Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

Kamilan Bin Seman berumur 56 tahun, seorang pesara tentera dan jawatan terakhir Pegawai Waran II, T211373.

Ayah penulis orang yang tegas tetapi sejak semalam penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa baru pagi tadi sempat menelefon beliau kerana sejak semalam penulis hanya dapat bercakap dengan emak dan adik sahaja.

Penulis dapat rasakan begitu besar pengorbanan beliau sebagai ayah kepada penulis. Rasa risau beliau ketika penulis sakit dan meyakinkan ibu penulis bahawa penulis perlu mendapatkan special treatment dari Specialist di Hospital Pakar Puteri.

Pengorbanan beliau terhadap pembelajaran penulis dari Sekolah Menengah, Universiti. Kesusahan beliau menghantar 'interview' dan sebagainya.

Pagi-pagi dinihari telah kedengaran suara beliau pulang dari masjid membaca al quran.

Di siang hari, solat dhuha tidak pernah putus. Dugaan padanya banyak, tetapi ayah sentiasa tenang menghadapinya. Mungkin ini rahsia ketenangan ayah.

Ah... diwaktu usia emas beliau kini sepatutnya beliau sudah selayaknya berehat tetapi beliau masih lagi mengajar di sekolah... Kalau diberikan rezeki dan peluang lebih, penulis mahu sahaja bawa ayah dan emak penulis melancong. Moga ALLAH terus berikan kekuatan kepada beliau untuk terus sihat dan walafiat dalam menjalankan ibadah kepada ALLAH.

Ya ALLAH, ampunkan lah dosa kedua ibu bapa ku... Ku tahu emas dan permata tidak mampu membalas jasa mereka membesarkan ku jadikan lah aku anak yang soleh dan taat pada mereka berdua, menyenangkan dan dapat membahagiakan mereka ketika di usia mereka ini. Aku tidak mahu apa-apa kecuali kau kurniakan mereka kesihatan dan hindarkan mereka daari kesakitan yang tidak mampu mereka tanggung.

Hanya Engkau sahaja yang mampu membalas pahala mereka. AMEEN

2 comments:

Missing Cat said...

Salam,

Hi hadi...Alhamdulillah...Dpt jugak TPM tu...Aku ingatkan dah takde kbr berita dah sbb lmbt sgt tunggu offer letter...

Aku plan nak pg UM, tp tu la, tgh tunggu briefing hujung bulan ni dulu...Mane2 pun tak kisahla hadi, yg pntg dpt smbg blaja...

Buat full time master...??? Elok la tu, cepat skt hbskan...Then blh concentrate dgn chambering...

mawar said...

"BAPA PERMATA HATIKU"