Tuesday, May 21, 2013
Yang Berhormat Mahasiswa: Isu dan Cabaran
Sunday, January 31, 2010
Pilihan Raya Kampus : Semakin jauh dari Demokrasi
Di antara demokrasi & demonstrasi, ada dua kaitan rapat. Kegagalan pihak pentadbir universiti memastikan PRK di jalankan dengan cara adil dan saksama, sekali lagi 'adil & saksama' akan mengundang kecelakaan di mana antara dua pihak akan bertindak di luar norma-norma demokrasi yang seharusnya bersifat baik. Penulis katakan begini, PRK di jalankan, demokrasi di didirikan dengan membenarkan mahasiswa memilih calon2 nya degan bebas tanpa PAKSAAN dan pada masa yang sama sekiranya ada 'induce' tidak mengapa selagi mahasiswa tidak ditakutkan dengan mereka boleh memilih sesiapa sahaja.
Kegagalan PRK dijalankan sepertimana di atas, akhirnya menimbulkan sepertimana kertas undi bersiri ditulis nombor matriks, mahasiswa 'di nasihatkan' tahun pertama khususnya untuk memilih calon tertentu dan sebagainya membawa kepada demonstrasi. Namun apa yang sangat menyedihkan demonstrasi aman ini saya kira tercalar dengan penyertaan FRU. Seingat penulis, di dalam buku Mahasiswa mengugat' hanya sekali sahaja FRU & Polis di bawa masuk ke universiti bagi 'menenangkan' keadaan. Penulis kira mahasiswa yang berhimpun kelompok pandai dan bijak, pastilah mereka tidak akan membuat sesuatu yang di luar batasan kelompok orang yang pandai berfikir.
MPP: Eksekutif Bukan Eksklusif
Sering kali penulis kaitkan apa yang berlaku kini di mana-mana kampus apabila MPP hanya bersifat eksklusif berbanding eksekutif (mentadbir). Berada di kelompok dan dunianya sendiri dengan lupa tanggungjawab dan peranannya kepada mahasiswa yang mengundi mereka. Penulis katakan dengan pengalaman berada di salah sebuah kampus ini, Persatuan Mahasiswa gagal menghadami denyut nadi mahasiswa, keadaan di waktu perayaan, musim peperiksaan dan sebagainya pemimpin mahasiswa ini gagal mendekati malahan meraikan mahasiswa yang pernah memilihnya.
Penulis bukan sahaja terkejut dengan keadaan PRK tahun ini yang sebenarnya lari dari 'semangat' demokrasi yang kita mahu mengakar di kalangan mahasiswa. PRK tahun ini seolah-olah adalah Pilihan Raya Umum (PRU) versi universiti penuh dengan kotor, penipuan, dan segala macam dosa dan nista yang tidak sepatutnya di ajar kepada mahasiswa. Tidak kah "MEREKA" takut untuk berhadapan dengan ALLAH berhubung amanah yang di pinjamkan kepada mereka tetapi mereka gagal melaksanakan amanah ini sesuai dengan konsep keadilan.
Selagi universiti terus didendangkan dengan alunan politik luar selagi itulah mahasiswa akan terus menjadi boneka dan univeriti akan terus berada di 'takuk' lama yang tidak akan dapat terus maju ke hadapan setanding dengan universiti luar.
Monday, June 15, 2009
Konsep Kebertanggungjawaban MPP kepada Mahasiswa
Kita lihat analisis ini, sebuah kolej kediaman mewajibkan kepada setiap mahasiswa membayar RM25 kepada kolej bagi setiap satu semester. Pelajar yang tinggal di dalam kolej kediaman itu terdiri daripada mahasiswa mahasiswi seramai 1200 orang. 1200 x RM25 = RM30,000. Justeru, di dalam setiap penggal berakhir dengan perlantikan jawatankuasa kolej yang baru maka penyata kewangan perlu dilaporkan dan dibenarkan di akses setiap mahasiswa. Dengan cara itu, mahasiswa tahu ke mana dan di mana wang tersebut dibelanjakan. Ini kerana nilai duit yang dibayar kadang kala tidak setimpal dengan program kolej yang tidak menajamkan minda dan membangunkan intelektual mahasiswa.
