Friday, July 10, 2009
khutbah Jumaat - Banyak Bersabar Ketika Belajar
Beberapa hari yang lalu aku posting tentang ke'boring'an aku di UKM hingga kini. Oh... rupa-rupanya suara ku di dengar yang Maha Esa. Dan melalui khutbah di mimbar UKM, sabar adalah kayu ukurnya.
Aku terkesan dengan khutbah tersebut. terus hanyut dengan mimpi2 sebelum diajak solat jumaat oleh makmum yang lain. hehehehe
Tuesday, July 7, 2009
Peluang menulis Buku
Malam tadi aku menerima kunjungan rakan lama Batin MPP UUM yang kini bertugas sebagai salah seorang editor buku di Edusystem. Syarikat ini banyak menerima projek dari Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menjanakan keuntungan syarikat.
Kebetulan beliau telah ditugaskan dengan satu projek Adakah Anda siswa cemerlang.Walaupun begitu, buku ini perlu di touch up semula memandangkan kandungkan nya yang tidak selari dan out of topic. Batin telah meminta penulis menjadi 2nd writer bagi kandungan buku ini dan kebetulan penulis memang mahu menerbitkan buku berdasarkan pengalaman penulis sebagai pelajar di kampus.
Penulis diberikan masa sehingga bulan Ogos untuk submit kembali buku tersebut sebelu diedit dan dihantar kembali menjadi sebuah buku. Teruja penulis mendengarnya, walau pun begitu hak karya ini akan di jual kepada syarikat apabila diterbitkan.
Tuesday, June 30, 2009
Perkahwinan Adik Ku
Beliau menamatkan zaman bujang nya pada hari Jumaat yang lalu dan majlis persandingan sebelah perempuan di buat pada hari Sabtu dan belah keluarga kami pada hari Ahad.
Isteri beliau, Fiza seorang guru bahasa Inggeris. Kami sekeluarga mendoakan beliau semoga bahagia hingga akhir hayat, dan dipercepatkan mendapat baby. hehehe
Sunday, June 21, 2009
Selamat Hari Bapa
Ayah penulis orang yang tegas tetapi sejak semalam penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa baru pagi tadi sempat menelefon beliau kerana sejak semalam penulis hanya dapat bercakap dengan emak dan adik sahaja.
Penulis dapat rasakan begitu besar pengorbanan beliau sebagai ayah kepada penulis. Rasa risau beliau ketika penulis sakit dan meyakinkan ibu penulis bahawa penulis perlu mendapatkan special treatment dari Specialist di Hospital Pakar Puteri.
Pengorbanan beliau terhadap pembelajaran penulis dari Sekolah Menengah, Universiti. Kesusahan beliau menghantar 'interview' dan sebagainya.
Pagi-pagi dinihari telah kedengaran suara beliau pulang dari masjid membaca al quran.
Di siang hari, solat dhuha tidak pernah putus. Dugaan padanya banyak, tetapi ayah sentiasa tenang menghadapinya. Mungkin ini rahsia ketenangan ayah.
Ah... diwaktu usia emas beliau kini sepatutnya beliau sudah selayaknya berehat tetapi beliau masih lagi mengajar di sekolah... Kalau diberikan rezeki dan peluang lebih, penulis mahu sahaja bawa ayah dan emak penulis melancong. Moga ALLAH terus berikan kekuatan kepada beliau untuk terus sihat dan walafiat dalam menjalankan ibadah kepada ALLAH.
Ya ALLAH, ampunkan lah dosa kedua ibu bapa ku... Ku tahu emas dan permata tidak mampu membalas jasa mereka membesarkan ku jadikan lah aku anak yang soleh dan taat pada mereka berdua, menyenangkan dan dapat membahagiakan mereka ketika di usia mereka ini. Aku tidak mahu apa-apa kecuali kau kurniakan mereka kesihatan dan hindarkan mereka daari kesakitan yang tidak mampu mereka tanggung.
Hanya Engkau sahaja yang mampu membalas pahala mereka. AMEEN
Monday, June 15, 2009
Menjadi Mahasiswa Lagi...
