Friday, February 27, 2009

Perjalanan ke Terengganu

Penulis ke Terengganu pada 20, 21 dan 22 hb Februari. Sengaja mengambil cuti menenangkan fikiran yang kusut. Ditinggalkan segala kerja di USIM, tanpa memikirkan satu pun...

Penulis ke Terengganu dengan beberapa sebab.

Pertama, memang ingin bercuti memandangkan penulis pun naik tension dengan kerja di Office. Kali terakhir penulis berada di Kuala Terengganu pada tahun 2003. Hampir lupa jalan-jalan di Kuala Terengganu. Mujur ada kawan-kawan yang menolong di sana menunjukkan jalan.

Kedua, mencari barang-barang pertunangan yang amsih lagi tidak selesai. Penulis pergi sendiri untuk melihat tenunan tangan kain songket Terengganu. Alhamdulillah, mujur ada. Boleh digunakan sebagai salah satu hantaran.

Cuma, satu sahaja tidak tercapai masa di terengganu. Ingin berjumpa dengan kakak angkat penulis. Cuba dicari namun dah tak ada kedainya. Tak de rezeki. Mungkin satu hari nanti...

Interview PTD

Penulis menghadapi sesi temuduga PTD dengan seadanya. Bukan tidak bersedia cuma mood tiada.

Kerja yang banyak, dan masalah di seksyen kenderaan yang perlu dibereskan mengikut prioritinya. Malam Selasa, habis saja kelas di UKM terus penulis pecut kereta balik ke rumah di Nilai. Mak dan ayah penulis yang sanggup datang ke USIM untuk mengambil dan menghantar penulis sangat mengujakan. Pengorbanan beliau sangat besar... Tak dapat mampu di balas dengan kata-kata....

Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor, kelihatan kelompok mereka yang memaki sut hitam untuk temuduga. OOOO, temuduga N41 Pegawai TAdbir Negeri.

Gaya mereka mengalahkan calon-calon PTD semua yang hanya biasa-biasa saja.

Kami tau PTN inilah biasanya akan dilantik sebagai ADO, Do di Negeri Johor. Kelompok ini antara Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Melayu Bersekutu yang masih kekal memilih pegawai-pegawainya selain kedah, terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

Penemuduga banyak menguji idea dan kebolehan bercakap di dalam sesi kali ini. Penulis tak tau adakah penulis telah menajwab dengan baik atau sebaliknya. Hanya pada ALLAH diserahkan segalanya.

Kalau dapat alhamdulillah, kalau sebaliknya ada hikmah yang ALLAH cuba berikan...

Beza antara politik dan bangsa

Kata-kata Reezal Merican dalam Utusan Malaysia hari ini yang mengatakan Singh celaka bukan sesutau yang sesuai dalam masyarakat majmuk.

Karpal Singh merujuk kepada Pemuda Umno c****a. bukannya bangsa. Perkara ini hanya membangkitkan semangat api perkauman sahaja. melayu sentiasa dikenali dengan budi bahasa dan amalan sopan santun. Tetapi dengan wujudnya perkaras sebegini, ia jadi sebaliknya.

Saya tidak marah kerana perkataan merujuk kepada badan politik bukannya bangsa Melayu, oleh itu jangan diheret bangsa ke dalam kancah politik hari ini. Keputusan ini bukan sahaja menjadikan UMNO tiada modal berpolitik malahan terdesak. Perlukah kita mencontohi Karpal Singh dengan tingkah laku buruknya.

Islam khususnya Rasulullah tidak pernah memaki atau mengutuk bangsa lain apabila beliau dicerca dan dihina. maka dibalasnya pula oleh baginda dengan kebaikan....

Renung-renungkan lah.

* Politik tetap politik namanya - influence others

Tuesday, February 17, 2009

Lama menghilang...

Saya terlalu sibuk dengan beberapa perkara yang perlu dibereskan. Sincerely, saya tidak bersedia untuk menghadapi temuduga /interview sebagai PTD. Ia akan berlangsung pada 24hb Februari ini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor.

Malam tadi mesyuarat NC dan rektor IPTA bersama Ketua Setiausaha Negara, usher buat kali kedua...

Lepas tu, sempat pulak Penolong-Penolong Pendaftar USIM ini ajak penulsi berkaraoke.... Layan blues... hehehe

kami cuba menerap budaya jepun. hahaha

Sangat menegerikan dan buku Malaysia kita pinjaman sorang kawan di KPT sangat tidak mengujakan untuk saya membacanya.

Dua hari sudah pula, permohonan saya menyambung pelajaran (master) oleh amjikan telah ditolak atas alasan saya kontrak dan baru...

Langsung tidak berkaitan. Bayangkan kelas saya hanya bermula jam 6petang dan akan berakhir pada jam 9malam. Yuran pengajian saya ditanggung diri sendiri dan tidak melibatkan majikan saya. Itu pun saya tak faham dengan apa yang mereka cuba bangkitkan.

Pening....

Malas ingin memikirkan perkara yang remeh kerana ada banyak perkara penting yang harus ku fikir selepas ini....

Tuesday, February 3, 2009

Kita terlalu Berpolitik ...

Sejak pilihanraya umum ke 12 hinggalah hari ini, telah 10 bulan isu politik di Malaysia tidak pernah surut.

Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008 yang memperlihatkan undi Barisan Nasional selaku parti pemerintah merosot begitu jauh dan tidak memperolehi dua per tiga dan kebangkitan Parti Keadilan Nasional serta sekutunya seperti Parti Islam Semalaysia dan DAP memperlihatkan kekuatan yang luar biasa sehingga 'mencuri' negeri-negeri yang tidak pernah disangka jatuh ke tangan mereka seperti Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, dan Wilayah Persekutuan.

Selang beberapa bulan diikuti pula, penyerahan Permatang Pauh dari cinta seorang isteri kepada suami iaitu Dr. Wan Azizah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali menjadi ahli Parlimen. Ibarat sirih pulang ke gagang - majoriti yang cukup sinis memudahkan Anwar Ibrahim mengalahkan calon-calon yang lain walaupun jentera parti diketuai bakal PM iaitu Najib Razak.

Sebulan yang lalu pula Parlimen Kuala Terengganu memperlihatkan pemergian Datuk Razali selaku ahli parlimennya ke rahmatullah dan pilihanraya kecil terpaksa diadakan. Pas telah memenangi kerusi tersebut dan memperlihatkan BN dimalukan sekali lagi.

Kini, berita 2 DUN Keadilan Perak keluar parti dan menjadi ahli bebas mengocakkan lagi politik di Perak. Sekiranya ini berterusan berlaku dan masyarakat Malaysia kita terus berpolitik, bila masanya kita mahu membangunkan rakyat dan negara. Pemilihan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama seharusnya mengingatkan kita masa berpolitiknya sudah tamat dan kini masa beliau bekerja dan mencari masa dan tindakan yang bijak bagi memastikan ekonomi USA terus didalam keadaan baik dan berterusan.

Tidak di Malaysia, walaupun telah menjadi ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri, kita terus berpolitik seolah-olah kita tidak perlu bekerja lain. Memualkan dan memalukan.... Masa begitu panjang dan kita membazirkannya begitu sahaja. Mereka tidak wajar menjadi ahli Parlimen / ahli DUN tetapi sewajarnya badut dari sarkis politik Malaysia.

Rakyat telah penat dengan janji dan drama politik Malaysia. Tidak boleh kah kita belajar sesuatu khususnya UMNO dan Keadilan dari Parti Islam Malaysia dimana ahli parlimennya dan DUN tidak pulak berbunyi untuk melompat parti... Adakah ebtul-betul mereka ikhlas untuk memperjuangkan hak rakyat atau sekadar mahu menunjukkan yang mereka berkuasa untuk menjadi seorang pemimpin. Sehingga hari ini, berita PAS khususnya ahli parlimen dan ahli DUN nya tidak pulak berbunyi untuk keluar parti atau sama sekali menjadi ahli bebas.

Fikir-fikirkan.... Kita telah lari begitu jauh dari menjalankan amanah menjaga hak rakyat...