Oleh itu, sebelum kita meminta wakil rakyat bersikap telus dan jujur kepada rakyat. Kampus / Universiti juga wajar bersikap telus dengan mendedahkan kepada pemimpin mahasiswa jumlah wang yang diterima dari Kementerian Pengajian tinggi bagi membangunkan mahasiswa. Penulis pernah dimaklumkan setiap Universiti menerima RM50 setahun daripada kementerian bagi program pembangunan mahasiswa. Ini bermaksud kalau ada sebuah IPT mempunyai jumlah 20, 000 pelajar maka ia akan mempunyai RM 1, 000, 000 bagi pembangunan mahasiswa. Tetapi ia tidak menjadi sedemikian dan ini menimbulkan pelbagai syak wasangka dengan kenyataan berbaur fitnah, wang di salah guna dan sebagainya.
Justeru, bagi mendidik masyarakat bersikap adil, telus dan bertanggungjawab apa masalahnya kalau dimaklumkan sahaja kemana wang tersebut disalurkan jika mereka benar2 berani dan bersih. Penghantaran kakitangan untuk ke Australia contohnya bagi menimba pengalaman pengurusan pelajar antarabangsa akhirnya tiada maklumat dan laporan pengimplementasian program seperti itu pun di IPTA tersebut.
Penulis harus juga memuji sikap beberapa Persatuan Mahasiswa (MPP) di Malaysia yang berani melaksanakan Mesyuarat Agung bagi dicerca dan dipersoalkan terhadap tugas dan tanggungjawab mereka.... Sebagai pemimpin mahasiswa yang baik mereka bukan sahaja harus bersedia menerima pujian melambung ke langit tetapi juga cercaan menghina yang menghempas mereka ke bumi.
Fikir-fikirkan...
MPP Perlu bersifat merakyat sebagai eksekutif bukan eksklusif
Contohnya mudah, Kolej A membuat majlis makan malam di sebuah hotel. MPP B di jemput menghadiri atas kapasitinya sebagai warga kolej dan jawatannya. Oleh itu, peranan MPP B adalah hadir meraikan rakan-rakan pimpinan membuat majlis dan meraikan mahasiswa lain. Ini dapat dilihat dengan ramah nya MPP B pergi ke meja-meja rakan-rakan mereka bertanya khabar dan menyapa mereka. Jangan eksklusif duduk di meja vip atau di meja yang disediakan hingga kita lupa kita dipilih oleh mahasiswa.
Tetapi hakikatnya yang penting bukan hipokrit dan jadikan ia satu amalan dalam diri.
Sebab itu kita perlu memahami MPP perlu menjadi badan eksekutif mahasiswa yang mengangkat dan membantu mahasiswa menjalankan aktiviti, dan membangunkan kerangka diri mahasiswa. Hubungan MPP dan mahasiswa yag akrab dan disenangi akan menjadi indicator kejayaan MPP dalam membantu usaha ini.
Walau pun begitu, penulis tidak menafikan ada segelintir pimpinan mahasiswa bertindak eksklusif dengan terus-terusan berada di dalam bilik MPP yang berair con, tidak bercampur gaul dengan pemimpin mahasiswa di kolej-kolej kediaman, atau persatuan dan kelab. Kumpulan kecil ini tidak boleh dikesampingkan kerana mereka adalah asas dalam nadi MPP.
Pengalaman penulis dua portfolio penting ini harus dijaga Timb YDP MPP- Presiden2 Kolej Kediaman manakala NYDP menjaga Presiden2 Persatuan. Dan akhirnya kita ada kekuatan bersama-sama dalam menjayakan sesutau program di universiti.
MPP harus beringat tunduk dan hormat kepada kolej2 dan persatuan bukan bermaksud kita takut dengan kehendak mereka malahan mereka ertambah hormat dengan kita. Betullah kata-kata orang tua ikut resmi padi semakin menunduk semakin kita merendah diri. Kegagalan ini lah yang gagal dihadami MPP hatta pemimpin politik kita.
Cuba perhatikan pemimpin-pemimpin politik. Berapa ramai sanggup berpakaian biasa seperti marhaen atau rakyat biasa. Baju cap 'Pak Mat' berbanding brand luar negara yang diagung-agung kan. Rambut diwarna-warnakan, isteri pemimpin memakai pakaian beribu-ribu ringgit ditengah-tengah kelompok rakyat yang hanya kelas pertengahan yang gaji mereka 6 bulan pun tak mampu berpakaian sedemikian rupa.
