelas pertengahan yang gaji mereka 6 bulan pun tak mampu berpakaian sedemikian rupa.

Sepertimana kata-kata Puan Ainon, bahasa badan dan aspek luaran saja telah tidak membuktikan keikhlasan mereka 'meraikan' bersama-sama rakyat. Politik kampus adalah cerminan untuk kita belajar menjadi pemimpin di luar sana. Tingkah laku kita hari ini akan menunjukkan pemimpin bagaimana 20 atau 30 tahun akan datang jika kita menjadi pemimpin.

Oleh itu, jadilah kita eksekutif mahasiswa berbanding bersikap isolasi dan eksklusif dari mahasiswa.

Sunday, June 7, 2009

What is the real meaning of Sub Judice?

Censoring with sub judice PDF Print E-mail
Tuesday, 14 April 2009 03:11am
©The Nut Graph (Used by permission)
By Zedeck Siew

ImageWHEN the police banned any mention of Altantuya Shaariibuu or the Barisan Nasional takeover of Perak from by-election ceramah recently, sub judice was used to justify the order.

"Both cases are still in court. As such, talking about them or bringing them up in crowds can be sub judice or contempt of court," declared then Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Indeed, sub judice is often cited when the Malaysian authorities issue a gag order even when a subject matter is of public interest. What is sub judice and are the authorities justified in wielding it to censor public discussion?
Preventing prejudgment

Sub judice is a Latin term. It is legalese that literally means "under judicial consideration".

"The sub judice rule governs what public statements can be made about any ongoing legal proceedings," Malaysian Bar Council secretary George Varughese explains in an e-mail interview.

Underscoring the rule, he says, is the concept of prejudging. "If discussion might place improper pressure on the litigants or on witnesses, then the courts can intervene and hold such discussions as sub judice, and thus in contempt of court," he says.

However, the Malaysian government's interpretation is that once the hearing of a case begins in court, sub judice puts a halt to any public or media discussion of it.

Varughese says this is a misconception. "The sub judice rule does not prohibit fair and accurate reporting of the factual contents of any ongoing proceedings," he says. This means that if certain facts or evidence have already been presented in court, discussion of such facts is fair and legal.

"If it is a matter of public interest, it can be discussed at large, without the fear of being in contempt of court," Varughese adds. "Criticisms can be made and repeated. Fair comment does not prejudice a fair trial."

Jury trials

Bar Council president Ragunath Kesavan describes the current concept of sub judice in the Malaysian context as "subverting a judicial process".

He explains that it is "a creature of the past", a leftover from an era when the outcome of Malaysian court cases was decided by a jury.

"It was relevant in jury trials. You don't want a jury to be swayed by external pressure or undue influence," Ragunath says.

He uses a hypothetical snatch-theft case as an example. Noting that there is huge public outrage against snatch thieves, it would be conceivable that a sizeable group of people start promoting the death penalty for such offenders, he says.

"If we had jury trials and there was open discussion of [such a] case, that could jeopardise the conduct of a fair trial and that could be sub judice," Ragunath explains. Such public pressure could influence the impartiality of jurors, who comprise the Malaysian public.

But Ragunath points out, this has become irrelevant in Malaysia today because the jury system was completely abolished in Malaysian courts by 1995. Judgments are now made by judges, who are experts.

"Judges are trained in the law. They have been sitting on the bench for years," Ragunath says. "It would be unlikely for them to be swayed by public discussion."

Former Bar Council president Yeo Yang Poh concurs. "Unlike judges who, by their training, are supposed to be able to decide cases without being unduly influenced by public opinion, jurors are not similarly equipped to rise above public opinion."

"Thus, the sub judice rule has no place in present day Malaysia, where there is no longer any jury trial," Yeo says.

Justifying censorship

Criminal and information technology lawyer Richard Wee believes that, to a certain extent, there is a legitimate point to Syed Hamid's statement and the police's actions.

"Freedom of speech comes with responsibilities. We cannot openly declare that he killed her, with 100% certainty," Wee says, referring to new prime minister Datuk Seri Najib Razak's connection to the Altantuya murder case.

However, Wee maintains that the facts of the case — including Sirul Azhar Umar's testimony, and the fact that both police officers who have been found guilty of the Mongolian model's murder served on Najib's security detail — should be allowed.

"The police and Syed Hamid are taking things to an illogical level," Wee opines. "They are using sub judice as censorship."

He also points out that this ban seems lopsided, as it does not extend to discussion of other court cases. "If it is sub judice, what about [Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim]'s sodomy case? Utusan Malaysia discusses the case as if Anwar's guilt were a matter of fact."

Balancing act

Ragunath says an important question is how to balance the principle of sub judice with Malaysian's right to freedom of expression. "In the democracy we are today, there should be some level of openness."

He points out that legal remedies are already available to a citizen facing false public allegations: civil and criminal defamation.

Having the right to public discussion should also not usurp the role of the courts, says Varughese; "for example, by discussing how the issues should be decided by the courts."

