Sunday, December 7, 2008

Bab 1: Menjadi Freshies...

Kehidupan di kampus sangat mengujakan. Justeru, kita sering kali terlupa ia hanya datang sekali. Jauh sekali kita teringat bahawa selepas 3 atau 4 tahun, kita akan meninggalkan alam kampus dan melangkah ke alam berkerjaya. Apa yang pasti hidup di kampus mengujakan bukan kerana suasananya semata-mata malahan di sini kita tak perlu berfikir susah payah tentang kewangan, pembayaran sewa rumah, elektrik, dan sebagainya. Pergi sahaja di mesin ATM di awal semester cucuk kad ATM, keluarlah duit walaupun ia sebenarnya duit pinjaman.

Kehidupan di kampus sebagai freshies sentiasa diulit dengan perasaa takut dan gementar. Kenangan dihantar ibubapa dan beratur panjang melakukan pengurusan borang-borang di Fakulti dan Bangunan Akademik merupakan rutin sebagai seorang mahasiswa baru atau freshies. Selain itu, sebelum datang ke kaunter akademik bagi urusan sebegini seelok-eloknya mahasiswa telah membuat persiapan terlebih dahulu. Urusan borang-borang akademik perlu disusun mengikut aturannya, borang pinjaman kewangan, borang asrama dan sijil-sijil akademik dimana perlu disahkan terlebih dahulu oleh pegawai Kumpulan Pengurusan & profesional sebelum dihantar.

Sering terjadi juga keperluan mahasiswa tidak mencukupi seperti borang yang salah diisi, gambar yang tidak mencukupi dan sebagainya. Kebiasaannya, ada juga wakil pihak akademik dan kolej kediaman yang akan menyediakan perkhidmatan fotostat bagi memudahkan urusan freshies yang menghadapi masalah seperti ini. Justeru, freshies perlu menyiapkan dua atau tiga salinan bagi memastikan urusan tidak tergendala apabila masalah-masalah uar jangka seperti ini berlaku.

Kesilapan-kesilapan seperti ini biasanya didorong kerana pengalaman ibubapa pertama kali menghantar anak-anak melanjutkan pelajaran ke menara gading. Tidak kurang juga ibu bapa yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman anak-anak terdahulu maka ia berulang kembali.

Pelbagai pengalaman baru akan dapat diperhati terhadap freshies ini. Ini kerana di sinilah buat pertama kali akan ada yang berjauhan dari keluarga lalu menjadi 'home sick'. Bertemu dengan kenalan baru dan suasana baru selalunya tidak digemari manusia. Justeru, sebagai freshies kita kena pandai menyesuaikan diri. Hari pertama menjadi penentu segalanya. Sekiranya kita meletakkan azam untuk berubah, semuanya akan bermula disini.

Pastinya kehidupan sebagai pelajar sekolah menengah (SPM atau STPM), jauh sekali berbeza dengan suasana di alam kampus. Di sinilah kelebihan pelajar berasrama penuh dan matrikulasi yang telah seringkali dilatih dan di disiplinkan agar menjadi seorang yang berdikari. Namun ada, juga di kalangan pelajar sekolah berasrama penuh ini yang terkandas akibat terlalu selesa disebabkan kononnya telah berpengalaman menempuh alam asrama.

Jika dahulunya anda seorang yang pendiam di bangku persekolahan tiada siapa yang tahu. Jika anda pernah mempunyai rekod disiplin di sekolah pun tiada siapa yang tahu. Kata-kata ini yang akan dibekalkan Pembantu Mahasiswa / ahli jawatankuasa suai kenal memandangkan masuk ke alam universiti seolah-olah kita membuka diari baru dimana tiada sesiapa mengenali kita untuk menjadi seseorang yang berwajah baru.

Justeru, pilihan di tangan anda? Mahu berubah atau terus kekal menjadi diri anda seperti di bangku sekolah...

Kebiasaannya kita akan rapat dengan teman sebilik, atau teman setingkat atau teman seprogram. Justeru, pecahkan kebuntuan ini mencari kawan sebanyak mungkin kerana kita akan berada di kampus sepanjang 3-4 tahun. Mana tahu kita akan memerlukan bantuan mereka satu hari nanti. Ada juga mahasiswa di waktu freshies ini mencari rakan-rakan senegeri atau rakan di mana universiti itu berada. Mudah mendapat bantuan dan hujung minggu boleh menemani rakan-rakan tersebut berkunjung ke rumahnya.

Tetapi, jauh lebih penting ada juga freshies yang bijak mengatur strategi mencari senior-senior sebagai rakan. Apatah lagi jika senior tersebut teman sebilik. Golongan ini boleh digelar sebagai opportunis kerana jika peluang tinggal bersama senior tidak diambil, maka mereka tidak akan memperolehi manfaatnya. Pinjam buku-buku teks, nota-nota kuliah, komputer dan sebagainya. Semua ini cukup besar maknanya apabila menjadi golongan yang dipanggil mahasiswa.

Wednesday, December 3, 2008

Graduang Undang-Undang UUM layak jalani latihan dalam kamar



Graduan undang-undang Universiti Utara Malaysia pada bulan Disember ini genaplah setahun tidak dapat menjalani latihan dalam kamar sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta Profesion Guaman bagi menjadi pengamal undang-undang yang bertauliah. Sesuatu yang amat memalukan di dalam sistem pengajian tinggi negara yang kita katakan universitinya ingin menuju ke arah universiti kelas dunia namun graduan program profesionalnya tidak boleh diterima untuk menjadi sebahagian pelatih dalam kamar.

Program undang-undang Universiti Utara Malaysia bukan sahaja dirumus melalui subjek-subjek teras undang-undang yang hampir sama dengan graduan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi MARA bahkan ditambah nilai kursus pengajiannya di dalam bidang pengurusan dan perakaunan. Secara keseluruhannya, graduan undang-undang UUM perlu menghabiskan 154 jam kredit di dalam tempoh empat tahun berbanding graduan undang-undang universiti awam lain hanya perlu menghabiskan lebih kurang 130 jam kredit di dalam tempoh yang sama. Justeru, dimana ketidakbolehan mahasiswa undang-undang UUM untuk menjalani latihan di dalam kamar jika secara teorinya subjek diajar adalah sama.

Selain itu, partisipasi mahasiswa undang-undang UUM bukan sahaja boleh dilihat sejak program ini diperkenalkan pada akhir tahun 2003 tetapi sehingga hari ini mahasiswa undang-undang UUM tidak pernah tidak menyertai program mahasiswa undang-undang anjuran Fakulti Undang-Undang di institusi pengajian tinggi awam lain serta badan profesional seperti Majlis Peguam. Ini dibuktikan penyertaan setiap tahun di dalam pertandingan Debat Bahasa Melayu Majlis Peguam Malaysia, pertandingan Mahkamah Moot peringkat kebangsaan, pertandingan Kaunseling Pelanggan dan sebagainya.

Kesemua ini membuktikan komitmen mahasiswa undang-undang UUM di dalam pertandingan di dalam dan di luar anjuran Fakulti Undang-Undang dan badan profesional guaman bagi memastikan mahasiswa undnag-undang UUM tidak keciciran di dalam dunia profesional guaman diluar walaupun berada nun jauh di utara tanahair. Kenyataan memperlekehkan graduan undang-undang UUM tidak dapat diterima sedangkan kami belum diuji di dalam dunia realiti khususnya ketika berada di dalam tempoh latihan di dalam kamar.

