Friday, January 30, 2009

Apa ada pada Master?

Sangat mengejutkan...

Tika dr. Nordin Kardi menyarankan pegawai tadbir UUM perlu mempunyai sekurang-kurangya Master atau yang telah diterima bekerja melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana untuk meningkatkan daya keintelektualaan, permohonan penulis untuk meneruskan pengajaian Sarjana di UKM oleh majikan, USIM telah ditolak.

Dengan keputusan ini, penulis tidak boleh memohon cuti tanpa rekod apabila adanya peperiksaan akhir malahan terpaksa menggunakan cuti rehat untuk tujuan tersebut. Bukan duit yang penulis pinta dari majikan, hanya cuti yang seharusnya menjadi galakan kepada pentadbir seperti penulis untuk menimba ilmu dan menambahkan daya keintelektualan.

Walaupun begitu, penulis akur dengan keputusan Majlis Pengurusan Univehrsiti (MPU) yang tidak membenarkan penulis bagi meneruskan Master. Pada penulis, ia satu kepuasan diri untuk menjadikan penulis lebih berwibawa khususnya dalam mendepani cabaran sebagai pentadbir di dalam institusi kecemerlangan akademik khususnya di universiti.

Penulis percaya berada di universiti sebagai pentadbir harus dicuit peluangnya menghadiri dan mengikuti budaya tradisi keilmuannya dan budaya keintelektualannya. Masa akan menentukan segalanya...

Trade Mark...

Manusia suka meninggalkan trademark sebagai tanda diri mereka. Pak Lah lebih dikenali dengan 'cemerlang, gemilang dan terbilang'. Mahathir pula dikenali dengan trade mark nya 'apa nama' dan sebagainya.

Penulis mula menyedari apabila penulis berucap dan bercakap kepada orang lain, sering kali penulis mengistilahkan 'patah balik' merujuk kepada persoalan asal dan menekankan sesuatu perkara.

Wednesday, January 28, 2009

Bubarkan Putera & Puteri UMNO - Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail


Apabila orang lama dan berpengalaman seperti beliau bersuara, semua sibuk menyanggah. Termasuklah bakal PM, Datuk Seri Najib, Hisyammudin dan Dato Noraini. Tapi kiasan Hisyammuddin dan Noraini lebih beralas memandangkan yang bercakap berhubung perkara itu adalah orang lama yang hidup dan matinya sudah sebati dengan UMNO.

Azeez, Pengerusi Biro Pemuda UMNO pulak menyanggap dengan teknikal 'swing' seperti Putera bukan sayap parti tetapi biro di dalm Pemuda dan pemilihan Pemuda tiada tetapi dipilih oleh biro-biro Pemuda. Mudah sungguh apabila orang politik bersuara.... Putera dibuat atas program kebajikan dan kemasyarakatan.

Kalau dinilai sekali lagi, mungkin benar kata-kata pemimpin-pemimpin diatas tetapi mereka yang 'muda' inilah yang menjadi api dalam sekam dan duri dalam daging. Manakan tidak ketika usia sebegini muda membantu dihulurkan duit atas nama upah. Semua kerja-kerja Parti yang dibuat diberi habuan... Tidakkah mereka ketahui ini juga sebagai salah satu ajaran impliedly ke arah rasuah.

Bayangkan apabila sudah matang dan layak untuk bertanding di dalam Pemuda, Puteri atau UMNO sendiri. Mereka akan mula membayar sepertimana mereka di ajar dahulu. Sebab itu, Rithauddeen yang juga merupakan bekas Pro Canselor UKM dan mempunyai pengalaman luas di dalam politik dan undang-undang faham dan masak dengan perangai orang-orang UMNO. Alasan beliau untuk muda mudi memfokuskan diri terhadap pembelajaran sesuai dengan apa yang dituntut oleh AUKU.

Dengan ini sudah terang lagi bersuluh, siapa yang memperalatkan AUKU untuk kepentingan parti sendiri... Penulis berpendapat bukan salah Putera, Puteri jika wujudnya politik wang. Sekiranya agama Islam menjadi pedoman di dalam parti politik Melayu tertua ini pasti politik wang tidak akan terjadi. Bayangkan untuk berebut jawatan Ketua Pemuda, Wanita atau Ketua Bahagian sahaja pun wang sudah jutaan ringgit dilabur inikan pula jawatan MT dan ke atas.