Ragunath concurs: "What ought not to happen is statements such as 'the judge should do this, or the judge should do that'."

However, he maintains that everyone should be held responsible for his or her decision. "We have moved on. Therefore, sub judice should not be used to dampen public debate. Even judges should be accountable to the people for the decisions they make."

Of course, the impartiality of Malaysian judges has been a popular question since the 1988 judicial crisis. More recently, one need only look to the VK Lingam videotape controversy. Regardless, a judge invoking the principle of sub judice would be highly unacceptable, as it means he or she is liable to be swayed by public, inexpert opinion.

As the Malaysian legal system is based on the UK's common law principles, Yeo cites the landmark Reynolds v. Times Newspapers Limited case as proof of this notion.

"The House of Lords judgment in fact states that a judge who would succumb to public opinion, when the facts of — and the law applicable to — a particular case are before him [or her], would be unfit for [the] job."

Wednesday, June 3, 2009

Fair treatment to all litigants

Perak Constitutional crisis: Wake up and smell the carcass! – Amer Hamzah Arshad PDF Print E-mail
Thursday, 04 June 2009 06:38am
©The Malaysian Insider (Used by permission)

JUNE 3 – As a Perakian, I will always remember 11.5.2009 as the day when justice and truth alighted briefly for a moment in a Kuala Lumpur High Court. It was the day when, against all expectations, the Kuala Lumpur High Court allowed Nizar’s application for several declaratory orders, amongst others, an order declaring him as the rightful Menteri Besar of Perak.

The Judge delivered a reasoned and legally sound written judgment. It has been reportedly and analysed widely already so there is no need for me to do the same.

What I would like to reflect upon here is the aftermath of that decision.

On 12.5.2009, Zambry appealed the High Court decision to the Court of Appeal. He also filed an application for an interim stay the High Court order pending the disposal of his appeal before the Court of Appeal.

The purpose and intention of that interim stay application was to prevent Nizar from resuming his duty as the Menteri Besar notwithstanding the decision of the Kuala Lumpur High Court.

Zambry’s ex-parte stay application, without any surprise, was allowed by the Court of Appeal, by a single judge.

Before discussing the Court of Appeal stay order, I think it necessary to comment on the speed in which Zambry’s stay application was heard and thereafter granted.

Zambry filed his application for stay of the Kuala Lumpur High Court decision on 12.5.2009. Amazingly, his application was scheduled to be heard at 11.30am on the same day, i.e., approximately two hours after the stay application was filed.

In both my experience and that of many of my learned friends, an application is just not heard that quickly ordinarily or even exceptionally, with a certificate of urgency. None of us have ever heard an application being sealed, issued and fixed for hearing before a judge (be it at any level - Magistrates all the way up to the Federal Court), heard and the application allowed in less than two and a half hours.

If the courts were ordinarily that efficient, I would have no cause for complaint. But it just doesn’t happen that way usually.

This glaring efficiency would not have been so bad if it applied to the opposing party as well. However, when Nizar filed his application to set aside the ex-parte stay order he did not get the same efficient service. His application was filed on 13.5.2009, a day after the stay order was granted.

Since Zambry’s application was heard and disposed off with such efficiency, one would naturally think that Nizar’s would receive the same treatment. After all, it is a fundamental rule of law that you treat like parties equally. Both of them are litigants and so both should be treated fairly and so equally.

But Nizar’s application was fixed four days after on 18.5.2009. To add insult to injury, on 15.5.2009, Nizar’s solicitors were informed that the Court of Appeal pushed the hearing date later to 21.5.2009, which was the same day as the substantive appeal itself.

This naturally resulted in Nizar’s application being “academic” or to call a spade a spade, useless.

The present Chief Justice is fond of saying, justice delayed is justice denied. Well, this was precisely such an instance.

The difference in treatment between Zambry’s and Nizar’s applications are like heaven and hell. The delay on part of the Court of Appeal to hear Nizar’s setting aside application, deliberate or otherwise, also provokes one to wonder whether there were hidden hands hell-bent on preventing Nizar from continuing to perform his duty as a Menteri Besar despite the High Court decision which was made a day earlier?

Another curious issue is exceptional instance of the granting of the stay order by a single Court of Appeal Judge, Ramly Ali JCA, who was elevated barely a month prior to his order.

Furthermore, his Lordship’s decision has been widely criticized in the legal fraternity as being surreal if not downright perverse for this simple reason: it is an established principle of law that declaratory orders cannot be stayed.

The nature of the orders made by the High Court in the present case is declaratory in nature. It must be understood that “declaratory orders” are different from orders which are “executory” in nature. “Declaratory orders”, as the name suggests, merely declare:

(i) the true interpretation of the law or document; and

(ii) the legal position or rights between the parties.

The effect of that is that declaratory orders does not create or confer rights. Such an order merely pronounces on the actual legal position and/or factual scenario in question.

For example, you may seek a declaration that there was X is your son. If you are successful in your application, then the court will declare that X is your son.