Kenyataan sesetengah pihak mengkehendaki kami menduduki peperiksaan Sijil Amalan Guaman atau lebih dikenali Certificate of Legal Practise (CLP) adalah kenyataan berat sebelah dan hanya mengundang rasa tidak puas hati dikalangan kami. Pertama, kami merupakan graduan undang-undang yang telah pun menamatkan pengajian undang-undang di dalam tempoh empat tahun sepertimana graduan undang-undang universiti awam yang lain. Ini termasuklah pengajian tahun akhir kami merangkumi kursus Jurisprudens, Prosedur Jenayah di Malaysia, Prosedur Sivil di Malaysia, undang-undang keterangan dan Amalan Profesional yang juga merupakan kursus wajib di dalam peperiksaan Sijil Amalan Guaman. Oleh itu, apa rasionalnya kami dikehendaki menduduki peperiksaan yang sama sedangkan kami telah pun belajar dan digredkan untuk kursus tersebut?

Kedua, kenyataan menafikan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kursus pengajian undang-undang tahun akhir juga menafikan kualiti para pensyarah yang mengajar di UUM. Sedangkan para pensyarah ini juga mempunyai kelulusan Sarjana atau PhD dan juga merupakan graduan undang-undang universiti tempatan dan luar negara yang telah mempunyai pengalaman di dalam amalan guaman sehingga lebih 10 tahun. Persoalan-persoalan ini perlu dirungkaikan dan justifikasi yang kukuh perlu dimaklumkan kepada kami agar kami tidak menjadi seperti ibarat menuggu bulan jatuh ke riba.

Sehingga hari ini dari Perlis hingga ke Sabah, dari Johor sampailah ke Kelantan graduan undang-undang UUM berada dimana-mana. Kelewatan memberikan kelulusan untuk mahasiswa undang-undang UUM menjalani latihan di dalam kamar hanyalah merugikan modal insan yang ada pada generasi baru undang-undang di Malaysia seperti kami.

Tuesday, November 18, 2008

CUEPACS tidak ganjak pendirian boikot PTK ...

Tajuk berita di atas merupakan rentetan beberapa perang mulut antara Presiden Kesatuan Cuepacs, Omar Osman dan Tan Sri Ismail Adam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Di sebelah pihak, CUEPACS inginkan PTK dihapuskan atau kata dua yang diberikan mereka akan memboikot PTK.

Manakala bagi pihak kerajaan melalui Tan Sri Ismail Adam, PTK tidak akan dimansuhkan. Umum mengetahui PTK diadakan bagi menilai keberkesanan kakitangan kerajaan bekerja. Walaupun begitu, akhbar hari ini melaporkan pengecualian harus diberikan kepada kakitangan awam yang telah berkhidmat lebih 20 tahun.

Persoalannya mengapa pengecualian ini perlu diberikan? Seharusnya PTK harus dilihat dalam konteks yang lebih besar bilamana ada ramai kakitangan kerajaan yang masih berfikiran seperti khidmat awam 30 tahun yang lalu. Malas, selalu tidak berada di pejabat dan tidak efektif atau efisyen merupakan antara sebahagian besar sikap kakitangan awam yang masih lagi belum berubah.

Tambah merumitkan kakitangan yang bekerja lebih 15 hingga 20 tahun yang mempunyai sikap yang sama dan telah sebati dalam jiwa mereka. Pengecualian PTK pada mereka menunjukkan sikap mereka yang tidak mahu belajar dan membuat persediaan menghadapi peperiksaan tersebut...

Kredit harus diberikan kepada Tan Sri Ismail Adam yang berani dengan prinsip berhadapan dengan kesatuan terbabit. Walaupun begitu,penulis percaya ada juga segelintir kakitangan awam yang komited dengan kerja mereka. Justeru, kerana nila setitik rosak susu sebelanga....

Biar Ketua Wanita UMNO dipertandingkan


Komen muka depan Berita Harian cukup mengujakan.

'PM mahu jumpa Wanita'

Campurtangan Pak Lah dalam pertandingan Ketua Wanita UMNO ini hanya akan menimbulkan kesangsian khususnya bilamana Ketua Wanita UMNO Kepala Batas juga turut hadir dalam menyatakan sokongan agar jawatan Ketua Wanita UMNO dipertandingkan.

Zabariah Wahab yag merupakan Ketua Wanita UMNO Kepala Batas dilihat mewakili airan Wanita di bahagian itu yg mana (Pak Lah) merupakan Ketua Bahagian menyokong Shahrizat untuk bertanding jawatan itu. Sebelum ini juga, Pak Lah dilihat lebih menyokong ShahriZat apabila sanggup turun berkempen di kawasan Lembah Pantai dan melantik Shahrizat sebagai Penasihat PM bertaraf Menteri walaupun beliau kalah ketika pilihanraya melawan Nurul Izzah.

Seharusnya pertandingan ini menyuburkan amalan demokrasi di dalam parti UMNO yang sedang melalui proses pemulihan. Kewajaran ini perlu kerana jawatan Ketua Wanita UMNO adalah jawatan yang jarang-jarang sekali dipertandingkan dan kali terakhir ianya dipertandingkan adalah pada tahun 2000 apabila Rafidah mengalahkan Zaharah Sulaiman dengan kelebihan 12 undi.

Justeru, sewajarnya pemilihan kerusi ketua wanita UMNO dibuka gelanggangnya bagi memastikan Wanita UMNO terus relevan kepada parti.

Thursday, November 13, 2008

Malaysian Graduates Should Find Job Abroad


Employment in Malaysia is too limited. Perception of people, student and private sector that said if you graduate with certain of courses then you can only work in that area only. But this is not true due to in abroad such as United Kingdom, United States their graduates can work in any field.

Why this happen? The question should be asked to the Minister of Higher Education and ourselves. We do not educate ourselves when at the university the purpose is to learn as much as you can. We focus in our course subject rather think as whole. When I been elected as Student Representative, i had asked our University to be more liberal like US. The student should be given more choices to choose the subject they would like to learn rather than we specific the subject.

As example law student suppose can take psychology, economics or international affairs rather than they learn law subject only. We must know and aware University is a place where we explore student ability and capability as much as we can. If university do not give space for liberalisation in our academic field, then who will give them this opportunity???

Persatuan Mahasiswa perlu berwajah ‘muda’



Kehadiran pelbagai persatuan mahasiswa yang bersifat pertubuhan bukan kerajaan telah banyak mengakar aktivitisme mahasiswa di luar kampus. Kehadiran persatuan ini bukan sahaja bersifat nasionalisme, kerohanian (agama), politik dan sebagainya. Nama –nama persatuan yang dominan seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dan sebagainya merupakan sebahagian nama persatuan yang telah berakar umbi sejak era 1960 an lagi.

Walaupun begitu, persatuan mahasiswa ini yang semakin banyak diwarisi kepimpinannya bukan lagi terdiri dari kalangan mahasiswa. Bahkan ada kepimpinan persatuan terdiri dari keseluruhannya yang berkerjaya dan bukan lagi berwajah mahasiswa. Justeru, persoalan yang timbul adakah ia masih lagi relevan untuk berbicara soal mahasiswa sedangkan ia bukan lagi berwajah mahasiswa. Analoginya jika anda adalah pelajar sebuah sekolah dan telah masih lagikah anda mampu berbicara soal pelajar dalam zaman itu?

Persoalan inilah seharusnya dijawab oleh kepimpinan persatuan dan badan bukan kerajaan yang mengatakan mereka memperjuangkan hak mahasiswa. Hak mahasiswa akan sentiasa menjadi mutlak mahasiswa. Contoh yang mudah, dasar kerajaan seperti menghadkan kepimpinan persatuan belia berdasarkan had umur 40 tahun merupakan langkah yang bijak. Ini kerana kerajaan memahami pergerakan belia hanya akan berfungsi dengan baik jika nadi belia sealiran dengan jantung persatuan belia. Justeru, belia yang melebihi had umur 40 tahun perlu memahami masa, keadaan dan kondisi sekitarnya tidak mengizinkan mereka bersama dengan persatuan yang ingin diterajui walaupun mereka mengatakan mereka berkemampuan.