Sepertimana kata-kata Puan Ainon, bahasa badan dan aspek luaran saja telah tidak membuktikan keikhlasan mereka 'meraikan' bersama-sama rakyat. Politik kampus adalah cerminan untuk kita belajar menjadi pemimpin di luar sana. Tingkah laku kita hari ini akan menunjukkan pemimpin bagaimana 20 atau 30 tahun akan datang jika kita menjadi pemimpin.
Oleh itu, jadilah kita eksekutif mahasiswa berbanding bersikap isolasi dan eksklusif dari mahasiswa.
Sunday, April 26, 2009
Jangan permainkan dunia akademik dan nilai ilmu
Pandangan 1
Bagus lah kalau Dr. Fazley itu dipilih. Dia pun dijadikan idola dan mempunyai PhD.
Pandangan 2
Boleh menarik minat orang untuk menonton rancangan tersebut.
Pandangan 3
Akan mencemarkan kesucian program tersebut.
Komen Penulis
Penulis yang tidak berpuas hati dengan pelbagai perkara pun mengambil perkiraan membuat sedikit penyelidikan dan mencari maklumat berhubung kelulusan Dr. Fazley. Melalui laman web beliau Dr Fazley, biografi nya tidak diupdate malah kosong. Akan diupdate olehnya kelak. Jadi, tak boleh komen benda tue. Cuma bersangka baik, ia akan diupdate tidak lama lagi.
Cuma yang penulis nak bagitau, beliau motivator dalam AF- Akademi Fantasia dan terlibat dengan pnulisan buku. Penulis tak baca buku beliau so penulis tak nak komen lagi... Dipanggil untuk menjadi motivator diluar ke sekolah-sekolah dan IPTA untuk bercakap pasal teknik belajar.
Apakah tidak pelik seorang yang sentiasa dipanggil untuk datang ke isntitusi pengajian tinggi dan menyampaikan ceramah tidak meletakkan biografi terkenal beliau. AT the end tak dituliskan master dan PhD beliau dapat dari mana....
Tak pe... kita lihat point seterusnya.
Melalui komen dan surfing internet yang penulis buat. Kontroversi terhadap PhD atau DBA beliau telah dipertikaikan. Irfan Khairi dan beliau dikatakan telah menerima PhD dan ijazah kehormat dari Irish International University. Program di institusi ini telah menjadi buah mulut ketika di bawah Datuk Dr. Shafie Salleh sebagai Menteri kerana ketika itu kebanyakan degree, master atau PhD dibeli dan didownload dari internet.
Pada sekitar tahun 2003-2004, JPA telah mengiktiraf institusi ini dengan alasan institutsi ini di jalankan bisnesnya melalui syarikat yang sah sehinggalah apabila dibuat siasatan selepas ada pelajar institusi tersebut memepertikaikan pelbagai perkara barulah diselidiki yang IIU ini tidak mempunyai kampus tetap dan kebanyakannya berkongsi premis dipelbagai universiti terkenal seperti Cambridge, Oxford dan disekitar London.
Justeru, masyarakat Malaysia telah di TIPU dengan segolongan bijak pandai putar alam yang menghakis kredibiliti dunia akademik dan nilai ilmu yang dipelajari. Jenayah ini sangat berat dan sungguh memalukan kerana proses yang dilalui ini tidak melalui proses yang telus. Apakah mereka tidak berasa malu menggunakan gelaran Dr. atau meletakkan kelulusan Master atau PhD di dalm business card mereka sedangkan mereka tidak layak berbuat demikian.
kehadiran orang sebeginilah di dalam negara dan dunia akademik yang telah memalukan negara kerana memberi buah fikiran tanpa berasaskan autoritatif yang sahih dan tiada kajian yang dibentangkan apabila diminta.
Penulis tidak teragak-agak akan menentang golongan 'culprit' yang memalukan institusi dan dunia akademik yang penulis sanjung. Moga ALLAH akan membalas mereka terhadap usaha menipu mereka.
Penulis sangat marah kerna beliau dipilih menjadi moderator bicara siswa. Bukan penulis dengki atau khianat tetapi perlu diingat program inilah satu-satunya saluran bagi pemimpin mahasiswa menyampaikan buah fikiran dan pandangan mereka. Dan seharusnya pandangan pemimpin mahasiswa ini diadili dengan kredibiliti pemimpin universiti seperti Naib Canselor atau pentadbir lain. Bayangkan Dr. Nordin Kardi ketiak mengendalikan bicara siswa penuh dengan fakta dan sebagainya.