Antara ungkapan, santunan, perbualan popular yang sudah semakin kerap penulis dengar sejak sebualan yang lalu.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa baik, jumlah graduan yang menganggur hampir mencecah puluhan ribu orang. Di tengah-tengah kesesakan 'graduan muda' mencari kerja. Penulis BERHENTI KERJA
Ada perkara yag perlu difahami dan dibezakan.
Pertama, tak semua manusia mempunyai kekuatan yang sama. kelemahan penulis tidak mampu membuat dua kerja dalam satu masa. Maksudnya, penulis hanya boleh memilih untuk belajar atau penulis memilih untuk bekerja bagi memastikan penulis sentiasa memberi komitmen yang terbaik.
Kedua, matlamat penulis untuk belajar hingga ke peringkat tertinggi. Mungkin hingga PhD. Justeru, manusia perlu membezakan dan tidak meletakkan wang ringgit sebagai suatu kepuasan dalam hidup. Duit bukan as' sebab untuk kita berada di dunia ini. Jika tiada duit tidak bermaksud kita tiada segala-galanya. Maksudnya, matlamat penulis menuntut ilmu, duit pada penulis cukup untuk makan, pakaian, kegunaan harian dan sebagaiya. Tetapi ia bukan kepuasan dan duit boleh di cari.
Setiap kali kita meletakkan matlamat kita duit maka akhirnya mata dan pemikiran manusia telah terikat untuk membuat sesuatu yang lebih dari uapaya mereka. Contohnya kalau pada masa itu, zaman itu seseorang telah berfikir tiap-tiap bulan duit perlu dibahagi-bahagikan untuk beberapa perkara dan jika tiada duit tidak dapat membeli itu dan ini. Akhirnya seseorang yang sepatutnya berkebolehan untuk belajar lagi atau berada di tempat lain akan terus terikat dengan kerjanya kerana ia telah melimitasikan tindakannya berasaskan keperluan yang telah diletakkan terlebih dahulu.
Oleh itu, buatlah sebebas-bebasnya perkara yang anda ingin buat tanpa perlu diikat dengan tindakan dan kerja yang membebankan.
UKM, i'm coming....
Thursday, May 28, 2009
Hari Mendatang 42 Hari
Kebanyakan urusan dokumentasi tender/sebut harga bas melibatkan dokumentasi dan perjanjian. Justeru, sepertimana kata-kata En Norman, Penasihat Undang-Undang USIM selalunya bahagian ini paling sukar ketika mendraf perjanjian. Kami terpaksa foreseen apakah keadaan atau kejadian yang akan merugikan USIM jika klausa ini tidak dimasukkan sebagai kontrak pembelian.
Saya bersyukur kerana melalui zaman susah ini kerana kesilapan orang yang terdahulu. Maka saya mengambil kira banyak perkara dan pertimbangan yang perlu dibuat bagi memastikan segala tindakan sejajar dan selari dengan apa yang dikehendaki USIM. Ketiadaan beberapa klausa penting menyebabkan perjanjian ini perlu mengambil kira ketiadaan intipati pada masa lalu untuk dimasukkan.
Esok juga tinggal 42 hari saya berada di USIM. Meninggalkan USIM mungkin akan menyebabkan segelintir orang berkata alangkah ruginya saya apabila telah ada peluang kerja yang baik dengan kerajaan tetapi mengambil pilihan untuk berhenti. Ia bukan bermakna berhenti untuk sesuatu yang lebih baik tetapi yakin dan percaya lah kita ingin melakukan sesuatu yang lebih baik. Kerja dengan kerajaan tidak menjamin kita menjadi kaya tetapi senang. Tetapi matlamat saya bukan untuk senang atau menjadi kaya apabila membuat pilihan berhenti tetapi ada sesuatu yang perlu diteruskan...
Sunday, May 17, 2009
Kawan Suka & Duka
Penulis antara ribuan (mungkin) yang beruntung mempunyai kawan yang ramai. Dari Perlis hingga Sabah, dari Johor ke Utara / Kelantan, alhamdulillah penulis mempunyai kawan- kawan dimana-mana.