Keadaan yang sama juga perlu difahami persatuan yang mengelarkan diri mereka gerakan mahasiswa. Sejarah juga membuktikan gerakan mahasiswa hanya boleh diwarisi pemimpin yang bergelar mahasiswa. Ini kerana mahasiswa yang dipilih untuk menerajui persatuan mahasiswa tidak mempunyai kepentingan politik. Pandangan mereka ‘suci’ dari dinodai kepentingan diri atau mana-mana badan yang tidak bertanggung jawab. Sikap mahasiswa yang bersifat non partisan dan melontarkan idea yang disaduri dengan ilmu membuktikan scenario ini.

Walaupun hakikatnya begitu, keadaan hari ini tidak menjanjikan persatuan mahasiswa sedemikian. Limitasi terhadap persatuan mahasiswa dari terus bergelumang dengan politik diluar masih lagi diperlukan walaupun begitu sewajarnya limitasi ini bersifat minimum agar ia tidak menghakis jati diri dan kematangan berfikir mahasiswa. Kebebasan membicarakan politik semasa masih lagi tidak terhalang dan perbincangan ilmiah sains politik dan undang-undang yang beracuankan akademik masih lagi dibenarkan. Justeru, mahasiswa sendirilah yang perlu dipilih untuk memimpin kerana mereka memahami diri rakan-rakan mahasiswa apabila memimpin persatuan mahasiswa dari ditunggangi mana-mana parti politik atau badan luar yang tidak bertanggungjawab.

Ucapan YDP MPP Meraikan Minggu Haluan Siswa UUM 06/07


Assalamualaikum w.b.t

Pertama-tamanya sekali marilah kita merafaqkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, diberikan peluang dan ruang untuk menyampaikan sepatah dua kata bagi mewakili Persatuan Mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Ini juga merupakan ucapan sulung saya di hadapan rakan-rakan mahasiswa. Selamat datang dan selamat menjadi mahasiswa UUM.



Rakan-rakan mahasiswa,

Persatuan Mahasiswa Universiti Utara Malaysia adalah persatuan yang diakui penubuhannya dibawah AUKU 1971 dan Perlembagaan Universiti yang menaungi hampir 20,000 mahasiswa dibawahnya. Dan setiap tahun melalui pilihan raya kampus yang sah, mahasiswa ini akan memilih 39 kerusi bagi mewakili fakulti dan umum bagi menganggotai kabinet PMUUM. Dengan tiga halatuju yang telah digariskan kabinet PMUUM tahun ini, kita telah mengagaskan 3 perkara utama yang akan menjadi tunjang kepada gerakan ini bergerak iaitu meningkat soft skill, kebajikan mahasiswa dan perpaduan.


Universiti kita telah berusia 21 tahun. Garapan pentadbiran universiti dahulu telah membuka jalan kemudahan dan kesenangan yang kita nikmati hari ini. Bangunan yang tersergam indah, landskap terbaik, infrastruktur terkini dan pelbagai lagi membuktikan usaha yang bersungguh-sungguh kerajaan dalam memastikan agenda pendidikan tinggi dapat direalisasikan. Ini dapat dilihat terhadap jumlah perbelanjaan kerajaan dalam membangunkan ipta di negara ini. Statistik KPT menunjukkan kos operasi dan pembangunan pada tahun 2004 berjumlah RM5269.10 juta ringgit meningkat bagi tahun 2005 sebanyak RM6089.4 juta ringgit. Peningkatan sebanyak 16 peratus.

Marilah kita sama-sama berfikir sejenak dan melafazkan rasa syukur terpilih dan menyambung pelajaran di dalam ipt ini. Kita harus rasa bertuah dan beruntung jika perbandingan di buat antara universiti di Indonesia dan Malaysia. Salah satu contoh adalah Universitas Sumatera Utara, setelah berusia 52 tahun barulah mendapat infrastruktur dan kemudahan seperti berada disini.


Hadirin sekalian,

Pengangguran dikalangan graduan IPTA dikatakan antara 50,000 hingga 80,000 menjadi buah mulut masyarakat. Kebimbangan ini dizahirkan bukan sahaja perbincangan di warung kopi di Changlun ini malahan juga ketika perbahasan di dalam Dewan perundang-undangan negara, Parlimen Malaysia.


PMUUM tidak menafikan pengangguran ini berpunca dari ketidakyakinan mahasiswa berkomunikasi dalam bahasa inggeris dan kurang mahir soft skill, justeru Mesyuarat pertama bersama Prof. Dato Dr. Hasan Said, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi telah bersepakat MPP IPTA tahun ini akan berusaha meningkatkan nilai tambah mahasiswa kita khususnya berkaitan softskill.


PMUUM mencadangkan dan menyarankan bagi meningkatkan ketidakyakinan penguasaan bahasa Inggeris, mahasiswa mahasiswi seharusnya mengambil inisiatif sendiri mendampingi guru-guru bahasa atau para pensyarah yang boleh berkomunikasi dengan menggunakan bahasa inggeris berasaskan sistem tutor 1-2, atau 1-1 selama 1-2jam dipejabat mereka. Kita memahami para pensyarah kita tidak pernah lokek ilmu khususnya dalam mengayakan ilmu demi meningkatkan penguasaan bahasa inggeris anak didik mereka. Dengan cara ini, universiti tidak perlu terbeban untuk menggajikan lebih banyak tutor atau pensyarah. Inilah sistem tutorial di University Oxford yg seharusnya kita implementasikan mengikut sitcon kita (situasi dan kondisi).


Umum mengetahui kita tidak mungkin menyaingi Oxford University yang telah berusia ratusan tahun berbanding universiti kita yang baru berusia 21 tahun. Tetapi sebagai mahasiswa sebuah ‘universiti pengurusan’, kita perlu melihat, menilai dan menganalisis kejayaan universiti diluar agar kejayaan universiti tersebut dapat diimplementasikan dalam universiti kita berasaskan kemampuan dan kreativiti kita.


Hadirin sekalian,

Universiti ini adalah pusat tradisi keilmuan yang berdiri megah, mengharapkan mahasiswa yang lahir disuntik dengan semangat yang gagah, bukan berasaskan senjata tajam yang ditegah tetapi menggunakan kebenaran ilmu yang tidak boleh disanggah.


Justeru, PMUUM mengharapkan mahasiswa mahasiswi tidak mentalkinkan budaya ilmu yang seharusnya terus subur dan membara disini. Tuntutlah pelbagai jenis ilmu dan janganlah menjumudkan diri kita dengan bidang pengajian kita. Biarlah graduan undang-undang yang lahir dari UUM memahami ilmu ekonomi, pengajian antarabangsa, IT dan sebagainya. Atau graduan ekonomi yang boleh berbicara tentang undang-undang, kewangan, dan sebagainya. Dunia hari ini menuntut mahasiswa yang mahir pelbagai bidang sesuai dengan globalisasi yang tidak pernah mengenal sempadan.


Tetapi kita perlu ingat biarlah kita berbicara berasaskan sumber autoritatif yang benar yg akan menjadi justifikasi terhadap setiap apa yang kita katakan. Biarlah kita bercakap seperti orang yang berilmu ada kajian empirikal, contoh yang pernah dipraktikkan, atau tesis yang dirujuk kerana kita mahasiswa universiti supaya kata-kata kita tidak di salah anggap.


Yang berbahagia Dato’, para pensyarah, rakan-rakan mahasiswa,

Tegurlah kepimpinan kami agar kami dapat terus berdiri kukuh mengakar ke bumi, mencakar dilangit. Kabinet MPP bukanlah badan eksklusif tetapi ia merupakan badan eksekutif mahasiswa. Justeru, ia tidak harus bercakap mewakili kepentingan mana-mana pihak malahan suaranya mewakili 20,000 mahasiswa yang dinaunginya. Inilah konsep ‘majority rule, minority right’ yang perlu dihadami semua ahli mpp. Kami terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menerima kritikan mahasiswa, pentadbir, dan ahli akademik demi memacu kecemerlangan universiti dan mahasiswa. Yakin dan percayalah, inilah taklif bukan tashrif yang akan dipersoalkan diakhirat kelak.


Akhir kalam, dengan lafaz yang mulia,kalimah yang suci saya sudahi dengan

Wabillahi taufik wal hidayah….

Wednesday, November 12, 2008

Felo USIM... Dah lulus dah...

Kawan ku Hazrul, Pen. Pendaftar HEP (asrama) dah bagitau kat aku, dato' asim dah luluskan aku jadi felo di USIM. huhuhu...

Aku satu-satunya felo di lantik di Acacia College setakat nie.

Ok lah, cuma bulan 12 nie aku akan sibuk dengan pendaftaran Master di UKM, restructuring Transport Section untuk awal tahun Jan 2009, dan jadik felo terima kemasukan 1st batch di situ.

Mesti banyak keja nak kena prepare. So baek mula dari sekarang...

Hoo rey...

Monday, November 10, 2008

Akademi Kepimpinan Mahasiswa Malaysia

Kepimpinan negara acapkali dikaitkan dengan kepimpinan mahasiswa di kampus. Ini kerana mahasiswa dianggap pemimpin masa depan negara. Justeru, kepimpinan mahasiswa yang ditonjolkan hari ini akan mengambarkan kepimpinan negara pada masa hadapan kelak. Kelahiran pemimpin negara dikalangan pemimpin mahasiswa tidak perlu disangkal. Bukti yang cukup jelas Perdana Menteri kita, YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi yang merupakan bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Walaupun begitu, sudah sampai masanya idea kepimpinan mahasiswa disebarluar dan diberi nilai tambah kualitinya melalui kerangka yang sewajarnya . Ini kerana kebolehan memimpin mahasiswa sentiasa perlu disuburkan dengan idealisme baru dan dimajukan ke hadapan setanding dengan mahasiswa di luar negara. Justeru, satu medan latihan berkala dalam membentuk jatidiri kepimpinan perlu difikirkan. Ini kerana dengan penubuhan badan atau akademi ini, ia akan menjadi tempat rujukan khususnya dalam melatih pemimpin di kampus untuk menjadi pemimpin di masa hadapan.

Oleh itu idea Akademi Kepimpinan Mahasiswa yang dicadangkan ini akan menjadi medan latihan, pemikir dan badan yang akan sentiasa membantu meningkatkan mutu kualiti kepimpinan kampus di Malaysia.

Selain itu, badan ini juga boleh membantu meningkatkan keupayaan kepimpinan pemimpin pelajar di peringkat sekolah-sekolah khususnya sekolah menengah. Ini kerana bakat kepimpinan mahasiswa bukan hak mutlak untuk terus disandang tetapi untuk dikongsi dan diterapkan di dalam diri para pelajar semenjak kecil lagi. Ibarat kata pepatah Melayu, meluntur buluh biar dari rebungnya. Justeru, usaha menyebarluaskan idea dan budaya kepimpinan ini perlulah di galas oleh pemimpin mahasiswa di institusi pengajian tinggi.

Tambahan pula institusi pengajian tinggi adalah pusat percambahan ilmu dan intelektual. Status quonya sebagai menara gading menjadikan ianya satu tempat yang dihormati kerana punca ilmu bermula di sini. Perdebatan ilmu dikalangan para pensyarah, mahasiswa dan warga kampus di dalamnya sentiasa dipandang tinggi dan menjadi rujukan golongan tertentu khususnya masyarakat apabila timbul sesuatu isu. Oleh itu, masyarakat sentiasa menganggap pemimpin mahasiswa yang lahir dari proses perkembangan ilmu inilah yang akan mengubah kehidupan masyarakat pada masa hadapan.

Walaupun begitu, proses membentuk kepimpinan mahasiswa dikalangan institusi pengajian tinggi berbeza-beza. Perkara ini timbul berkemungkinan disebabkan dasar universiti dan keadaan di dalam sesuatu kampus. Contohnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dikenali dengan jumlah pelajar antarabangsa dan kebolehan pengucapan awam dikalangan mahasiswanya, Universiti Utara Malaysia dengan asas keusahawanan serta pengurusan yang menjadi teras universitinya dan pelbagai lagi. Sedikit sebanyak dasar dan keadaan universiti ini mencorakkan proses kelahiran pemimpin mahasiswa di dalam universiti tersebut.

Keadaan ini seharusnya bukan menjadi satu halangan malahan ia merupakan kekuatan kepada pemimpin mahasiswa di institusi pengajian tinggi kita hari ini. Dengan jumlah institusi pengajian tinggi awam yang berjumlah 18 buah kesemuanya, kita akan mempunyai kepelbagaian bentuk kepimpinan yang didasari dengan pelbagai bentuk kekuatan. Seharusnya acuan inilah yang akan memperkukuh Akademi Kepimpinan Mahasiswa yang akan ditubuhkan.

Dengan Majlis Perwakilan Pelajar sebagai tonggak utama ditampung kebolehannya dengan kepimpinan di peringkat akar umbi (persatuan, kelab dan kolej), pemimpin mahasiswa kita mampu me’rakyat’kan idea kepimpinan diperingkat sekolah menengah dan rendah. Pemimpin pelajar sekolah menengah di Malaysia hari ini juga perlu didedahkan dengan budaya politik kampus yang biasa dicanang di dalam media massa kita. Dengan pendedahan sebegini, para pelajar akan mengetahui tentang manifesto, budaya berkempen, pilihanraya dan sebagainya.

Secara tidak langsung, kepimpinan para pelajar ini akan terbina khususnya kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, penngurusan dan sebagainya.

Kewujudan Akademi ini juga akan membantu mengenal pasti punca kebejatan sosial dikalangan para pelajar yang semakin meruncing. Pendedahan keputusan kaji selidik berkaitan remaja perempuan yang bermasalah oleh salah seorang pensyarah beberapa tahun yang lalu sudah cukup menakutkan kita. Bila mana hampir kesemua remaja perempuan ini pernah melakukan hubungan seksual secara rela. Apakah tanggungjawab pemimpin mahasiswa kita? Atau dimana peranan mahasiswa kita mendepani isu sensitif ini? Persoalan inilah yang seharusnya mejadi tugas dan amanah berat untuk pemimpin mahasiswa kita lihat dan bantu.