Ini bukan rancangan hiburan atau mempopularkan rancangan ini kerana selebritinya. Ini rancangan yang mencabar minda dan intelektual supaya ada sekelumit rasa kepada masyarakat dan mahasiswa secara umumnya untuk cuba berfikir secara kritis. Kalau ini pun hendak dipopularkan kerana selebritinya kita takut lain jadinya.
Walau pun begitu, untuk berlaku adil. Kita harus menilai kebolehan beliau pada rancangan ini yag akan ke udara di RTM 1 pada jam 9.30 malam setiap hari Selasa.
Monday, March 23, 2009
Universiti negara Kecil
Pusat kesihatan sebagai hospital, kedai2, the mall dan sebagainya adalah nadi ekonomi dan keusahawanan/perniagaan. Justeru, tidak hairanlah suasana politik yg dicorak di dalm universiti sebenar sepatutnya sehangat keadaan pilihanraya di luar. Atau jauh lebih penting kerana ra'yatnya terdiri dari golongan bijak pandai seolah2 di zaman Yunani dan Rom.
Walau pun itu, idealis nya suasana universiti dan keadaannya. Namun ini tidak terjadi. Walau seluhur mana idea kita ingin bangunkan anak bangsa kita.... ia tidak akan mendapat pandangan yg baik dari pihak yg rasa kan itu bukannya. Sudah hilang rasa menghormati pandangan orang lain walaupun pandangan itu bukan populis....
Sudah hilang makna menghormati adabul ikhtilaf kerna yang kita pentingkan adalah periuk nasi kita... Walau sehebat mana pun kita.... kita tidak akan berjaya kalau tujuan kita bukan untuk membangunkan anak bangsa... Tanggungjawab graduan kita memastikan kehidupan mahasiswa kita di universiti adlah menjadi jauh lebih baik dari kiter.
Mari kita renungkan....
Thursday, March 19, 2009
Kira undi cara manual muktamad - Pemilihan Agung UMNO
Kira undi cara manual muktamad
PUTRAJAYA 19 Mac - Keputusan menggunakan sistem pengundian dan pengiraan undi secara manual pada pemilihan UMNO minggu depan adalah muktamad.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Jawatankuasa Pengurusan UMNO membuat keputusan itu setelah mendapat maklum balas bahawa sistem berkomputer yang diperkenalkan mendapat bantahan majoriti para perwakilan.
Jelas beliau, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu wujud sebarang keraguan di kalangan calon dan perwakilan terhadap proses pemilihan parti.
Menurutnya, walaupun sistem manual akan menyebabkan tempoh pemilihan mengambil masa, pihak pengurusan parti tetap akur dengan kehendak akar umbi.
"Kita akan undi ikut cara lama dan perkara ini sudah disahkan.
"Bila ada curiga di kalangan calon dan perwakilan walaupun sistem komputer ada ketelusan, maka kita putuskan ikut cara lama,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jumaat lalu, hampir 90 peratus wakil-wakil calon tidak bersetuju sistem berkomputer atau sistem imbasan digital diguna pakai pada pemilihan UMNO minggu depan.
Bantahan itu dibuat ketika sesi taklimat pengundian dan pengiraan undi untuk pemilihan Ahli Majlis Tertinggi dan sayap-sayap pergerakan bagi penggal 2008-2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat lalu.
Sebelum ini, UMNO telah memutuskan untuk menggunakan 40 mesin pengimbas Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dalam sistem pengundian berkomputer pada pemilihan parti kali ini.
Bagaimanapun, jelas Tengku Adnan, UMNO masih memperkenalkan elemen baru iaitu memaparkan gambar calon-calon pada kertas undi bagi memudahkan para perwakilan memilih serta memangkah.
Di kala politik kampus, semua IPTA disarankan menggunakan e-vote kumpulan di atas enggan mempercayai e-vote. Ibarat ibu ketam menyuruh anak ketam berjalan dengan betul. Penafian cukup senang bagi golongan di atas. Kalau mahasiswa macamana?Tuesday, January 27, 2009
Politik Kampus 2009
Namun dari sumber yang tidak dipastikan kesahihannya, istilah pilihanraya kampus tidak dibenarkan digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi lalu diganti dengan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Walau apa pun bunyinya, dimata dan hati pimpinan dan tokoh gerakan siswa ia tetap akan dikenali pilihanraya kampus.