Islam sendiri mengharamkan rasuah... Adakah agama tidak diimplementasikan dalam etika parti tersebut...

Pemutihan perlu dilakukan dalam parti ini jika mahu terus relevan. Rakyat tersu menyaksikan walaupun rakyat tahu dan memahami di luar mungkin mereka marah, meluat dan menyampah tetapi di dalam hati sebenarnya mereka sayang...

Tuesday, January 27, 2009

Politik Kampus 2009

Istilah Politik Kampus sering menarik perhatian warganya tidak kira seseorang itu berstatus mahasiswa, bekas mahasiswa, masyarakat, ahli akademik atau tokoh politik. Tahun 2009 menyaksikan hampir keseluruhan kampus, IPTA yang berada di kawasan Lembah Klang mengadakan pilihanraya kampus.

Namun dari sumber yang tidak dipastikan kesahihannya, istilah pilihanraya kampus tidak dibenarkan digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi lalu diganti dengan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Walau apa pun bunyinya, dimata dan hati pimpinan dan tokoh gerakan siswa ia tetap akan dikenali pilihanraya kampus.

Pelbagai cerita, tohmahan dan nista dikeluarkan terhadap calon-calon yang bertanding. Walaupun bukan wang yang ditaburkan di dalam pilihanraya kampus namun 'gula-gula' sebagai habuan kepada jentera dan orang kuat yang bekerja untuk calon telah diberi. Rokok, makanan, air minuman dan sebagainya sebagai galanga ganti tidak tahu klasifikasi nya di dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Adakah boleh ia dikatakan sebgaai rasuah...

Penulis telah meninggalkan setahun alam kampus namun masih lagi mengambil tahu perkembangan apa yang terjadi di kampus. Persoalan wajar atau tidak calon pilihanraya bertindak agresif seolah-olah ia pilihanraya nasional terpulang kepada mahasiswa untuk menilai. Namun jauh dilubuk hati penulis, sikap ini akan mengambarkan wajah sebenar calon-calon dan jentera jika bekerja sebagai politikus diluar. Jika gambarannya maki hamun, santapannya fitnah dan jalannya riya' maka itulah ia diluar sana.

Seharusnya, medan pilihanraya kampus ini digunakan untuk kita menilai dan belajar bahawa jawatan ini sesuatu yang sangat indah ranum luarnya tapi duri isi tanggungjawabnya. Penulis hampir muak dengan sikap politikus kecil di kampus seolah-olah mereka boleh merubah dunia sedangkan ia cubaan kecil sebelum jawatan besar di luar sana kelak.

Monday, January 26, 2009

Merisik

Merisik merupakan satu istilah yang tidak asing dalam budaya dan adat orang melayu. Walaupun begitu, ia mempunyai signifikannya yang tersendiri khususnya bagi mereka yang mula mahu berumah tangga.

Kebiasaannya merisik merupakan istilah bagi menggantikan maksud kedua ibubapa lelaki bertandang ke rumah dan berjumpa ibu bapa perempuan bagi mengetahui status perempuan tersebut. Selalunya kehadiran ini datang dengan membawa cincin tanda sebagai tanda sebelum adat bertunang berlangsung.

Kehadiran selalunya tidakramai kerana ia cuma satu majlis tidak formal berbanding bertunang yang kehadirannya lebih ramai. Justeru, ramai orang kadang-kala lupa peri pentingnya adat merisik sehingga terus ke alam bertunang.

Walaupun ia adat melayu yang tidak ditulis peri pentingnya di dalam Islam namun ia seolah-olah telah menjadi 'konvensyen' yg mana kalau tidak dibuat dilihat sesuatu yang janggal dan pelik. Kehadiran ibu bapa penulis ke batu pahat (rumah nurul) semoga memperbaharui iktikad kami dan memperkukuh ikatan ini lagi.

Thursday, January 22, 2009

Malaysia Banyak Cuti

Cuti merupakan suatu yang tak dapat diasingkan dalam kamus/diari rakyat Malaysia. Menurut pengertian holiday dari wikipedia ia merupakan gabungan dua perkataan holiday = holy + day. Ia boleh juga membawa maksud Hari istimewa dalam sesuatu agama kebiasaannya dirujuk kepada Kristian.