Kita harus memahami negara kita Malaysia akan menjadi negara maju pada tahu 2020. Namun, adakah kita bersedia menjadi negara maju mengikut acuan kita sepertimana yang diungkap Tun Dr. Mahahthir Mohamad? Kerisauan inilah yang seharusnya kita bimbangkan bilamana negara maju yang berjaya hari ini tidak ampuh mendepani krisis sosial dikalangan remajanya. Perkara ini telah pun disedari pemimpin negara kita namun apakah tindakan mahasiswa kita yang berada di institusi pengajian tinggi

Pemimpin mahasiswa di dalam kampus tidak seharusnya tegar dengan isu kampus semata-mata malahan pemikiran dan idea mereka seharusnya melampaui zaman. Inilah yang seharusnya dihayati oleh pemimpin mahasiswa kita dalam buku ‘Mahasiswa Mengugat’ tulisan Muhamad Abu Bakar apabila merujuk kenyataan Naib Canselor Pertama Universiti Malaya secara tidak langsung ketika itu ingin mahasiswanya perlu bersifat global dan kembali kepada masyarakat bukan asyik dengan program di dalam kampus.

Kejayaan Akademi Kepimpinan Mahasiswa ini seharusnya tidak diukur dengan partisipasi yang ingin menyertainya tetapi apa yang penting adanya usaha yang berkesan dan secara konsisten demi membantu membangunkan remaja kita secara holistik. Analoginya cukup mudah, andaikata anak pisang yang ditanam sedang rosak adakah kita masih lagi menganggap buah pisang yang dihasilkan akan mempunyai mutu yang baik? Begitu juga remaja Malaysia hari ini, sekiranya mereka berterusan terjebak dengan gejala sosial dan tidak dibantu, diawasi, dan dipupuk bakatnya adakah kita akan menganggap mereka akan berjaya membantu negara satu hari nanti?

Dengan penubuhan Akademi ini, sekurang-sekurangnya sejarah gerakan mahasiswa di Malaysia dapat didokumentasikan. Dengan adanya badan ini juga kepimpinan mahasiswa di Malaysia dapat ditonjolkan bakatnya sehingga ke peringkat antarabangsa dan pengalamannya dapat dikongsi demi membangunkan masyarakat Malaysia yang maju di masa hadapan kelak.

Wednesday, November 5, 2008

Keluar Dewan : Siapa Tidak Matang?

Isu keluar dewan parlimen menghangatkan beberapa surat khabar arus perdana. Di meja kerajaan menempelak sikap tidak matang pembangkang yang keluar dewan ketika Najib mengusulkan pelan tindakan ekonomi yang baru untuk negara.

Persoalannya, ketika Anwar membahaskan secara panjang lebar 5 jam belanjawan 2009 dan yb-yb kerajaan tidak masuk ke dewan parlimen tidak kedengaran pula isu matang atau tidak???

Jangan bercakap isu matang kalau kita sendiri pun bersikap tidak matang...

Sunday, November 2, 2008

Dua hadiah yang mengujakan ...


Bulan November bukanlah hari lahir saya. Jauh juga bulan kelahiran ahli keluarga saya... Namun bulan November tahun ini seharus nya dan akan datang menjadi kenangan dalam kehidupan saya di masa hadapan kelak.

Pertama: Keputusan Ujian PTD

teruja apabila salah sorang sahabat saya, PTD M41 Izham menghantar sms pada malam 2Nov yang lalu menyatakan keputusan ujian PTD telah dikeluarkan. Hati berbaur antara mahu melihat atau sebaliknya. Manakan tidak sebelum ini ku rasa tak yakin menjawab ujian yang dibuat di UTM yang lalu. Pengorbanan kedua ayahanda dan bonda yang sanggup menghantar di awal pagi ditambah hujan yang renyai2 di UTM pastinya ada hikmah disebaliknya.

Mengambil peperiksaan dalam dewan peperiksaan yang sangat sejuk... Terdapat 5 kertas yang terpaksa di jawab dari pagi hingga petang. semuanya memerlukan kesabaran dan ketekunan, hilang tumpuan menyebabkan seseorang calon akan tersingkir dan hilang fokus seperti aku di akhir kalam menulis bagi ujian personaliti.

Alhamdulillah akhirnya aku mendapat keputusan


No. Kad Pengenalan : 820921016757
Nama Penuh : IDZUAFI HADI BIN KAMILAN

Tahniah! Anda LULUS ujian yang telah diadakan pada 23/8/2008

Sanggup aku keluar mencari cybercafe malam itu untuk melihat keputusan tersebut. Malam itu jugak aku menelefon ibu ku. Terima kasih semuanya yang membantu dan memberi sokongan ayah, ibu, kawan-kawan yang tidak pernah berhenti berdoa dan memberi bantuan agar aku berjaya.

Insya-ALLAH, selepas ini di PAC pulak, PTD Assessment Centre yang biasa akan di adakan di INTAN. kemungkinan besar aku akan ditempatkan di Kluang berdasarkan alamat rumah ku. Moga ALLAH permudahkan segalanya.

Kedua : LLM Universiti Kebangsaan Malaysia

Kawan senior ku menelefon pagi ini, tika aku sedang sibuk bersiap untuk terlibat sebagai salah sorang peserta kursus di USIM. Asyraf, dengan lafaz wahidnya tahniah...

Pastinya kemasukan ke LLM UKM telah diproses. Katanya tunggu sahaja borang terima masuk meneruskan pengajian di UKM di rumah. Alhamdulillah hadiah ke dua dalam jangka waktu tidak sampai 12 jam. Semua ketentuan ALLAH...

Aku bersyukur atas rahmat dan peluang yang diberi akan ku manfaatkan sebaik-baik nya.

Wednesday, October 29, 2008

Temuduga Sebagai Felo...

Kehidupan sebagai seorang staff di USIM cukup berbeda dengan pengalaman aku sebagai sorang pelajar. Kalau disuruh memilih dianatara kehidupan ingin saja aku memilih menjadi pelajar tanpa perlua ku risaukan HUTANG ptptn, tanggungjawab membayar sewa umah, api dan air.

Senangnya kehidupan belajar.

Lalu, untuk aku tidak membazir dan mengisi masa terluang disetiap petang dan hujung minggu, maka aku memohon ingin mejadi sorang felo. Tugasnya agak mencabar iaitu hantar pelajar ke hospital jika sakit. Ikut program anjuran pelajar dan menasihati JAKSA.

Insentifnya aku letakkan prioriti ke 2, di bayar bil telefon RM150.00, umah sewa percuma termasuk api dan air. Elaun tetap diberi RM100.00.

Pada ku bukan ini yang menjadi keutamaan dan kehendak tapi kalau dah ada rembat jer... huhuhu. Aku ingin dekat dan memahami naluri pelajar. Mahasiswa masa yang cukup seronok andai mereka leka dan teruja dengan budaya hedonisme diluar mereka akan hilang peluang untuk menikmati alam kampus di sini. Manfaat masa dan tenaga muda merkea ini patut disalurkan di tempat yang betul dan berguna.

Temuduga dengan Dato' TNC HEPA Usim berjalan lancar ibarat sungai yang airnya mengalir deras tanpa halangan. ada sedikit keyakinan dan cahaya harapan di situ. Acacia mungkin dibuka awal Disember, dan aku masih lagi dalam penilain untuk ditempatkan disitu...

Moga Aku berjaya...

Memahami Pemikiran Orang Muda...

Keputusan pilihanraya umum yang ke 12 lalu, pastinya mencatatkan satu lagi lembaran baru dalam landskap politik tanahair. Sebahagian besar pengundi yang terdiri daripada golongan muda telah menterjemahkan hak demokrasi mereka melalui peti-peti undi. Natijahnya, Barisan Nasional yang menerajui kerajaan selama lebih 50 tahun telah dinafikan kuasa majoriti dua per tiga buat pertama kalinya dalam sejarah. Keputusan memeranjatkan itu seolah-olah memperlihatkan golongan muda memberi amaran ingin melihat perubahan dan suara mereka didengari.