Kebiasaan penulis, apabila kemana-mana penulis akan menghubungi kawan-kawan apabila outstation. Lalu adalah penginapan percuma. Sewaktu di kampus lagi UiTM dan UUM, masa cuti semeter penulis memastikan berjalan ke rumah kawan-kawan sebelum terus pulang ke rumah di Johor. Penulis percaya masa yang terluang ini hanyalah sewaktu belajar kerana selepas itu penulis sudah agak sibuk dan tidak mempunyai masa seperti itu.
Ada kawan-kawan yang berada dikeliling kita hanya diwaktu senang, dan ada pula berada disisi kita senang dan duka.
Bagaimana membezakannya?
Cuba perhatikan sekeliling kita?
Setelah lebih 3 hingga 4 tahun kita belajar dan meninggalkan kampus. Masih ada lagi atau tidak, kawan-kawan kita yang menghubungi dan bertanya khabar? Atau hilang begitu sahaja meninggalkan zaman. Atau sewaktu kita di klimaks kuasa, mereka berada dengan kita tetapi apabila kita menjadi marhaen biasa mereka hilang tanpa ada khabar berita....
Penulis sudah masak dengan perangai manusia bergelar kawan yang akan sentiasa mengambil kesempatan terhadap kesenangan orang lain. Tetapi yakin dan percayalah akhirnya kita juga memahami dimana permata dari beribu-ribu kawan yang kita pernah ada.
Monday, May 11, 2009
Kerja Perlu Dibereskan vs Seminar Di Genting Highlands
a) Pergi seminar yang diarahkan HEP ke Genting Highlands
b) Masuk pejabat memastikan surat dan kerja yang diarahkan diselesaikan
c) Duduk berehat di rumah
Penulis tidak berhajat melunaskan perkara pertama. Perkara kedua, separuh-separuh kerana boleh diruskan melalui emel dan telefon.
Penulis berhajat ingin menyelsaikan perkara-perkara yang perlu selesai sebelum berhenti. Di sebabkan perkara-perkara lain ex menghadiri seminar dan sebagainya, perkara keutamaan terpaksa dipinggirkan.
Dan sebenarnya penulis memang berhajat pergi walaubagaimana pun ini semua bergantung kepada keadaan dan situasi. Dalam situasi sekarang penulis ingin memilih untuk menyelesaikan kerja utama dahulu berbanding perkara lain.
Wednesday, May 6, 2009
Jadikan Budaya - Hadiah Buku
Anak-anak di Malaysia tidak di didik untuk berbelanja untuk buku tetapi kita di'mewah'kan membeli handphone, dan barangan elektronik yang lain. Beberapa banyak pula mahasiswa di IPTA mempunyai akses untuk membeli majalah yang tinggi nilai akademia nya di kampus. Penulis terkesan dengan ucapan peghargaan seorang blogger kepada Pn Ainon, di universiti terbuka PTS dimana beliau berbelanja hampir RM300 untuk anak-anak kecilnya bagi membuat sebuah library khas untuk anak kecil mereka.
Penulis ingin panjatkan kesyukuran ini juga kerana ibu bapa penulis mengajar penulis diwaktu sekolah rendah dan tadika dengan dewan pelajar. Setiap bulan, mereka memastikan dewan pelajar dibeli dan dibaca untuk hadman kami adik beradik. Mungkin ada segelintir ibubapa yang jauh lebih baik mendidik anak mereka menggunakan buku diwaktu kecil. Tetapi berapa ramai?
Seharusnya budaya membaca dan menghadiahkan buku menjadi darah daging kita. Tetapi kita lebih suka memberi barang perhiasan dan sebagainya. Perkara-perkara menghadiahkan dan menganugerahkan pelajar dan orang lain tidak akan merugikan malahan ia merupakan satu pelaburan bagi meningkat kefahaman dan menambahkan ilmu dan penting apabila berhujah.
Harapan penulis biar lah budaya ini menjadi intipati penting agar kita dapat membangunkan bangsa dan budaya.
Kenapa kita Bangsa Melayu yang melayuuuu?