Merujuk kepada Malaysia, terdapat pelbagai cuti yang merangkumi cuti perayaan, cuti hari kebesaran (hol almarhum sultan atau keputeraan), cuti agama dan pelbagai lagi. Bayangkan sekurang-kurangnya ada 11 cuti yang wajib diberi cuti kepada rakyat Malaysia termasuklah Tahun baru, Tahun baru Cina, Keputeraan Nabi Muhammad, Hari Pekerja, Hari Wesak, Hari Keputeraan YDP Agong, Hari Kebangsaan, Hari Raya Puasa, Hari Deepavali, Hari Raya Haji, Awal Muharam dan Krismas. Ini tidak termasuk cuti yang diberi oleh setiap negeri meliputi keputeraan atau hol almarhum Sultan, atau cuti keistimewaan yang diambil negeri terbabit. Dan rata-rata cuti yang diambil bagi negeri-negeri ini 3-4 hari.

Justeru, kita dapat melihat keseluruhan cuti am, cuti negeri dan sebagainya berjumlah kurang lebih 15hari. jika ditambah cuti hujung minggu pula yang berjumlah 104 hari bercuti maka jumlahnya adalah 119 hari. Ditambah pula cuti rehat yang dibenarkan diambil dalam setahun, 25 hari maka jumlahnya menjadi 144 hari.

144/365 hari ditukar dalam bentuk peratus maka jumlah hari bekerja kakitangan Malaysia khususnya kakitangan awam hanyalah 61 peratus. Jumlah ini dianggap tinggi khususnya apabila kita perlu memahami bahawa kita adalah sebuah negara membangun yang perlu sentiasa mengejar negara maju di hadapan.

oleh itu, tidak hairanlah satu ketika apabila Dr. Mahathir ditanya berhubung cuti minggu pertama dan minggu ketiga. Mengapa tidak diberikan sahaja cuti 5 hari seminggu, jawapan diatas diberi.

Ini tidak termasuk (MC), medical certificate - cuti sakit yang dibenarkan diambil oleh seseorang pekerja... Dan menurut satu kajiselidik yang dijalankan Kelly Services tahun lalu 27 peratus dari 3/4 pekerja yang mengambil cuti sakit tidak jujur dalam mengemukakan cuti sakit.

Oleh yang demikian, dalam kita bercuti kita perlu memahami tanggungjawab besar dan amanah kita dalam tugas yang diberikan.

Selamat bercuti Tahun Baru cina...

Wednesday, January 21, 2009

Malasnya membaca...

Ayat pertama yang diturunkan ALLAH untuk Nabi Muhammad adalah Iqra... dan bahasa melayu nya dimaksudkan sebgaai membaca...

Begitu mudah pengertian dan ringkasnya pemahaman. Tetapi jika diteliti adalah sesuatu yang sangat susah dibuat... Pastinya ada maksud tertentu bila ALLAH maksudkan dengan 'bacalah'.... Bukan kerana perkataan itu sendiri tetapi intipati dari tindakan itu lah yang akan membuktikan bahawa kita melakukannya secara sedar atau sebaliknya.

Kejadian minggu lalu mengingatkan saya tentang perkara ini. Saya duduk bersebelahan Datin Sri Mizan, Dekan Fakulti Kepimpinan & Pengurusan yang juga merupakan isteri kepada bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh dan beliau juga ibu saudara kepada Cik Sharima Ruwaida Abas, pensyarah yang mencurahkan hidup dan baktinya dan memperkenalkan penulis kepada kerja-kerja amal.

Kami berada di Ancasa Hotel dan Resort bagi memperhalusi dan memurnikan Belanjawan (perkataan yang lama tidak digunakan hanya kerana ia digunapakai dan diperkenalkan oleh DSAI) 2010 dan 2011. Ketika kami asyik mendengar penelitian bajet, penulis memerhatikan beliau sering kali mencuri masa membaca buku. Penulis sangat tertarik hati dan girang dengan amalan yang dilakukan beliau.