How do you stay an order like that? For argument’s sake, let’s say we do. Does that mean X is not your son if the opposing party obtains a stay of the order and throughout the duration of the order? No. And that is why courts do not grant a stay order on a declaratory order. It’s a nonsensical thing to do.

Furthermore, another distinctive feature of a declaratory order is that once they are pronounced by the Court, the legal rights or legal positions vis-a-vis the parties are settled. No further legal steps or proceedings need to follow.

“Executory orders”, on the other hand, declare the right of the parties and then proceed to order the defendant to act in a particular way, e.g. to pay damages or money owed and such orders can be enforced by execution proceedings if disobeyed.

In the present case, the orders made clearly did not create or confer any rights upon Nizar to be the Menteri Besar as Nizar has always been the Menteri Besar.

Instead, the order merely indicates the position as it has always been, i.e., that Nizar is Menteri Besar of Perak at all material times. The High Court order did not confer something which was did not exist in the first place.

In view of the unique nature of declaratory orders as described above, where an appeal is lodged against a declaratory order, there can be no stay of proceedings, legally or sensibly.

Now, even assuming for the briefest moment you can imagine, that the Court of Appeal Judge was correct in granting the stay order, the next question the Judge should ask himself is whether the stay order would achieve any legal and tangible purpose or is it an exercise in futility?

Does the stay order confer power upon Zambry for him to perpetuate his misguided notion that he is the Menteri Besar of Perak? Can the Court of Appeal grant a stay over a constitutional matter?

The short answer is no, especially in relation to constitutional disputes. The granting of a stay order over a constitutional matter is an exercise in futility.

Even Fiji, a country which is far less developed than Malaysia, applied the principle correctly as can be seen in the case of Registration Officer for the Suva City Fijian Urban Constituency v. James Michael Ah Koy (unreported) Fiji Court of Appeal Civil Appeal No. 23 of 1992, where the Fiji Court of Appeal held;-

“Whilst the pending appeal undoubtedly involves a question of great public importance of a constitutional nature, the fact is that unless and until the Supreme Court overturns the Court of Appeal decision, that decision must stand and it binds the parties to the proceedings.”

and further on :

“Orderly functioning of democracy depends on the relevant authorities taking cognisance of and giving effect to Court Orders be they executive or declaratory in nature. Unless a case is made out to the contrary (and the onus is on the Applicant to show that exceptional grounds exist) the successful party must be allowed to enjoy the fruits of his success.”

In the present case, since the High Court had declared that Nizar is the rightful Menteri Besar of Perak, there is no procedure that empowers the court to stay or invalidate that declaration pending the hearing of an appeal.

Therefore, I would argue that the single Judge of the Court of Appeal erred in law in granting the stay order.

Additionally, in granting the stay order, the judge had conferred upon Zambry the false impression that the latter is the Menteri Besar, when in law the High Court had already declared to him to be otherwise.

It is akin to granting Zambry with the “emperor’s invisible new clothes” which has caused him to act under the misguided belief that he has the authority of the Menteri Besar, when in actual fact, he is parading himself in Perak “stark naked”.

However, whatever I have written above is not a live issue anymore since the Court of Appeal had ruled in favour of Zambry.

Some quarters claim that the Court of Appeal decision was good because it took and was guided by “national interest” considerations.

What is clear to me that such claims tend to leave out the word “Barisan” before that phrase.

And if one were to analyse the aftermath of the Kuala Lumpur High Court decision, one cannot stop from smelling a foul stench of the carcass of the Perak Constitution.

I sincerely hope that the rakyat will wake up!!! – loyarburok

Sunday, May 31, 2009

Kenali Diri Sebagai Pemikir Atau Pengikut?

Dalam setiap organisasi tidak kira organisasi berbentuk persatuan, kelab, pertubuhan politik dan sebagainya dua entiti kelompok sebegini sememangnya wujud. Namun bagaimana kita mahu mengenali kedua-dua kelompok ini sepertimana kita mnegenal itu emas, itu permata, itu berlian dan sebagainya dengan mudah?

Tidak semua pemikir itu adalah pekerja dan tidak pula pekerja itu semata-mata pekerja kerana mereka boleh juga akan menjadi pemikir.

Mengapa dikategorikan dua kelompok sebegini? Persoalan ini baik dikemukakan memandangkan tujuan berasosiasi supaya kita dapat mengurus sesebuah organisasi menjadi lebih cekap, efektif dan efisien.

Pemikir kebiasaannya melihat dengan 'mata burung' iaitu penglihatan nya di hadapan mewakili dari pelbagai aspek dan angle. Justeru, 'penglihatan' nya boleh dikatakan melihat aspek visi dan misi bagi memastikan objektif pertubuhan/ persatuan / kelab tercapai. Pandangan mereka terlalu besar dan kadang kala jauh tinggi melangit dan susah dicapai.

Walau pun begitu, bagi pemikir yang rasional yang telah bermula dari pekerja, mereka memahami dan kebiasaannya tahu ia boleh dicapai. Yang menjadi penghalang adalah kemahuan ingin buat atau tidak. Ini lah kegagalan utama pekerja dan selalu berakhir dengan kritikan pemikir tidak rasional dan menyusahkan. Sedangkan jalan sukar ini telah ditempuhi pemikir sebelum disuruh dan diberikan kepada pekerja untuk melakasanakannya.