Pelbagai cerita, tohmahan dan nista dikeluarkan terhadap calon-calon yang bertanding. Walaupun bukan wang yang ditaburkan di dalam pilihanraya kampus namun 'gula-gula' sebagai habuan kepada jentera dan orang kuat yang bekerja untuk calon telah diberi. Rokok, makanan, air minuman dan sebagainya sebagai galanga ganti tidak tahu klasifikasi nya di dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Adakah boleh ia dikatakan sebgaai rasuah...
Penulis telah meninggalkan setahun alam kampus namun masih lagi mengambil tahu perkembangan apa yang terjadi di kampus. Persoalan wajar atau tidak calon pilihanraya bertindak agresif seolah-olah ia pilihanraya nasional terpulang kepada mahasiswa untuk menilai. Namun jauh dilubuk hati penulis, sikap ini akan mengambarkan wajah sebenar calon-calon dan jentera jika bekerja sebagai politikus diluar. Jika gambarannya maki hamun, santapannya fitnah dan jalannya riya' maka itulah ia diluar sana.
Seharusnya, medan pilihanraya kampus ini digunakan untuk kita menilai dan belajar bahawa jawatan ini sesuatu yang sangat indah ranum luarnya tapi duri isi tanggungjawabnya. Penulis hampir muak dengan sikap politikus kecil di kampus seolah-olah mereka boleh merubah dunia sedangkan ia cubaan kecil sebelum jawatan besar di luar sana kelak.
Thursday, November 13, 2008
Persatuan Mahasiswa perlu berwajah ‘muda’


Kehadiran pelbagai persatuan mahasiswa yang bersifat pertubuhan bukan kerajaan telah banyak mengakar aktivitisme mahasiswa di luar kampus. Kehadiran persatuan ini bukan sahaja bersifat nasionalisme, kerohanian (agama), politik dan sebagainya. Nama –nama persatuan yang dominan seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dan sebagainya merupakan sebahagian nama persatuan yang telah berakar umbi sejak era 1960 an lagi.
Walaupun begitu, persatuan mahasiswa ini yang semakin banyak diwarisi kepimpinannya bukan lagi terdiri dari kalangan mahasiswa. Bahkan ada kepimpinan persatuan terdiri dari keseluruhannya yang berkerjaya dan bukan lagi berwajah mahasiswa. Justeru, persoalan yang timbul adakah ia masih lagi relevan untuk berbicara soal mahasiswa sedangkan ia bukan lagi berwajah mahasiswa. Analoginya jika anda adalah pelajar sebuah sekolah dan telah masih lagikah anda mampu berbicara soal pelajar dalam zaman itu?
Persoalan inilah seharusnya dijawab oleh kepimpinan persatuan dan badan bukan kerajaan yang mengatakan mereka memperjuangkan hak mahasiswa. Hak mahasiswa akan sentiasa menjadi mutlak mahasiswa. Contoh yang mudah, dasar kerajaan seperti menghadkan kepimpinan persatuan belia berdasarkan had umur 40 tahun merupakan langkah yang bijak. Ini kerana kerajaan memahami pergerakan belia hanya akan berfungsi dengan baik jika nadi belia sealiran dengan jantung persatuan belia. Justeru, belia yang melebihi had umur 40 tahun perlu memahami masa, keadaan dan kondisi sekitarnya tidak mengizinkan mereka bersama dengan persatuan yang ingin diterajui walaupun mereka mengatakan mereka berkemampuan.
Keadaan yang sama juga perlu difahami persatuan yang mengelarkan diri mereka gerakan mahasiswa. Sejarah juga membuktikan gerakan mahasiswa hanya boleh diwarisi pemimpin yang bergelar mahasiswa. Ini kerana mahasiswa yang dipilih untuk menerajui persatuan mahasiswa tidak mempunyai kepentingan politik. Pandangan mereka ‘suci’ dari dinodai kepentingan diri atau mana-mana badan yang tidak bertanggung jawab. Sikap mahasiswa yang bersifat non partisan dan melontarkan idea yang disaduri dengan ilmu membuktikan scenario ini.