Mungkin itu bezanya seorang Profesor dengan pensyarah biasa yang lain. Budaya membacanya... Pernah ke kita membuat kiraan sifir mudah yang mana jika sebulan kita membaca dua buah buku, kita telah membaca 24 buah buku dalam setahun. Tetapi jika dalam sepuluh tahun kita akan dan memperolehi manfaat 240 buah buku dalam masa sepuluh tahun.

Walaupun begitu penulis faham masalah kita yang malas membaca... Penulis pun sama. Oleh itu, inisiatif yang mudah menghadiri majlis bedah buku atau membaca entri di dalam blog terhadap sesuatu buku baru juga telah memadai. Sebab itulah, ALLAH turunkan ayat bacalah kerna mahu umat Islam faham dan memahami pemikiran dan pendidikan, nasib umat Islam tidak akan berubah jika tidak bermula dengan membaca. Ia adalah kunci kepada ilmu pengetahuan, pintu kepada pengetahuan, dan tangkal kepada segala kekalutan dan kesalahfahaman umat.

Selai itu, blog-blog yang ada dalam era ini memudahkan kita menerobos alam ilmu pengetahuan tanpa had. Justeru, apa tunggu lagi. Marilah kita membaca... Dan azam penulis tahun ini membaca dua buah buku pada setiap bulan. Insya-ALLAH...

Membaca amalan mulia - Pesanan Perpustakaan.

huhuhu....

Apa ada Pada Obama?

Barrack Obama satu nama yang dulu kelihatan asing kini diperakui dan ditauliahkan secara rasmi sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44. Nama beliau akan harum dan sebaris dengan nama bekas Presiden Amerika Syarikat yang lain seperti Richard Nixon (37), Abraham Lincoln (16), Bill Clinton (42) dan ramail lagi.

Nama-nama begini bukan sahaja mempopularkan negara 'uncle sam' tersebut malahan telah mempopularkan dasar/polisi kerajaan amerika ketika itu. Kita mungkin telah sedia maklum bahawa Obama bukan sahaja 1st american presiden yang terpilih dikalangan bangsa berkulit hitam, kelas menengah, kumpulan imigran (ayahnya) malahan ia membuktikan bahawa negara tersebut memeberikan harapan kepada sesiapa sahaja yang mahu berusaha dan berjaya.

Konflik yang cuba ditimbulkan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa seharusnya Malaysia, Singapura juga perlu memberikan ruang kepada bangsa lain untuk memerintah Malaysia. Pada hemat penulis yang lemah ini, ia BOLEH. Ini kerana di dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan dasarnya tidak menyatakan bahawa bukan Melayu tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Peruntukan hanya menyebut sekiranya ia mendapat sokongan 2/3 majoriti ahli parlimen lain didalam dewan parlimen maka ia layak dicalonkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. walaupun begitu, secara konvensyennya jawatan PM ini dicalonkan kepada orang Melayu menghormati tanah tumpah asalnya adalah orang Melayu. Justeru, tidak perlu ditimbulkan konflik dan memang dari akademiknya ia berbunyi begitu.

Bukanlah penulis bersikap liberal dengan menyatakan bukan Melayu boleh menjadi PM. Tetapi hakikat dan undang-undang menyatakan ia sedemikian dan harus difahami jika mereka layak, berketrampilan, bersih, tidak terlibat rasuah dan boleh menjaga kepentingan semua kaum. apa masalahnya? Dalam islam pun yang dititikberatkan untuk menjadi ketua adalah agamanya (memenuhi ciri-ciri diatas) bukan bangsanya.

Sikap prejudis kita terhadap bangsa lain selama mana pun, tidak akan menganjakkan kita untuk bangun menjadi negara maju jauh lagi menagatasi Singapura kalau menatliti kita turut tidak berubah. Fahaman bangsa dan budaya seperti di USA lah, yang menajdikan Barrack Obama bukan dikenali kerana warna kulitnya tetapi ciri-ciri diatas yang telah berasimilasi dengan budaya orang sana untuk menerima nya sebagai Presiden United States of America. Kita bila lagi???

Tuesday, January 20, 2009

Demam yang datang...

Kenapa ALLAH jadikan sakit....

Di masa sakit lah biasenya baru kita ingat ALLAH. (Penulis lah tue) Dimasa sakit lah baru zikir berpanjangan dan nikmat makan di tarik..

Nikmat sihat pun ditarik jugak.