Keajaiban ini bukan sahaja menyebabkan lima buah negeri jatuh di tangan pembangkang malahan Nurul Izzah Anwar yang turut di kenali dengan jolokan Puteri Reformasi telah menumbangkan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga di kawasan parlimen Lembah Pantai. Kejayaan ini pastilah di sambut dengan penuh syukur dan gembira golongan muda memandangkan Nurul Izzah baru sahaja berusia 27 tahun dan merupakan ahli Parlimen termuda bagi penggal kali ini.

Menyorot sejarah golongan muda di dalam badan perundangan negara ini pastinya masyarakat masih lagi mengingati nama Fong Po Kuan dari Parti Demokratik Rakyat Malaysia (DAP) yang turut menjadi ahli Yang Berhormat termuda ketika berusia 26 tahun di parlimen Batu Gajah. Peluang mengetengahkan calon golongan muda khususnya oleh parti-parti pembangkang akhirnya mendatangkan hasil. Keperluan golongan muda di dalam Parlimen bukan sesuatu yang asing bagi negara-negara maju. Sekadar menyebut beberapa contoh yang jelas seperti di Kanada bilamana Pierre Poilievre telah menjadi ahli termuda dalam Canadian House of Commons ketika berusia 24 tahun.

Selain itu, Malcolm Fraser dan Paul Keating baru berusia 25 tahun bilamana memenangi pilihanraya Australia pada tahun 1955 dan 1969. Begitu juga di Ireland yang mempunyai sejarah yang cukup panjang dalam meletakkan golongan muda menjadi ahli badan legislatif mereka. Kesediaan negara-negara sebegini meletakkan calon golongan muda seharusnya diteladani memandangkan masyarakat di dalam negara tersebut mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan muda dalam menjana idea yang konstruktif dan membina.

Sebenarnya keperluan meletakkan segelintir golongan muda dianggap perlu bagi menjamin kesinambungan kepimpinan negara di masa hadapan. Penghasilan bakat- bakat kepimpinan yang bermutu tinggi di dalam Majlis Perwakilan Pelajar di institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara seharusnya dijadikan platform awal untuk membolehkan golongan muda ini dilatih dan digilap bakatnya untuk mewakili golongan muda.

Ini penting kerana hanya pemimpin mahasiswa dan belia sahaja yang memahami aspirasi dan kehendak golongan mereka. Sekiranya, hasrat mereka diwakili dan direpresentasikan bukan dari golongan mereka pastinya ia adalah sesuatu yang janggal. Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang ditubuhkan kerajaan sejak 2001 dilihat kini kurang ‘berbisa’ bagi membenarkan golongan muda ini dari terus menyumbang idea dan pandangan. Kehendak golongan muda sebegini untuk terlibat di dalam politik negara juga pernah dizahirkan beberapa kali di dalam forum dan memorandum kepada kerajaan.

Antara contoh yang jelas adalah perjuangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti terhadap kongkongan mahasiswa dari berpartisipasi dengan kegiatan parti politik. AUKU yang digubal 1971 bukan sahaja mengikat malahan sebenarnya telah ‘membunuh’ kehidupan mahasiswa untuk menjadi golongan muda yang penuh dengan idealisme. Selain itu, jika diteliti memorandum yang dihantar Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkaitan 13 Tuntutan Pelajar Islam dalam Pilihanraya Umum ke 12 juga menyebutkan dengan terang-terangan agar wakil generasi muda wajar dilantik sebagai Senator dalam Dewan Negara bagi mewakili hasrat mereka.

Seharusnya hasrat ini dilihat dalam ruang lingkup menjaga kepentingan dan pembinaan negara maju yang cukup panjang. Ini kerana golongan muda ini perlu diberikan peluang di dalam badan legislatif negara memandangkan kelompok ini juga mewakili sebahagian besar golongan mahasiswa dan belia di dalam negara ini yang telah menjadi pengundi.

Sekiranya kerajaan boleh melantik wakil senator yang terdiri daripada golongan istimewa, pesara, seniman dan sebagainya di dalam Dewan Negara mengapa tidak golongan muda yang terdiri daripada mahasiswa dan belia diberi hak yang sama. Keperluan meletakkan wakil mahasiswa atau belia di dalam badan perundangan itu kian mendesak apabila kini terdapat pelbagai isu yang menghujani generasi tersebut.

Isu- isu seperti kebejatan gejala sosial, hak mahasiswa di dalam universiti, PTPTN dan sebagainya akan memberikan ruang yang secukupnya bagi wakil mahasiswa yang dilantik membahaskan isu tersebut bersandarkan kaca mata mereka yang mendepani sendiri isu terbabit. Analoginya mudah bilamana orang lain yang makan buah durian tetapi orang lain yang menyatakan kelazatannya mengambarkan bagaimana golongan yang tidak pernah berhadapan secara realiti isu-isu diatas dapat berbahas dan membuat undang-undang dengan baik untuk golongan mahasiswa dan belia.

Justeru, kejayaan golongan muda seperti Yang Berhormat Fong Po Kuan dan Nurul Izzah Anwar dalam menjuarai isu golongan muda dan global hanyalah sebilangan kecil contoh golongan ini yang jauh lebih baik lagi dari segelintir ahli Yang Berhormat senior yang hanya sekadar menjadi pemerhati. Justeru, kerajaan seharusnya lebih bersikap terbuka khususnya pasca pilihanraya dalam menghalang ketirisan golongan muda dari terlibat dengan kegiatan berpolitik bagi mengelakkan ‘keajaiban’ pilihanraya umum ke 12 berulang kembali. Keputusan berani dan telus ini perlu bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali.

Golongan muda hari ini sudah cukup bijak untuk turut sama menyampaikan pendapat. Keperluan untuk berdemonstrasi seharusnya boleh diganti kerajaan dengan membenarkan golongan ini dilantik di Parlimen bagi membolehkan pendapat mereka disalurkan secara demokrasi. Kewujudan wakil golongan muda ini untuk belajar dan menimba pengalaman di tempat sebegini bukan sahaja akan dilihat satu lagi pengiktirafan kerajaan terhadap mereka malahan akan mengiktiraf kata-kata Prof DiRaja Ungku Aziz dalam buku ‘Mahasiswa Mengugat’ karya Mohamad Abu Bakar iaitu belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, berpengalaman (mencabar) dan terpelajar.

*Artikel ini telah disiarkan Dewan Masyarakat pada bulan Julai 2008 yang lalu.

Monday, October 27, 2008

Jalan di Pulau Pinang, Jangan Di Politikkan...

Penggunaan Bahasa Mandarin dan Tamil terhadap jalan-jalan di Pulau Pinang khususnya di Bandar Georgetown yang baru-baru ini mendapat pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO menimbulkan polemik. Cuma polemik agak berbeda kerana menggunakan bahasa asing selain bahasa Melayu di jalan-jalan.

Persoalan nya adakah Bahasa Melayu terpinggir dengan penggunaan bahasa ini?

Atau, adakah ia menyalahi keluhuran Perlembagaan sepertimana yang disebut ahli-ahli politik kerana tidak menghormati Perlembagaan itu sendiri?

Perkara 152 di dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyebutkan secara terangan BM adalah bahasa rasmi di dalam negara. Namun ia tidak menyatakan bahasa lain tidak boleh digunakan. Atau rendah ke martabat BM apabila wujud bahasa lain di jalan-jalan di negeri Pulau Mutiara ini kelak.