Walaupun hakikatnya begitu, keadaan hari ini tidak menjanjikan persatuan mahasiswa sedemikian. Limitasi terhadap persatuan mahasiswa dari terus bergelumang dengan politik diluar masih lagi diperlukan walaupun begitu sewajarnya limitasi ini bersifat minimum agar ia tidak menghakis jati diri dan kematangan berfikir mahasiswa. Kebebasan membicarakan politik semasa masih lagi tidak terhalang dan perbincangan ilmiah sains politik dan undang-undang yang beracuankan akademik masih lagi dibenarkan. Justeru, mahasiswa sendirilah yang perlu dipilih untuk memimpin kerana mereka memahami diri rakan-rakan mahasiswa apabila memimpin persatuan mahasiswa dari ditunggangi mana-mana parti politik atau badan luar yang tidak bertanggungjawab.
Wednesday, October 29, 2008
Memahami Pemikiran Orang Muda...
Keajaiban ini bukan sahaja menyebabkan lima buah negeri jatuh di tangan pembangkang malahan Nurul Izzah Anwar yang turut di kenali dengan jolokan Puteri Reformasi telah menumbangkan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga di kawasan parlimen Lembah Pantai. Kejayaan ini pastilah di sambut dengan penuh syukur dan gembira golongan muda memandangkan Nurul Izzah baru sahaja berusia 27 tahun dan merupakan ahli Parlimen termuda bagi penggal kali ini.
Menyorot sejarah golongan muda di dalam badan perundangan negara ini pastinya masyarakat masih lagi mengingati nama Fong Po Kuan dari Parti Demokratik Rakyat Malaysia (DAP) yang turut menjadi ahli Yang Berhormat termuda ketika berusia 26 tahun di parlimen Batu Gajah. Peluang mengetengahkan calon golongan muda khususnya oleh parti-parti pembangkang akhirnya mendatangkan hasil. Keperluan golongan muda di dalam Parlimen bukan sesuatu yang asing bagi negara-negara maju. Sekadar menyebut beberapa contoh yang jelas seperti di Kanada bilamana Pierre Poilievre telah menjadi ahli termuda dalam Canadian House of Commons ketika berusia 24 tahun.
Selain itu, Malcolm Fraser dan Paul Keating baru berusia 25 tahun bilamana memenangi pilihanraya Australia pada tahun 1955 dan 1969. Begitu juga di Ireland yang mempunyai sejarah yang cukup panjang dalam meletakkan golongan muda menjadi ahli badan legislatif mereka. Kesediaan negara-negara sebegini meletakkan calon golongan muda seharusnya diteladani memandangkan masyarakat di dalam negara tersebut mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan muda dalam menjana idea yang konstruktif dan membina.
Sebenarnya keperluan meletakkan segelintir golongan muda dianggap perlu bagi menjamin kesinambungan kepimpinan negara di masa hadapan. Penghasilan bakat- bakat kepimpinan yang bermutu tinggi di dalam Majlis Perwakilan Pelajar di institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara seharusnya dijadikan platform awal untuk membolehkan golongan muda ini dilatih dan digilap bakatnya untuk mewakili golongan muda.
Ini penting kerana hanya pemimpin mahasiswa dan belia sahaja yang memahami aspirasi dan kehendak golongan mereka. Sekiranya, hasrat mereka diwakili dan direpresentasikan bukan dari golongan mereka pastinya ia adalah sesuatu yang janggal. Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang ditubuhkan kerajaan sejak 2001 dilihat kini kurang ‘berbisa’ bagi membenarkan golongan muda ini dari terus menyumbang idea dan pandangan. Kehendak golongan muda sebegini untuk terlibat di dalam politik negara juga pernah dizahirkan beberapa kali di dalam forum dan memorandum kepada kerajaan.
Antara contoh yang jelas adalah perjuangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti terhadap kongkongan mahasiswa dari berpartisipasi dengan kegiatan parti politik. AUKU yang digubal 1971 bukan sahaja mengikat malahan sebenarnya telah ‘membunuh’ kehidupan mahasiswa untuk menjadi golongan muda yang penuh dengan idealisme. Selain itu, jika diteliti memorandum yang dihantar Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkaitan 13 Tuntutan Pelajar Islam dalam Pilihanraya Umum ke 12 juga menyebutkan dengan terang-terangan agar wakil generasi muda wajar dilantik sebagai Senator dalam Dewan Negara bagi mewakili hasrat mereka.
Seharusnya hasrat ini dilihat dalam ruang lingkup menjaga kepentingan dan pembinaan negara maju yang cukup panjang. Ini kerana golongan muda ini perlu diberikan peluang di dalam badan legislatif negara memandangkan kelompok ini juga mewakili sebahagian besar golongan mahasiswa dan belia di dalam negara ini yang telah menjadi pengundi.
Sekiranya kerajaan boleh melantik wakil senator yang terdiri daripada golongan istimewa, pesara, seniman dan sebagainya di dalam Dewan Negara mengapa tidak golongan muda yang terdiri daripada mahasiswa dan belia diberi hak yang sama. Keperluan meletakkan wakil mahasiswa atau belia di dalam badan perundangan itu kian mendesak apabila kini terdapat pelbagai isu yang menghujani generasi tersebut.
Isu- isu seperti kebejatan gejala sosial, hak mahasiswa di dalam universiti, PTPTN dan sebagainya akan memberikan ruang yang secukupnya bagi wakil mahasiswa yang dilantik membahaskan isu tersebut bersandarkan kaca mata mereka yang mendepani sendiri isu terbabit. Analoginya mudah bilamana orang lain yang makan buah durian tetapi orang lain yang menyatakan kelazatannya mengambarkan bagaimana golongan yang tidak pernah berhadapan secara realiti isu-isu diatas dapat berbahas dan membuat undang-undang dengan baik untuk golongan mahasiswa dan belia.
Justeru, kejayaan golongan muda seperti Yang Berhormat Fong Po Kuan dan Nurul Izzah Anwar dalam menjuarai isu golongan muda dan global hanyalah sebilangan kecil contoh golongan ini yang jauh lebih baik lagi dari segelintir ahli Yang Berhormat senior yang hanya sekadar menjadi pemerhati. Justeru, kerajaan seharusnya lebih bersikap terbuka khususnya pasca pilihanraya dalam menghalang ketirisan golongan muda dari terlibat dengan kegiatan berpolitik bagi mengelakkan ‘keajaiban’ pilihanraya umum ke 12 berulang kembali. Keputusan berani dan telus ini perlu bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali.
Golongan muda hari ini sudah cukup bijak untuk turut sama menyampaikan pendapat. Keperluan untuk berdemonstrasi seharusnya boleh diganti kerajaan dengan membenarkan golongan ini dilantik di Parlimen bagi membolehkan pendapat mereka disalurkan secara demokrasi. Kewujudan wakil golongan muda ini untuk belajar dan menimba pengalaman di tempat sebegini bukan sahaja akan dilihat satu lagi pengiktirafan kerajaan terhadap mereka malahan akan mengiktiraf kata-kata Prof DiRaja Ungku Aziz dalam buku ‘Mahasiswa Mengugat’ karya Mohamad Abu Bakar iaitu belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, berpengalaman (mencabar) dan terpelajar.
*Artikel ini telah disiarkan Dewan Masyarakat pada bulan Julai 2008 yang lalu.
Saturday, October 25, 2008
Idea Parlimen Mahasiswa Malaysia?
Selain itu, dorongan kaum lelaki dalam sistem politik Yunani ketika itu memaksa mereka menguasai seni ini dengan baik dalam memastikan agenda politik mereka dapat mempengaruhi dewan perundangan mereka ketika ini. Walhasilnya, sistem yang ada tersebut telah menjadi warisan kepada hampir semua negara di dunia ini dalam menerima pakai sistem 'Parlimen' yang boleh kita nampak hari ini.
JUsteru, seni debat atau retorik ini tidak boleh tidak perlu berjalan seiring dengan kewujudan kuasa di dalam Parlimen. Memetik kata-kata Datuk Saifudin Abdullah selaku penaung pertama Alumni Debat Malaysia menyatakan betapa pentingnya budaya berdebat di semai dan diajar kepada semua rakyat Malaysia sejak mereka kecil lagi. Ini kerana melalui retorik dan debat, kanak-kanak akan dilatih bertanya secara logik dalam mena'akul sesuatu perkara.