Apa untungnya orang yang dapat penyakit. Sesetengah hadith mengatakan ia penghapus dosa kecil. Sebab nya kita lihat diwaktu sakit lah disebut-sebut nama Allah berkali-kali. Cuba kalau tak sakit....

Oleh itu, marilah kita mengucapkan syukur alhamdullillah, ALLAH berikan kita sakit. Sebab dengan sakit membuktika Ia mengingati kita, menguji kita agar kita dapat menerima dan belajar erti sabar.

Alhamdulillah

Sunday, January 18, 2009

Kemenangan Juara Lagu ke 23

Penulis tak ingin menulis entri ini sebenarnya...

Tetapi demam juara lagu telah bermula seminggu yang lalu... Bayangkan pagi ini masuk sahaja kereta, lagu yang menang juara lagu ke 23 berkumandang di radio hot.fm. Penulis duk pikir apalah stesnyen radio dan televisyen ini, macam tak de lagu lain pulak...

Tapi penulis tidak menafikan kemenangan kerana Mu, meet uncle hussin band. lagu yang juga mengiringi cerita dan movie 'Kami' memang sangat sedang dan ngetop....

Penampilan yang selamba dan local band ini seharusnya mendapat pujian dari semua pihak dalam industri ini.

Moga mereka terus berjaya...

Kerja yang bertimbun...

Saya mulakan hari ini dengan kerja-kerja yang banyak....

Bil-bil yang belum dibayar khususnya sewaan bas, bil GPS system, bil maintenance kenderaan. Di hadapan kerja yang banyak sedang menunggu. Manakan tidak, bengkel belanjawan USIM di Port Dickson lalu telah mengambil cuti rehat saya 1 hari. Marah pun ada....

Belanjawan 2009 meluluskan pembelian dua (2) bas rapid, 1 van toyota hiace, 1 hilux, 1 lori 3 tan, dan 2 Proton Perdana untuk kegunaan baru.

Berkira-kira sekarang kena mulakan tender terbuka bagi pembelian diatas. Pengalaman lalu menunjukkan ia akan memakan masa hatta hingga 7-8 bulan.

Kalau tidak dimulakan sekarang akan jadi seperti kenderaan yang sudah yang hingga kini tidak siap lagi.

Penulis perlu bermula sekarang....

Thursday, January 15, 2009

Marah yang merah....

Sya bukan orang yang suka marah...

Tetapi kadang-kadang keadaan menyebabkan kita jadik marah.... Mungkin orang melihat sebab kita muda dan kurang pengalaman menyebabkan mereka memandang rendah dan kurang percaya boleh melakukan sesuatu kerja. Tapi sebenarnya sebaliknya....

Bayangkan pagi ini saya telah meninggi suara ke atas orang luar 'ejen insurans'. Mana tidaknya kita dianggap orang muda dan tak tahu apa. Seharusnya kalau tidak menghormati saya tidak apa.. Tetapi hormatilah jawatan yang saya ada ini. Sekurang-kurangnya kalau tidak bertegur saya diluar, saya tidak kisah....

Mengherdik dan menyerang saya dengan inginkan wang mereka bukan cara dan adab orang melayu. Kita penuh dengan budi bahasa dan kesantunan sebagai orang timur. Itu yang saya tidak faham...

Mungkin sebab dunia kita sudah semakain moden, rakyat sudah semakin bijak... Kadang-kadanag kita lupa seolah-olah sedang memijak budaya bangsa kita sendiri.

Wednesday, January 14, 2009

Melayu mudah lupa...

Dalam menjalankan tugas dan amanah, sesuatu yang harus dipegang adlah istilah 'conflict of interest'. Sebaik-baiknya sesiapa pun perlu mengelakkan diri dari terlibat dalam situasi begini.

Dalam situasi penulis, penulis didatangi 2 orang ejen insurans yang mana pertama merupakan ejen insurans lama yang penulis tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Bayangkan sepanjang lebih 5 bulan penulis berada dan berkhidmat disini, ejen ini tidak pernah hadirkan diri dan bertanya tentang perkembangan kenderaan disini. Sedangkan 80 buah kenderaan USIM di bayar insurans melalui agensi ini.