Berbanding pekerja merupakan pelaksana kepada tindakan yang telah diwujudkan oleh pemikir dalam membawa halatuju visi dan misi persatuan atau organisasi.

Mana satu yang lebih baik? Pasti orang menganggap pemikir itu lebih baik yang kebiasaannya dikonotasi juga sebagai pemimpin. Tetapi bagi penulis, pemikir yang datang di 'groom' dari pekerja itu jauh lagi baik apabila ia menjadi pemikir. Penulis berpengalaman berjumpa bebearap kawan dan taulan yang hakikatnya mereka cukup berpengalaman kerana bermula dari bawah. Justeru,apabila mereka merangka program maka disini dapat dilihat kelebihan mereka kerana mereka 'foreseen' masalah-masalah yang akan timbul sebelum hari kejadian.

Justeru, adalah penting pemikir yang tidak tahu dan kurang mahir dalam bidang mereka dikelilingi golongan ini dalam merangka dan membangunkan jabatan mereka. Pengalaman penulis, memandangkan penulis bukan datangnya dari kelompok teknikal dan familiar dengan kenderaan besar seperti bas atau kenderaan kecil seperti kereta maka penulis sentiasa berhati-hati dalam mengambil setiap tindakan.

Contohnya dalam proses pembelian bas, kereta dan sebagainya, pemnadu dan juruteknik ini merupakan penasihat yang baik. Pandangan dan rangkuman idea kelompok kedua-dua mereka mampu mengurangkan kos kerosakan apabila membeli sesuatu kenderaan. Pemandu memahami gerak kerja dan jenis kenderaan dan keperluan yang diperlukan dalam membawa sesuatu kenderaan. Juru teknik memahami kerosakan yang sering menjadi masalah dan akhirnya merencatkan pergerakan bas untuk bergerak dengan lebih baik.

Dan alangkah baiknya penulis ada kemahiran seperti pemandu dan juruteknik yang boleh mengambil tindakan bersandarkan pertimabangan sepertimana mereka....

Isu Lain, Jawab Lain

Dalam membicarakan persoalan undang-undang kita diajar menjawab isu yang dibahaskan atau yang menjadi titik persoalan dan bukan menjawab isu-isu lain. Di sinilah kelemahan pelajar-pelajar bukan undang-undang yang menjawab beradasarkan apa yang diketahui dan bukannya menjawab apa yang dikehendaki soalan.

Apa hubung kaitnya dengan isu yang akan saya kemukakan dibawah ini???

Persoalan orang ramai wajar atau tidak Chin Peng di benarkan pulang? Bukannya persoalan menghidupkan kembali komunis di Malaysia. Dua persoalan yang dikemukakan jauh berbeda dan tidak mempunyaai pertalian antara satu sama lain.

Persoalan dasar dan asas ini timbul apabila Ketua Parti Komunis Malaya dulu, Chin Peng berkeinginan untuk pulang ke Malaysia. Walau bagaimana pun segelintir pihak menghalang dan tidak perlu kerana tidak mahu luka lama berdarah kembali.

Apakah persoalan keselamatan negara tergugat apabila Chin Peng dibenarkan pulang? Keinginan Chin Peng hanya mahu dibenarkan pulang dan mati di tanahair nya sendiri. Memandangkan beliau juga berasal dari Malaysia dan masih lagi mempunyai saudara mara maka 'kewajaran' ini harus diberi pertimbangan dengan beberapa justifikasi.

Golongan muda melihat isu ini jauh dari lingkup bangsa bahkan mengangkat ini sebagai isu kemanusiaan. Jika ibu bapa kita, saudara mara kita, dan sesiapa sahaja yang dahulunya memberi ancaman kepada negara tetapi setelah lebih 20 tahun ancaman itu telah dilumpuhkan wajar kah kita memberi mereka peluang kembali dan meninggal ditanahair mereka.

Komunis secraa rasminya meletakkan senjata pada tahun 1989, dan dengan itu secara rasmi Malaysia bebas dari ancaman komunis. Hari ini 2009, maka genap 20 tahun ancaman komunis dilumpuhkan. Setelah 20 tahun dengan ancaman komunis di Malaysia dilumpuhkan sepenuhnya maka adakah rakyat Malaysia terlalu dangkal untuk kembali kepada komunis dengan meninggalkan kekayaan Malaysia yang ada.

Justeru, isu Chin Peng ingin pulang dan menghidupkan komunis tidak seharusnya dipermainkan kerana ia melibatkan dua isu yang berbeza. Ketika ini, membangkitkan kembali peringatan berhubung komunis sangat wajar bagi menangkis komunis dihidupkan tetapi janganlah propaganda keterlaluan ini menutup isu utama Chin Peng ingin diberi bawa peluang untuk peluang.