Ahli-ahli politik kadangkala cuba menjadi juara tetapi isu penggunaan Bahasa Inggeris di ajar dalam Matematik dan Sains tidak pernah ada YB BN yang perjuangkan bila mana tokoh bahasa menolak ia digunakan. Kedua, penukaran Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia pun sama sekali 'mereka' diam sunyi sepi tidak berkata. Sedangkan memang sejak dari tok nenek kita ia sudah dipanggil Bahasa Melayu hanya sebab si Dia yang mencadangkan diubah ke Bahasa Malaysia semua dok sibuk sokong...

Politik Oh Politik....

Saturday, October 25, 2008

Idea Parlimen Mahasiswa Malaysia?

Perdebatan atau seni retorik merupakan salah satu cabang seni ilmu dalam melontarkan idea dan pendapat. Seni ilmu ini yang telah lama wujud mula muncul dan populis ketika di zaman Socrates dan Plato. Kewujudan 'Academia' ketika itu yang berkehendakkan penuntut nya menyampaikan idea secara tuntas dalam mencari kebenaran ilmu menjadikan seni retorik seolah-olah merupakan seni ilmu yang wajid di pelajari pada zaman Yunani kuno tersebut.

Selain itu, dorongan kaum lelaki dalam sistem politik Yunani ketika itu memaksa mereka menguasai seni ini dengan baik dalam memastikan agenda politik mereka dapat mempengaruhi dewan perundangan mereka ketika ini. Walhasilnya, sistem yang ada tersebut telah menjadi warisan kepada hampir semua negara di dunia ini dalam menerima pakai sistem 'Parlimen' yang boleh kita nampak hari ini.

JUsteru, seni debat atau retorik ini tidak boleh tidak perlu berjalan seiring dengan kewujudan kuasa di dalam Parlimen. Memetik kata-kata Datuk Saifudin Abdullah selaku penaung pertama Alumni Debat Malaysia menyatakan betapa pentingnya budaya berdebat di semai dan diajar kepada semua rakyat Malaysia sejak mereka kecil lagi. Ini kerana melalui retorik dan debat, kanak-kanak akan dilatih bertanya secara logik dalam mena'akul sesuatu perkara.

Bukan itu sahaja, apabila budaya ini disemai sejak kecil maka mahasiswa di uiversiti tidak akan lagi menghadapi sindrom mati 'bertanya' sepertimana yang kita nampak hari ini. Sorotan penulis pagi ini dalam internet sangat menarik perhatian dimana penulis mengenali UK Youth PArliament.

Kewujudannya wajar dipertimbangkan dan mempunyai aliran sehati sejiwa dengan idea yang pernah dicanangkan di Malaysia iaitu Parlimen Mahasiswa. Dimana silapnya, idea ini tidak diteruskan dan dicerap dengan baik pemimpin pemimpin kerajaan. Dalam memastikan negara Malaysia terus maju selepas 2020, bukan sahaja ia perlu memastikan generasi hari ini kritis dalam sesuatu perkara malahan generasi seterusnya...

Perdebatan di dalam UK Youth Parliament bukan sahaja di adakan di Parlimen UK malahan disertai hampir semua kategori umur dari mahasiswa, pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah rendah. Idea-idea mereka di garap dengan baik malahan juah lebih penting mereka mempelajari budaya menghormati pandangan rakan sepertimana di dalam Islam telah utarakan adabul ikhtilaf.

Seharusnya, ini menjadi panduan dan rujukan kita dimana wajar sekiranya kita mempertimbangkan Parlimen Mahasiswa di Malaysia dari terus kita melihat anak dan cucu kita mati bertanya apabila masuk di universiti kelak. Jadi mana dia YB-YB kita yang sanggup mencerap idea ini, jangan sekadar jadi jaguh bangsa untuk tubuh kerajaan baru atau terus ingin sibuk mengungguli pencalonan menjadi pemimpin utama parti politik tapi idea sebegini kecil pun ingin disanggahnya....

Wednesday, October 22, 2008

Konvokesyen UUM

Bertempat di Dewan Muadzam Syah, Universiti Utara Malaysia sepertimana biasa Konvokesyen diraikan pengurusan universiti bagi graduan yang telah bertungkus lumus 3 hingga 4 tahun di menara gading ini bagi memiliki segulung ijazah.

Bagi Mas (2nd Batch) dan Andy (1st batch) tahniah, hopefully you will success in your career and remeber this is a 1st step for your career where you will learn a more out side of the university life. Bagi junior-junior law soc yang hadir pada konvokesyen, jangan lah jumudkan dengan memilih untuk meraikan senior yang mereka kenali sahaja. Jadikanlah ia budaya kerana mana tahu kita kaan saling memerlukan pula diluar sana.

Akbar pun ucapan tahbiah dari ku dan untuk tunang mu. Semoga terus berbahagia hingga ke jinjang pelamin. Chak semoga terus sihat dari kecedraan bermain ragbi. Faizal, awe dan min ucapan 'good luck' for your final exam. do your best due to this is your last semester here. Zul dan Farizan terima kasih berbanyak atas kesudian mengambil dan menumpangkan beg-beg ku di bilik korang... huhuhu...

azam, wan, bo, mahyudin, faiz dan lain-lain anggaplah jawatan itu sebagai taklif' yakni amanah yang perlu dijaga apabila memegang jpmk. setiap gerak geri, tuturkata akan menjadi sandaran dan pegangan kawan-kawan di kolej dan akan menjadi kutukan dan cercaan kalau tersilap langkah. Janganlah membongkak diri kerana ia bukan tashrif' (singgahsana kemegahan) untuk selama-lamanya...

Din tahniah atas kemenangan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar... Farhan dan Hakim selamat menajdik Tun... Yang Bersara... Wahhhhh terlalau banyak ingin ku nukilkan walau pun hanya 4 hari aku berada di UUM.

Untuk Nurul, maaf atas segalanya moga ALLAH terus memberkati perhubungan kita selama-lamanya hingga ke akhir hayat.

IHK, USIM

Doa Selamat...

Hari nie ada majlis doa selamat di jabatan ku. Aku cuba sentiasa mengingati diriku dalam setiap rezeki yang ALLAH bagi pada ku ada bahagian orang lain. Contohnya, dalam setiap bulan pendapatan seseorang... ALLAH telah tentukan ada bahagian perlu dibahagi pada penjual di pasar, supermarket, penjual di gerai / restoran.

Oleh itu, duit kita hanya lah simpanan kita di setiap akhir bulan apabila ada yang tinggal dan tidak digunakan lagi bilamana tiba pula gaji yang baru. Aku juga ingin meraikan bersama-sama dengan staff aku, dimana supaya aku sentiasa beringat-ingat siapalah kita kalau bukan kerana anak buah kita yang bekerja.

Aku dimaklumkan makan nasi putih, ayam goreng, sayur goreng, ikan kering, air oren, tembikai. oklah sesekali kena makan makanan kampung pulak. hehehe...

Moga ALLAH terus memudahkan rezeki aku di sini.

Wednesday, October 15, 2008

UiTM di Hati Ku


Ku ucap terima kasih pada alimi atas titipan gambar kenang-kenangan ku ketika berada di UiTM Melaka. Gambar ini ketika kami meraikan Muktamar INSAN atau PKPIM UiTM Melaka. Aku ditaklifkan sebagai Pengerusi Tetap bagi memastikan perjalanan dan aturan mesyuarat berjalan mengikut keadaan dan tertibnya.

Pastinya rakan-rakan di dalam gambar ini akan terkenang kan kemanisan kami bermuktamar dan bermuhasabah. Bertamrin merupakan antara resam sebagai ahli gerakan. Walau pun kami ditekan, di pandang serong dianggap pembangkang namun kuat dihati kami, kami ingin mendaulahkan Islam di dalam institusi pengajian tinggi yang syumul ini.