Kedua, bila CC, ketua kerani mendapatkan ejen baru dan tiada bayaran yang dibayar kepada ejen lama baru lah terhegeh-hegeh mencari kami untuk menawarkan kembali perkhidmatan beliau. Walaupun begitu, kesangsian berlaku apa yang pegwai sebelum ini/ atau staf yang memperkenalkan ejen ini kepada penulis dapat???

Justeru, seharusnya amanah ini digalas bersama dengan tanggungjawab yang akan di tanya ALLAH kelak. Penulis telah melalui pengalaman sukar ini dan seringkali penulis berfikir bagaimana pula diagensi kerajaan yang lebih berhadapan secara langsung dengan kewangan...

Senjata yang ampuh adalah iman dan takwa. Moga penulis dibekalkan dengan keadaan itu juga...

Monday, January 12, 2009

PTD 3rd Stage

Alhamdulillah... Petang semalam penulis dimaklumkan seorang junior yang sama-sama ambil peperiksaan PTD. Kami dah berjaya lepasi Pre PAC pada 11,12,13 Disember kelmarin.

Pengalaman yang menarik dan menakutkan. Walaupun ujian kali ini hanya melibatkan 1 hari namun slot yang sepatutnya berjalan dalam masa 3 hari dipadatkan dalam masa 1 hari. Terdapat 3 slot utama, Slot pertama dipanggil Intellectual Discourse dimana kumpulan kami yang terdiri daripada 11 orang berdiskusi berkenaan 'Exam Oriented Approach Contribute to Unmarketable Graduates'.

Perbincangan agak cool pada permulaannya dan berakhir apabila tiada isu lagi yang ingin dikemukakan. Selain itu, perbincangan slot kedua lebih berstruktur dalam bentuk debat ala parlimen. Tajuknya adalah Pembangunan lebih penting dari pemuliharaan alam sekitar. Tajuk ketika itu bertepatan pulak dengan kejadian tanah runtu. Penulis selaku ketua kerajaan terpaksa mengalas tugas mempertahankan konsep pembangunan. Kami di meja kerajaan berjaya meragukan kes pembangkang bilamana kami mempertahankan dan menghujahkan bahawa pembangunan yang kami maksudkan dalam konsep ini adalah pembangunan mapan.

Selepas solat zuhor, slot 3 adalah fitness. Sebelum itu kerjasama berpasukan diperlukan dalam membentuk koreografi berasaskan lagu yang diberi. Setengah jam diberi bagi membentuk tarian tersebut manakala 3 minit diberikan untuk mempersembahkan kerjasama tersebut.

Akhirnya, fitness betul-betul menguji kekuatan mental dan fizikal calon-calon yang ada. Kami diarah membuat beberapa senaman asas tanpa adanya diperingkat permulaan warming up. Walaupun begitu, alhamdulillah penulis lulus dan berjaya melalui rintangan tersebut.

Persoalannya adakah elemn sebegini penting sebagai seorang PTD. Persoalan ini dilontarkan apabila format baru yang ada seoalh-olah hanya menguji satu aspek iaitu kemahiran berkomunikasi berbanding kemahairan-kemahiran yang lain. Memang tidak dinafikan kemahiran ini penting bagi seorang pendebat atau oretor satu kelebihan kepada mereka dalam menggunakan kelebihan ini untuk mereka. Namun bagi orang yang sebaliknya?

Sewajarnya mekanisme ini dikaji semula dan ditambah baik bagi memastikan dikalangan PTD yang dilahirkan ia mampu berkhidmat unjtuk rakyat dengan lebih baik lagi.Selepas ni, penulis perlu lebih bersedia untuk melangkah ke ruang yang lebih mencabar lagi: sesi temuduga pula.

Sunday, January 11, 2009

KEBEBASAN AKADEMIK DI MALAYSIA : APA HALA TUJUNYA?



Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 atau lebih dikenali sebagai AUKU bukanlah suatu undang-undang yang begitu asing di dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Akta ini yang diperkenalkan Dr. Mahathir Mohamad ketika itu sebagai Menteri Pelajaran bertujuan untuk mengekang demonstrasi jalanan dan pengaruh sosialisme di dalam persatuan-persatuan pelajar khususnya di Universiti Malaya ketika itu-. Namun demikian, jika disorot sejarah AUKU ini, persoalan kebebasan berpolitik yang sering diwar-warkan mahasiswa lebih mendapat fokus berbanding kebebasan akademik termasuklah kebebasan bersuara di kalangan ahli-ahli akademik. Hatta, pindaan AUKU yang bakal di perdebatkan pada sesi Parlimen akan datang juga terarah kepada kebebasan mahasiswa berbanding ahli-ahli akademik.

Kebebasan akademik di dalam universiti bukan satu istilah yang janggal dalam konteks dunia hari ini. Ia bergerak seiring dengan kebebasan bersuara dan menyampaikan idea khususnya dalam diskusi-diskusi intelektual yang melibatkan ahli akademik. Persoalannya, sejauh mana ahli-ahli akademik universiti di Malaysia mendapat autonomi dan keistimewaan ini? Kedua, adakah wajar mempertimbangkan kebebasan mahasiswa itu lebih berbanding persoalan kebebasan akademik di Malaysia sedangkan kedudukan universiti Malaysia di kalangan kelas dunia masih jauh di belakang.

Perjuangan kebebasan akademik adalah sesuatu yang baru berbanding kebebasan hak asasi yang lain. Contohnya, walaupun idea berhubung kebebasan bersuara telah mula mendapat tempat ketika Revolusi Perancis tetapi idea berhubung kebebasan akademik hanya bermula sekitar 1900 yang diperjuangkan ahli-ahli akademik ketika itu. Ini dibuktikan dengan rentetan sejarah pada tahun 1898 dimana seorang Profesor terkemuka di Universiti Sydney, George Arnold Wood telah dihukum Senat disebabkan kelantangannya menentang Peperangan Boer. Setelah itu, di dalam tahun 1921, Vere Gordon Childe telah dinafikan haknya dalam pelantikan di Universiti Queensland disebabkan pandangan politiknya yang berideologi sosialis tetapi dibuktikan di Universiti Edinburgh beliau menjadi pakar sejarah yang begitu terkenal di zamannya.

Persoalan kebebasan akademik ini seharusnya dilihat bersandarkan obligasi ahli-ahli akademik ini kepada masyarakat. Keperluan ini boleh dilihat bersandarkan tiga disiplin penting yang mengikat ahli akademik itu dalam bidang penyelidikan, pengajaran dan penulisan. Ini kerana ahli-ahli akademik seharusnya diberikan ruang bersuara melalui ketiga-tiga disiplin terbabit. Tetapi kebebasan akademik yang diberikan pula perlulah dijunjung dengan tanggungjawab besar khususnya apabila mereka menulis, mengajar dan membuat sesuatu penyelidikan. Dan sebagai galang ganti, ahli-ahli akademik ini perlu menyampaikannya pula kepada masyarakat.

Walaupun begitu, andaikata ahli-ahli akademik ini disaman orang perseorangan atau masyarakat di luar atas kajian, tulisan beliau, wajarkah universiti mempertahankan hasil mereka ini? Oleh yang demikian, ahli-ahli akademik perlu memahami sumbangan idea terhadap masyarakat luar tidak pernah dihalang malah digalakkan tetapi ia perlu bersandarkan kepada penyelidikan berasaskan pengkhususan mereka.

Kebebasan akademik di Malaysia khususnya yang melibatkan ahli-ahli akademik jarang sekali diketengahkan dan mendapat perhatian media massa. Ini kerana bersandarkan seksyen 24D, Akta Universiti dan Kolej Universiti, ahli-ahli akademik ini turut dikategorikan sebagai kakitangan awam dan terikat dengan peraturan-peraturan yang dikenakan kepada kakitangan awam di badan-badan berkanun lain. Ini dapat dilihat khususnya di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2002.

Peraturan 19 menyatakan bahawa kakitangan awam ini dilarang membuat sebarang kenyataan kepada awam secara penulisan atau pun percakapan yang boleh menjatuhkan, mengagalkan dasar-dasar kerajaan. Justeru, sekiranya kajian atau penyelidikan yang dilaksanakan ahli-ahli akademik ini membuat kesimpulan berdasarkan perkara di atas maka perkara ini seharusnya tidak boleh dihebahkan kepada masyarakat.

Thursday, January 8, 2009

Pengurusan Organisasi

Dalam menguruskan sesebuah organisasi kita sering diajar dalam ilmu pengurusan kepentingan 4 perkara. Antaranya perancangan, mengorganisasi, mengetuai dan mengawal. Kesemua 4 perkara diatas merupakan intipati penting memastikan kita menguruskan sesuatu organisasi itu dengan baik atau tidak.

Dalam kehidupan bekerjaya penulis di USIM, seksyen kenderaan merupakan antara unit yang sangat 'panas' kerusinya. Ini dapat di lihat dari pertukaran pegawai-pegawai yang mengetuai jabatan ini. Contoh yang jelas di dalam tahun 2008 sahaja, seramai 3 orang Penolong Pendaftar telah bertukar tangan dan beralih tugas. Penulis orang yang terakhir diamanahkan disini pada 2 September yang lalu. Persoalannya, sampai bila?

Banyak boleh diaplikasikan berhubung ilmu pengurusan di Seksyen Kenderaan ini. Ini dapat dilihat dari keputusan-keputusan yang dibuat dan perancangan yang masih belum selesai di sini.

Semoga penulis ada 'aura' dan kekuatan untuk melakukan perubahan di sini.
*Penulis akan terlibat merangka belanjawan 2010 dan 2011 di Spa Resort Port Dickson pada 16 dan 17hb Januari bagi tujuan diatas. Sangat berkaitan dengan luahan rasa diatas....

Kelas Undang-Undang Perubatan

23 hb Disember 2008

Secara rasminya aku bergelar mahasiswa Sarjana Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. IPT terulung yang mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa penutur dalam institusi ini. Kejayaan Budayawan, Tokoh2 dan Pejuang2 Bahasa yang telah berjaya memastikan IPT ini didaulatkan di atas nama Bhasa Melayu. Tahniah dan terima kasih jua kepada Tun Abdul Razak yang membenarkan institusi ini berkembang dan berjaya sepertimana hari ini.

Aku mendaftar untuk dua subjek termasuk lah metodologi penyelidikan undnag-undang kelolaan Dr. Rohani dan Undang-undang perubatan. Kelas metodologi hanya akan bermula 15hb memandangkan beliau berada di Indonesia lagi.

5hb Januari 2008

Kelas pertama Undang-Undang Perubatan dikelolakan oleh Prof. Madya Dr. Anisah. Sangat baik setakat ini... Cuma terdapat istilah-istilah dan terminologi perubatan yang memerlukan aku meminjam kamus perubatan dari abang ku.

Sekarang pun sedang banyak mengumpulkan artikel-artikel undang-undang perubatan yang berkaitan. Bila menjadi sebhagaian pelajar Sarjana ini, tumpuan dan fokus harus lebih tersusun dan teratur. Kalau difikirkan masa pelajar pra siswazah mungkin boleh lagi main-main. Kini, semua harus dianggap serius dan penting.

Moga aku terus kekal faham dan memahami bidang ini. Buku-buku telah aku minta dari abang sulung, kakak ipar ku dan ibu ku sendiri bagi memastikan aku lebih memahami skop perubatan di malaysia ini.

Azam Tahun Baru....

Tajuk di atas amat tidak relevan memandangkan hari ini saja sudah bertarikh 8hb Januari 2009.

Sepertimana biasa, manusia akan berazam dan apabila datangnya tahun baru memperbaharui azam yang tidak pernah tercapai. Tetapi tidak pula saya menyalahkan bagi mereka yang telah berjaya menunaikan azam sebagai tahniah.

ALLAH jadikan manusia nie dengan pelbagai ragam dan sifat. Justeru, kebolehan mereka juga berbeda-beda. Saya tidak menafikan pula kemampuan seseorang yang berjaya menunaikan azam. Seperti saya sendiri tidak pernah berazam apabila datangnya tahun baru kerana saya tahu ia tidak akan ditunaikan atau saya akan memperbaharui azam yang sama pada tahun lepas.

Ada banyak perkara yang telah berlaku pada tahun 2008. Ia menjadi catatan berguna sepanjang tahun lepas untuk bekalan tahun nie. Semua pengalaman ini akan mematangkan kita, walaupun kita selalaunya tidak suka pengalaman pahit yang kita telah lalui.

Moga-moga kita bertambah matang dan berjaya mengharunginya sepertimana kita telah melalui tahun 2008.