Penulis cukup kesal dan kecewa apabila bekerja dalam kelompok bangsa sendiri. Penulis telah pernah bekerja dengan firma guaman kepunyaan bangsa asing, firma guaman melayu, di Perodua dan di SSM. Kepelbagaian pekerjaan dan rakan-rakan membentuk penulis agar menjadi lebih terbuka dan liberal sebagai anak Malaysia. Bukan penulis menyisihkan bangsa sendiri atau lebih tepat orang Islam tetapi melayu kita yang buat kita terus di pandang hina oleh bangsa asing.
Perhatikan di sektor kerajaan yang hampir 90% orang melayu, kerja macam tak kerja. kejap ada kejap tiada. Bandingkan pula di sektor swasta dan persendirian dimana bangsa asing bekerja. Mereka tekun bekerja. Persoalan eksploitasi dan penindasan dimana-mana berlaku.
Penulis segan dan malu untuk menyatakan kita perlu menolong bangsa kita dahulu dalam memilih kerja dengan kerajaan. Apakah bangsa asing tidak perlu dibantu jika kelayakan mereka ada dan kerja mereka lebih baik dan bagus berbanding orang kita. Bukankah mereka orang Malaysia juga. Persoalan ini harus dilebarluaskan... Di sini lah kita dapat lihat ketidakseimbangan terhadap bangsa-bangsa lain masih belum ada.
Kita bukan berada di Tanah Melayu, bumi ini milik rakyat Malaysia yang inginkan negara nya maju setaraf dengan negara maju di luar. Kalau begini bangsa kita mentadbir institusi kerajaan, kita risau akan negara kita. Kita berkira apabila pukul 5.00 petang untuk balik ke rumah. Pernah kah terdetik di hati untuk bekerja lebih sedikit masa yang ada demi menyelesaikan kerja yang ada tanpa menunggu esok.
Orang memerhatikan kita dan memahami negara ini bukan milik sebuah bangsa. Harapannya, bangsa Melayu kita tidak akan terus melayu di bumi sendiri...
Monday, May 4, 2009
PhD atau Profesor lebih penting...
Jarang-jarang di negara ini Profesor mendapat title tersebut tanpa ada PhD. Antara segelintir yang penulis ingat nama nya Prof. Maimunah, di Fakulti Perniagaan UiTM dimana penulisan beliau banyak tertumpu kepada Industrial Relations in Malaysia. Penting untuk kita melihat ketinggian ilmu itu bukan sebanyak mana kita lahirkan PhD graduates tetapi bergantung juga bagaimana olahan ilmu itu dibuat dan diteroka.
Persoalan PhD ini sebenarnya menjumudkan daya pemikiran dan ketinggian ilmu sesorang. Ini kerana PhD ketika ini hanya menumpukan satu bidang sahaja seadnagkan di dalam konsep ilmu Islam ia mencapah sebab itu tidak heran kalau dulu para ilmuwan Islam bukans sahaja hafiz Quran malahan menguasai pelbagai ilmu seperti astronomi, perubatan, falsafah dan sebagainya.
Oleh itu, apabila ilmu ini tidak dicerakinkan sepertimana yang telah dibuat di dalam Islam maka kepakaran sesorang itu hanya terhad dalam sesuatu bidang sahaja.
Ketika ini, kita menjadi kagum apabila sesorang itu mempunyai double degree dalam pengajiannya. Sedangkan perkara ini telah dipraktikkan lama dahulu. Contohnya, seorang kenalan penulis ketika berkunjung di UK dahlu mempunyai degree dalam bidang engineering dan accounting.
Dr. Nordin Kardin mempunyai double degree di dalam bidang Psikologi dan Ekonomi.
Orang sebegini lah yang perlu kita lahirkan dalam merakyatkan ilmu yang ada demi membangunkan negara. Malangnya budaya Malaysia, Profesor di anugerahkan kepada sesiapa yang terlibat dalam bidang pengurusan even buku-buku yang dihasilkan pun ciput cukup-cukup kelayakan untuk dapat title Prof. Apa sumbangan kepada masyarakat? Apa sumbangan kepada negara yang melayakkan beliau untuk diberi gelaran Prof? Persoalan-persoalan ini lah perlu diangkat ketika menemuduga Profesor bukan sebab kawan dan kesenangan semata-mata.
Long Call Kawan di Mahkamah Tinggi Shah Alam
Elena dan Mages adalah dua kawan 'baru' penulis di UKM. