Sunday, December 20, 2009

Undang-undang, Keadilan & Kesaksamaan?

Penulis teringat subjek jurisprudens. Semua mahasiswa undang-undang akan mengambil subjek ini di tahun akhir pengajian. Dan jawapan yang sama akan keluar dan meniti di bibir setiap mahasiswa undang-undang. Bosan, tak minat & sebagainya...

Penulis sendiri mengalami keadaan yang sama. Tetapi penulis kagum dengan Prof Madya Dr Rusniah Ahmad. Bukan sebab markah yang diberi beliau kepada penulis untuk subjek ini tetapi cara pembawaan beliau. Kami menerobos hingga ke benua afrika, UK hatta pembicaraan beliau sampai ke negara 'Uncle Sam'. Pengalaman beliau bersuamikan seorang warga Tunisia, dan pembelajaran beliau di UK serta sifat beliau untuk terus membaca sangat penulis kagumi.


Apa kaitan dengan tajuk di atas???

Jurisprudens sangat penting kepada mahasiswa, pengamal dan sarjana undang-undang. Ia merupakan 'rebung' kepada subjek undang-undang itu sendiri. Kenapa undang-undang di buat, adakah undang-undang itu baik (positif) dan tidak baik (negatif). Adakah sistem kehakiman berpaksikan kepada undang-undang yang baik & tidak baik. Kenapa beliau mentafsir undang-undang sedemikian rupa.

Itu antara sebahagian soalan-soalan yang perlu dicabar kepada mahasiswa undang-undang. Jawapannya sangat subjektif... Ia tidak semata-mata boleh dilihat dari satu arah malahan jawapan juga mungkin sebaliknya.

Keadaan semasa

Penulis hanya ingin melontarkan idea. Dan mari kita sama-sama berfikir... Negara Malaysia mempunyai undang-undang utama dan tertinggi yang diikat dengan satu nama iaitu Perlembagaan Persekutuan. Artikel 3 Perlembagaan menyatakan supreme law of the land'. Ciri-ciri Perlembagaan adalah memperincikan hak-hak rakyat, melindungi hak-hak asasi rakyat di dalam sesuatu negara. Artikel 5 hingga 13 Perlembagaan Persekutuan menyatakan secara jelas hak-hak tersebut.

Undang-undang dibuat untuk memastikan keadilan dan kesaksamaan sebagai matlamat akhirnya dapat dicapai. Sesuatu undang-undang yang baik (positif) akan mengembalikan kepada hak rakyat dititik akhirnya. Maksudnya setiap undang-undang untuk menjaga hak rakyat dan undang-undang yang baik mengembalikan hak tersebut kepada rakyat.

Dalam beberapa keadaan yang berlaku di dalam negara, apabila berlaku pertembungan di antara pihak berkuasa dan rakyat? Di mana harus diletakkan keutamaan? Penulis sering dibisik jauh di dalam hati kecil ini... tidak kah 'mereka yang membuat keputusan', rakyat memerhatikan tingkah laku mereka, setiap keputusan mereka akan menjadi pertimbangan untuk dipertaruhkan sama ada negara ini akan terus diperintah dari satu parti ini sahaja atau sebaliknya.

Penulis muak... logik akal tidak memberikan jawapan yang memuaskan penulis tentang apa yang berlaku di sekeliling. Apa yang penulis belajar di dalam jurisprudens tidak sama parktikalnya... Undang-undang positif, dimana moral menjadi pertimbangan telah tidak di ikuti. Undang-undang yang mementingkan hak rakyat jauh sama sekali dikesampingkan...

Dan ingat rakyat punya kuasa... Kuasa mengundi yang hanya akan dipakai bila keadaan semakin ditekan oleh si penguasa.

1 comment:

Guru said...

assalammualaikum

yang menggubal undang2 sedia ada adalah manusia, pengamalnya juga adalah manusia

masing2 lemah dan senang terpengaruh

jadi hakikatnya yang tertulis dan yang terpakai tidak sama sampai bila2...