Propaganda keterlaluan ini saya rujuk dengan serangan berhari-hari dari akhbar arus perdana tentang kezaliman komunis, program bual bicara yang mana tidak relevan dan tidak berkaitan langsung dengan isu utama membenarkan Chin Peng di bawa pulang. Seharusnya Menteri-menteri, YB2, masyarakat dan individu untuk melihat dengan mata hati dan berada dikedudukan seorang tua yang jauh diperantauan tanpa sanak saudara yang hanya mahu menghabiskan masa tuanya untuk mati di tanahairnya. Tiada perikemanusiaan dalam hati kita untuk membenarkan ini berlaku.

Fikirlah sejenak kerana mungkin satu hari nanti kita juga boleh jadi seperti Chin Peng bukan sebagai ancaman komunis tetapi ditinggalkan anak-anak dan sebagainya. Oleh iu, mari kita beri jawapan sebenar kepada isu utama dan bukan memberikan jawapan yang lain yang mengelirukan masyarakat.

Thursday, May 28, 2009

Hari Mendatang 42 Hari

Esok tugasan rasmi saya yang terakhir akan hampir tamat. Memandangkan esok adalah sesi taklimat pembelian sebut harga bas baru yang terlalu lama maka secara tidak rasmi(Saya banyak menyimpan pengalaman dengannya) menandakan tugas saya akan tamat. Inilah yang selalu akan ditanya oleh En Daim apabila mesyuarat post MPU bagi memastikan kesilapan yang sama tidak berbuah dua kali.

Kebanyakan urusan dokumentasi tender/sebut harga bas melibatkan dokumentasi dan perjanjian. Justeru, sepertimana kata-kata En Norman, Penasihat Undang-Undang USIM selalunya bahagian ini paling sukar ketika mendraf perjanjian. Kami terpaksa foreseen apakah keadaan atau kejadian yang akan merugikan USIM jika klausa ini tidak dimasukkan sebagai kontrak pembelian.

Saya bersyukur kerana melalui zaman susah ini kerana kesilapan orang yang terdahulu. Maka saya mengambil kira banyak perkara dan pertimbangan yang perlu dibuat bagi memastikan segala tindakan sejajar dan selari dengan apa yang dikehendaki USIM. Ketiadaan beberapa klausa penting menyebabkan perjanjian ini perlu mengambil kira ketiadaan intipati pada masa lalu untuk dimasukkan.

Esok juga tinggal 42 hari saya berada di USIM. Meninggalkan USIM mungkin akan menyebabkan segelintir orang berkata alangkah ruginya saya apabila telah ada peluang kerja yang baik dengan kerajaan tetapi mengambil pilihan untuk berhenti. Ia bukan bermakna berhenti untuk sesuatu yang lebih baik tetapi yakin dan percaya lah kita ingin melakukan sesuatu yang lebih baik. Kerja dengan kerajaan tidak menjamin kita menjadi kaya tetapi senang. Tetapi matlamat saya bukan untuk senang atau menjadi kaya apabila membuat pilihan berhenti tetapi ada sesuatu yang perlu diteruskan...

Wednesday, May 27, 2009

Pemimpin Mahasiswa Perlu Menjadi 'Mover"

Daring To Dare merupakan tag line bagi Proton, salah sebuah Perusahaan Automobil Nasional negara. Penulis semasa memimpin Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Kolej Proton telah diberi maklum bahawa untuk menjadi Kolej Terbaik, kita perlu mencipta sesuatu yang baru.

Akhirnya di zaman kami, Jawatankuasa Kolej menjemput mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad merasmikan program di kolej kediaman. Maka penulis dan rakan-rakan JPPK telah meletakkan satu indicator yang JPPK junior dibawah kami agak sukar mengapainya. Apa motivasi yang menyebabkan kami boleh sebegitu?

Di zaman kami di kolej, kami bukan sahaja keluar berjumpa pengurusan Proton membentangkan projek yang akan dibuat di Kolej Proton, hubungan yang baik dengan industri ini membantu kami mengurangkan kos dalam bentuk 'in kinds' dimana t-shirt, files, pen dan barang-barang lain telah ditanggung Proton. Justeru, duit kolej boleh disalurkan untuk program-program lain dan keperluan yang lebih bermanfaat.

Daring to Dare perlu difahami bukan sahaja dalam perkataannya tetapi mengajak kita melakukan sesuatu luar dari resmi kita/ kebiasaan kita. Di UUM contohnya kita sudah biasa dengan program tradisi dan akhirnya ia diturunkan dari generasi ke satu generasi JPPK. Di zaman kami melalui Liza, Timb. Pres JPPK yang kini tutor di UMK, beliau mencetuskan idea gotong royong sekampung dimana kami sama-sama memasak dan 'rewang' untuk menjayakan gotong royong tersebut.

Sebab itu, di titik akhirnya pemimpin mahasiswa perlu menjadi pencetus kepada suatu yang baru di dalam kampus. Barulah beliau akan disegani dan digemari. Kebiasaan akan menghilangkan pemimpin mahasiswa dari terus diingat dalam zaman mereka. Penulis yakin penulis hanya lebih dikenali sebagai salah seorang yg memimpin di Kolej berbanding berada di MPP kerana sebab di atas.