Teringat kata-kata Naib Canselornya yang cukup riya' yang menyatakan institutsi bumiputera ini bukan ingin melahirkan ustadz atau ustazah, kami ingin lahirkan ahli sains, teknokrat bumiputera yang berjaya...

Jijik sangat ke mendaulahkan Islam walaupun bukan datangnya kami ini dari latarbelakang pendidikan agama....

Renung-renungkan lah....

UMNO Election in Critical

UMNO division had started their election and AGM last week. Most shock result appeared was for UMNO Youth Chief and Vice President. Of Course President and Deputy President race had been predicted by the divison who will be their next President and Deputy...

I believe this reform had given UMNo a good opportunity to change themselves from inside and the changes suppose must not be seen as 'camp' of individual or leader but it must be seen to help the party gain support from people outside.

We will see this coming 2nd week race where the divicion who not decided their vote will follow the precedent or deviate from the result of 1st week division which had did their AGM.

Aku Insan Lemah Yg Perlukan Bantuan MU

Perbualan diwaktu sarapan pagi ku semalam banya berkisar tentang pengalaman seorang sahabatku yang kini ditahun akhir Sarjana Kaunseling UKM. Kagum dengan kegigihannya disamping isterinya yang sedang sarat 6 bulan, keperitan berstatus 'kontrak' di tempat kerjanya dan pelbagai onak dan duri yang dilalui nya hanya untuk memastikan ia berjaya mendapat segulung sarjana.

Pengalaman sebegini ku anggap penting dan setiap bait yang ternukil dari tutur katanya menjadikan aku insaf agar lebih bersedia dengan dugaan di masa depan. Walau pun seolah-olah nya aku telah bersedia untuk meneruskan pengajian Master ku pada penghujung tahun ini di UKM. Tetapi masih wujud rasa sangsi dan was-was adakah aku layak dan bersedia???

Semuanya ku letakkan dan kupohon pada ILAHI agar aku terus diebri kekuatan untuk menghadapinya. Perbualan malam tadi di Restoran Sate Kajang Samsuri bersama 'housemate' ku lebih menjuruskan pengalaman mereka di alam perkahwinan dan seorang di alam bakal perkahwinan (bertunang). Aku masih rasa jauh lagi, aku telah tetapkan dalam hati sekurang-kurang aku mahu Master aku abis tika aku masih bujang dan biarlah aku mendirikan rumahtangga sebagai bonus kerana aku berjaya mengenggam segulung Sarjana Undang-Undang UKM.

Aku mahu meneroka lebih dalam undang-undang Perlembagaan Perbandingan, disamping Undang-Undang Laut, Undang-Undang Antarabangsa dan Negara Dunia Ketiga dan Undang-undang Perubatan. Walaupun mungkin subjek-subjek ini bukan kontemporari tetapi aku yakin ia menjadi minat dan tuntas pengamatan ku dalam bidang tersebut.

Moga ALLAH terus membantu ku...

Pilihan Raya Kampus 2008 : Antara Penakut atau Pengecut???

Pilihanraya Kampus melabuhkan sauhnya sekali lagi... Sepertimana beberapa tahun yang lalu bulan September dan Oktober pasti menjadi fokus masyarakat di dada-dada akhbar parti mana yang akan 'menjuarai' pilihanraya kampus.

Penakut, bacul, pengecut itulah urutan kata-kata yang ternukil dari mulut penulis apabila tiada satu berita pun yang memperlihatkan bahawa peri pentingnya pilihanraya kampus ini diberi perhatian oleh media-media massa. Tidak seperti kebiasaan yang lalu, tahun 2008 universiti awam diberi kebebasan untuk memilih dan menjalankan pilihanraya dengan tidak serentak. Apakah kewajarannya???

Sehingga kini, ketidakpuasan hati dikalangan ahli-ahli gerakan mahasiswa terhadap keputusan KPT seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri. Penulis percaya calon-calaon adalah putih dan bersih. Walau pun mereka ini berpendirian politik individu menyokong mana-mana parti politik di luar itu adalah lumrah... Kalau para pelajar luar negara pun boleh menyertai parti politik diluar negara mengapa tidak di Malaysia???

Adakah sikap double standard ini menunjukkan bahawa mahasiswa ipt awam kita tidak setanding dengan ipt luar negara dan masih lagi dalam proses pra matang berpolitik dikampus. Penulis percaya ruang dan peluang perlu diberi kepada bakal pemimpin mahasiswa kita untuk bertanding dan bersiasah. Calaon-calon tidak seharusnya dijaja ke hulu dan ke hilir untuk kononya dikatakan memberikan ilmu-ilmu melalui kem-kem kepimpinan demi mematangkan ilmu pengurusan aktiviti dan politik mereka.

Keberanian mereka menawarkan diri sebenarnya sahaja sudah cukup menjadi tiket untuk menunjukkan mereka layak bertanding dan menjadi pemimpin mahasiswa yang sanggup membadai ombak membelah pantai khususnya apabila berhadapan dengan pengurusan universiti.

Sayang seribu kali sayang jika keinginan dan potensi pemimpin mahasiswa ini tidak dikembangkan secara optimum dengan caranya tersendiri. Mahasiswa ini lahir dengan daya kepimpinan yang memang telah lahir bersama-sama dalam diri mereka. Seharusnya ini memberi kelebihan kepada mahasiswa ini mencari identiti mereka dalam meneruskan bentuk kepimpinan yang akan dibawanya.

Walau bagaimana pun, penulis insaf dan sedar penulis juga tidak lari dari pengalaman lalu yang menjadikan penulis seharusnya lebih banyak diam dari berkata-kata kerana penulis juga manusia biasa yang sentiasa didatangi masalah dan kepimpinan penulis juga tidak ampuh sepertimana pemimpin-pemimpin mahasiswa di zaman klimaks nya 70an dahulu.

Thursday, September 25, 2008

Aku semakin hampir

Alhamdulillah perbualan telefon antara aku dan dr rahmah, timb. dekan fakulti undang-undang UKM cukup mengembirakan aku.

Perjuangan bagi memastikan kumpulan pelajar undang-undang UUM dapat sambung belajar di Fakulti Undang-Undang seperti UKM hampir mengapai impian. Persoalan pengiktirafan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia sepatutnya hanyalah isu kecil berbanding isu pokok iaitu peluang melanjutkan pelajaran dalam peringkat Sarjana wajar diberi kepada semua maahsiswa undang-undang.

Lembaga (Merujuk kepada LPQB) hanyalah berfungsi untuk membenarkan mahasiswa undnag-undnag ini praktis atau dalam kata lain bagi membolehkan mereka dapat memulakan latihan di dalm kamar. Walau apapun bagi pihak mahasiswa undang-undnag ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan Fakuti Undang-Undang UKM, Naib Canselor nya, Dekan Pengajian Siswazah UKM atas kebenaran ini.

Moga ia menjadi peringatan kita untuk bergerak ke depan memajukan sistem pengajian tinggi kita.

Obbama n McCain together

The Star Online today published two US President Candidates, Obama and McCain came to White House to help Bush in his economic planning to help American financial crisis. It is something interesting to discuss when both of them are different in ideas and ideologies but they willing to sit together to boost their economic.

Are Malaysia Politician willing to sit together to help our people. NO... They are not ready and suppose this mind set had to be changed when we come and talk about people right. See, how government and opposition seem to show that they are warrior among their nation.

If this mindset not been changed, we will still be like this forever and cannot achieve our develop country status yet.. It is very shame when other develop country ready to help each other to help their country but we still fight to form the new government.

I think this event ( Obbama n McCain) will educate our politician how to play with politics and when you should put aside politics when it comes to help your country...