Bukan itu sahaja, apabila budaya ini disemai sejak kecil maka mahasiswa di uiversiti tidak akan lagi menghadapi sindrom mati 'bertanya' sepertimana yang kita nampak hari ini. Sorotan penulis pagi ini dalam internet sangat menarik perhatian dimana penulis mengenali UK Youth PArliament.
Kewujudannya wajar dipertimbangkan dan mempunyai aliran sehati sejiwa dengan idea yang pernah dicanangkan di Malaysia iaitu Parlimen Mahasiswa. Dimana silapnya, idea ini tidak diteruskan dan dicerap dengan baik pemimpin pemimpin kerajaan. Dalam memastikan negara Malaysia terus maju selepas 2020, bukan sahaja ia perlu memastikan generasi hari ini kritis dalam sesuatu perkara malahan generasi seterusnya...
Perdebatan di dalam UK Youth Parliament bukan sahaja di adakan di Parlimen UK malahan disertai hampir semua kategori umur dari mahasiswa, pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah rendah. Idea-idea mereka di garap dengan baik malahan juah lebih penting mereka mempelajari budaya menghormati pandangan rakan sepertimana di dalam Islam telah utarakan adabul ikhtilaf.
Seharusnya, ini menjadi panduan dan rujukan kita dimana wajar sekiranya kita mempertimbangkan Parlimen Mahasiswa di Malaysia dari terus kita melihat anak dan cucu kita mati bertanya apabila masuk di universiti kelak. Jadi mana dia YB-YB kita yang sanggup mencerap idea ini, jangan sekadar jadi jaguh bangsa untuk tubuh kerajaan baru atau terus ingin sibuk mengungguli pencalonan menjadi pemimpin utama parti politik tapi idea sebegini kecil pun ingin disanggahnya....
Wednesday, October 15, 2008
Pilihan Raya Kampus 2008 : Antara Penakut atau Pengecut???
Penakut, bacul, pengecut itulah urutan kata-kata yang ternukil dari mulut penulis apabila tiada satu berita pun yang memperlihatkan bahawa peri pentingnya pilihanraya kampus ini diberi perhatian oleh media-media massa. Tidak seperti kebiasaan yang lalu, tahun 2008 universiti awam diberi kebebasan untuk memilih dan menjalankan pilihanraya dengan tidak serentak. Apakah kewajarannya???
Sehingga kini, ketidakpuasan hati dikalangan ahli-ahli gerakan mahasiswa terhadap keputusan KPT seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri. Penulis percaya calon-calaon adalah putih dan bersih. Walau pun mereka ini berpendirian politik individu menyokong mana-mana parti politik di luar itu adalah lumrah... Kalau para pelajar luar negara pun boleh menyertai parti politik diluar negara mengapa tidak di Malaysia???
Adakah sikap double standard ini menunjukkan bahawa mahasiswa ipt awam kita tidak setanding dengan ipt luar negara dan masih lagi dalam proses pra matang berpolitik dikampus. Penulis percaya ruang dan peluang perlu diberi kepada bakal pemimpin mahasiswa kita untuk bertanding dan bersiasah. Calaon-calon tidak seharusnya dijaja ke hulu dan ke hilir untuk kononya dikatakan memberikan ilmu-ilmu melalui kem-kem kepimpinan demi mematangkan ilmu pengurusan aktiviti dan politik mereka.
Keberanian mereka menawarkan diri sebenarnya sahaja sudah cukup menjadi tiket untuk menunjukkan mereka layak bertanding dan menjadi pemimpin mahasiswa yang sanggup membadai ombak membelah pantai khususnya apabila berhadapan dengan pengurusan universiti.
Sayang seribu kali sayang jika keinginan dan potensi pemimpin mahasiswa ini tidak dikembangkan secara optimum dengan caranya tersendiri. Mahasiswa ini lahir dengan daya kepimpinan yang memang telah lahir bersama-sama dalam diri mereka. Seharusnya ini memberi kelebihan kepada mahasiswa ini mencari identiti mereka dalam meneruskan bentuk kepimpinan yang akan dibawanya.
Walau bagaimana pun, penulis insaf dan sedar penulis juga tidak lari dari pengalaman lalu yang menjadikan penulis seharusnya lebih banyak diam dari berkata-kata kerana penulis juga manusia biasa yang sentiasa didatangi masalah dan kepimpinan penulis juga tidak ampuh sepertimana pemimpin-pemimpin mahasiswa di zaman klimaks nya 70an dahulu.