Limitasi masa seseorang pemimpin mahasiswa untuk bertugas sangat terhad. Mereka hanya mempunyai 6-8 bulan setelah ditolak cuti semester dan sebagainya. Ini tidak termasuk persediaan kertas kerja, group binding dan menghadapi masalah puak di dalam kumpulan tersebut. Justeru itu, seseorang pemimpin mahasiswa seharusnya hanya fokus kepada program berimpak tinggi dan tidak terlalu banyak selain tugas hakiki membantu memperbaiki kemudahan pelajar.

Budaya yang di cetus dan dimulakan pemimpin mahasiswa sekiranya baik pasti akan merakyat kepada semua mahasiswa di kampus. Persoalannya sejauh mana pemimpin mahasiswa kita hari ini dikampus-kampus telah bertindak sebagai pencetus, mover atau perintis kepada budaya baru itu???

Kita fikir bersama-sama

Tuesday, May 26, 2009

N.41 Manek Urai

Manek Urai, salah satu kawasan di dalam jajahan Parlimen P.31 Kuala Krai sangat jarang diketahui tetapi akan menarik perhatian ramai orang. Kematian YB Ismail Yaacob membuka sekali lagi peluang untuk Barisan Nasional membuktikan dibawah kepimpinan Najib, bahawa parti UMNO parti tertua di dalam negara ini mampu menarik perhatian rakyat lagi.

Sebagaimana ketahui umum, Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang terus menerus kekal di bawah parti Islam SeMalaysia (PAS) sejak pilihan raya umum tahun 1990 ketika itu berjuang bersama-sama S46 di dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Terserlahnya kejayaan PAS di Kelantan bukan sahaja semata-mata dibawah PAS tetapi dikuatkan dengan kekuatan tokoh kepimpinan Kelantan yang diketuai Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Pada Pilihanraya Umum 2008 PRU12, PAS berjaya menubuhkan kerajaan negeri disana dengan 38 kerusi manakala UMNO 6 kerusi dan KeAdilan satu kerusi. Almarhum YB Ismail Yaacob yang merupakan ADUN sejak lima penggal lalu mendapat 1352 undi majoriti bagi mengalahkan calon dari UMNO pada pilihanraya ke 12 yang lalu.

Pada PRU ke 11, BN menang dengan majoriti tipis 52 undi tetapi pada PRU ke 10 (1999) PAS menang dengan 1518 undi majoriti. PRU ke 9 (1995), PAS menang dengan 1829 undi. PRU ke 8 (1990) PAS menang dengan 3608 undi.

PAda tahun 1986, PAS menang agak tipis tetapi dengan 594 undi. Justeru, secara kesimpulan Manek Urai bolehlah dikatakan antara salah satu kubu bagi PAS. Tetapi walaubagaimana pun ia bukan lah laluan yang mudah bagi UMNO untuk memenangi kerusi di situ. Ini dibuktikan kemennangan pada tahun 2004 apabila wujud sentimen Pak Lah ketika itu baru sahaja dilantik menjadi PM dan dikenali dengan the clean guy hanya dapat menawan kerusi disitu dengan kelebihan 52 undi sahaja.

Najib ketika masih lagi berada di Singapura telah menaytakan kesediaan awal UMNO untuk bertanding di situ. Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato' Mustafa Ali pula menyarankan agar UMNO tidak bertanding. Persoalan parti politik mana yang bertanding persoalan kedua dan yang lebih penting rakyat seharusnya dibenarkan peluang untuk menggunakan kuasa mereka untuk membuat pilihan.

Andaikata sesiapa pun yang dipilih rakyat mereka harus dihormati sebagai pilihan rakyat bukan menafikan hak mereka atau menyeret mereka keluar dari DUN sepertimana yang berlaku baru-baru ini. Kita seharusnya yakin dan percaya rakyat paling berkuasa menaikkan dan menurunkan pemimpin mereka dengan izin ALLAH.

Friday, May 22, 2009

Isu yang tidak akan selesai

Prof Salleh Buang ketika diwawancara di dalam astro awani mengatakan tiga entiti yang dilihat boleh menyelesaikan krisis di Perak adalah Sultan, Rakyat atau Mahkamah.

Keputusan Mahkamah Rayuan yang diumukan dengan keputusan 3-0 oleh tiga panel Mahkamah Rayuan tidak akan menyelesaikan sebarang isu di Perak. Selepas ini peguam Nizar pula akan memfailkan rayuan di Mahkamah Apex, Mahkamah Persekutuan. Ini belum lagi menunggu kes-kes yang akan dibicarakan berhubung Sivakumar terhadap Ganesan, keputusan surat letak jawatan tiga ahli-ahli DUN dan banyak lagi.

Kita berhenti berpolitik, berfikir secara waras dan rasional DEMI RAKYAT PERAK

BN - Taknak adakan pilihan raya, kecuali ada perkenan Sultan

PR - nak pilihanraya, tubuh kerajaan berdasarkan mandat baru.

Langkah yang boleh diambil demi kebaikan RAKYAT PERAK

PR nak pilihanraya, BN tak nak pilihanraya solusi tubuhkan kerajaan dari semua part yang ada.

Menang jadi abu kalah jadi arang, kedua-dua dapat memerintah. Asasnya parti-parti semua untung dan dapat manfaat dan demi RAKYAT PERAK.

Tunggu pilihan raya ke 13.

Wednesday, May 20, 2009

Bersetuju untuk tidak bersetuju

Budaya masyarakat maju dan bertamadun adalah menghormati idea dan pandangan yang dikemukakan orang lain walaupun mereka tidak mempunyai pandangan yang sama dan serupa. Walau pun ibarat kata rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Dan pandangan sebegini adalah sesuatu yang biasa dan lazim diterima di dalam masyarakat mereka.

Apabila penulis meneliti dan menilai tingkah laku masyarakat kita, sejauh mana kita mampu menerima kritikan dan pandangan yang berbeda belum boleh kita jadikan indicator yang wajar dalam membahaskan sesuatu isu secara terbuka.

Contohnya banyak...

Isu PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran dalam mata pelajaran Sains dan Matematik yang menarik minat hampir seluruh masyarakat dari ahli politik hingga ke tukang sapu mempunyai pandangan berbeda.

Lihat bagaimana pula, sikap sekelompok golongan yang tidak menerima adalakah menghormati idea golongan yang satu lagi.

Isu 5 Peguam ditangkap Polis - kita melihat golongan yang menentang penangkapan atas nama hak yang telah diperuntukkan perlembagaan persekutuan melalui Article 5(3).

Wujud kelompok yang menerima dan menyokong penangkapan tersebut, begitu amarah terhadap badan profesional Majlis Peguam atas desakan agar Menteri berkaitan, Ketua Polis Negara berundur kerana penangkapan tersebut.

Ekspresi hak dan kebebasan merupakan sesuatu yang lumrah selagi mereka tidak mencabuli kebebasan dan hak yang diberi. Jadi kudis ker kalau mereka cakap dan mengeluarkan desakan tersebut. Yang tidak berkaitan just express your opinion seperti yang sepatutnya lah...

Oleh itu, jangan lah kita terlalu obsess untuk menidakkan orang lain tetapi perlu faham limitasinya dimana. Pandangan penulis adalah buat biasa-biasa sudah....

Hak dan mulut dia untuk bercakap...

Tuesday, May 19, 2009

Memahami Program Bual Bicara Mahasiswa

Program Bicara Siswa atau kini lebih dikenali Suara Siswa sentiasa dinanti-nantikan pemimpin mahasiswa khususnya dan mahasiswa amnya. Sewaktu di moderatorkan Dr. Nordin Kardi beberapa tahun lalu, kita melihat bagaiamana pemimpin mahasiswa menangkis dan ‘bersilat’ dalam berhujah. Ia meruapakan salah satu kemahiran berkomunikasi yang dianggap penting khususnya bagi pemimpin mahasiswa apabila mendepani isu kampus mahu pun isu nasional.

Tahun 2009, Rangkaian Televisyen Malaysia menambah baik program ini yang dahulunya di kenali Bicara Siswa tetapi kini diberi nafas baru dengan nama Suara Siswa. Moderator yang dipilih pula bukan sahaja mempunyai kelayakan PhD iaitu Dr. Fazley tetapi juga seorang selebriti yang tidak asing lagi di dalam industri hiburan Malaysia. Persoalannya sejauh mana kejayaan pembaharuan yang cuba di buat RTM terhadap satu-satunya program bual bicara pemimpin mahasiswa ini.

Setelah ke udara hampir sebulan, kita telah melihat bagaimana teknik dan cara yang tidak kena di asak ketika pemimpin mahasiswa ditanyakan soalan. Ini bukan sahaja menganggu pemimpin mahasiswa menyampaikan hujah-hujah mereka malahan adab dan teknik ‘menyinggung’ ucapan pemimpin mahasiswa juga seperti dibuat-buat. Akhirnya, pemimpin mahasiswa ini bukan sahaja tidak menyampaikan pandangan yang konkrit malahan tidak memahami persoalana yang dikemukakan moderator kepada ahli-ahli panel.

Selain itu, persoalan-persoalan yang dikemukan juga sbeenarnya tidak mencerminkan budaya intelektual program tersebut. Program Suara Siswa ini merupakan program jemputan pemimpin mahasiswa untuk menyampaikan idea dan pandangan yang kritis. Walaubagaiamana pun, kegagalan moderator membuat kajian akademik dan memahami gerak kerja di kampus juga sedikit sebanyak merencatkan program ini secara keseluruhannya.

Seharusnya keberanian Singapura beberapa tahun yang lalu membuat forum siaran langsung bual bicara Menteri bersama-sama kumpulan pelajar di dalam program rancangan televisyen mereka seharusnya di puji. Ini bukan sahaja mengalakkan pelajar-pelajar tersebut berpartisipasi bertanya secara aktif malahan memastikan mutu soalan yang dikemukakan juga bertaraf tinggi. Persoalannya adakah kita bersedia?

Justeru, RTM disarankan menilai semula program ini dengan memahami hala tuju sebenar dahulu program Bicara Siswa diwujudkan. Sekiranya intipati kewujudan ini untuk menjadikan ianya saluran mahasiswa menyampaikan pandangan yang tuntas maka persembahan, ahli panel hatta moderator perlulah betul-betul berwibawa untuk menjayakan program ini.

Cukup rasanya kita ‘melacurkan’ pelbagai stesen televisyen kita dengan program yang bukan berbentuk intelektual maka wajarkah satu-satunya program bual bicara pemimpin mahasiswa ini dibuat dengan meletakkan orang yang bukan sepatutnya di situ. Tepuk dada, tanyalah akal kita.

IDZUAFI HADI KAMILAN
MANTAN YDP MPP UUM 2006/2007

Yang Ke 100

Ini merupakan keraian coretan penulis yang ke 100. Penulis ingin menulis sesuatu yang berguna kepada pemimpin mahasiswa yang ada.

Melahirkan pemimpin mahasiswa yang lebih baik dari kita...

Penulis sering diingatkan oleh senior2 kami dan kawan2, kejayaan seseorang pemimpin bukan sahaja perlu dilihat dari kepimpinannya malahan perlu juga dilihat tentang kebolehan nya melahirkan pemimpin yang lebih baik dari beliau.

Zaman berubah mengikut situasi dan kondisi. Justeru, suasana kepimpinan kita tidak mungkin sama dengan cara kepimpinan anak muda memimpin hari ini. Justeru, apa yang lebih penting adalah memberikan mereka ruang secukupnya dan mengalakkan mereka melahirkan potensi diri untuk memimpin dengan lebih baik. Pengalamaan kepimpinan kita mungkin berguna untuk zaman kita tetapi ia mungkin mampu memberi jalan kepada orang lain mengutip sesuatu yang boleh diolah bagi dipraktik di zman kepimpinan mereka.

Persoalannya, berapa ramai yang sanggup pemimpin mahasiswa kita dahulu berkongsi pengalaman, cerita dengan generasi hari ini agar mereka menjadi pemimpin yang lebih baik dari kita. Sekurang-kurangnya pemimpin hari ini memahami bahawa tindakan salah ini pernah dilakukan oleh pemimpin mereka pada waktu dahulu yang mana mereka tidak boleh melangkah melakukan kesilapan yang sama.

Sering saya memberi perumpamaan sebegini, jika ada seorang tua yang sering ke surau melalui jalan yang sama tertendang batu ditepi jalan maka ia boleh dimaafkan kali pertama, teteapi luka buat kali kedua akibat kesalahan menendang batu yang sama di tempat yang sama itu bodoh namanya.

Perkara ini kita ingin kan pemimpin hari ini meneladani agar mereka menjadi pemimpin lebih baik dari kita.

Ilmu bukan ditimba untuk dibawa mati tetapi ilmu ditimba untuk disampaikan dari hati ke hati.

Sunday, May 17, 2009

Kawan Suka & Duka

Penulis teringat masa di kampus.

Penulis antara ribuan (mungkin) yang beruntung mempunyai kawan yang ramai. Dari Perlis hingga Sabah, dari Johor ke Utara / Kelantan, alhamdulillah penulis mempunyai kawan- kawan dimana-mana.

Kebiasaan penulis, apabila kemana-mana penulis akan menghubungi kawan-kawan apabila outstation. Lalu adalah penginapan percuma. Sewaktu di kampus lagi UiTM dan UUM, masa cuti semeter penulis memastikan berjalan ke rumah kawan-kawan sebelum terus pulang ke rumah di Johor. Penulis percaya masa yang terluang ini hanyalah sewaktu belajar kerana selepas itu penulis sudah agak sibuk dan tidak mempunyai masa seperti itu.

Ada kawan-kawan yang berada dikeliling kita hanya diwaktu senang, dan ada pula berada disisi kita senang dan duka.

Bagaimana membezakannya?

Cuba perhatikan sekeliling kita?

Setelah lebih 3 hingga 4 tahun kita belajar dan meninggalkan kampus. Masih ada lagi atau tidak, kawan-kawan kita yang menghubungi dan bertanya khabar? Atau hilang begitu sahaja meninggalkan zaman. Atau sewaktu kita di klimaks kuasa, mereka berada dengan kita tetapi apabila kita menjadi marhaen biasa mereka hilang tanpa ada khabar berita....

Penulis sudah masak dengan perangai manusia bergelar kawan yang akan sentiasa mengambil kesempatan terhadap kesenangan orang lain. Tetapi yakin dan percayalah akhirnya kita juga memahami dimana permata dari beribu-ribu kawan yang kita pernah ada.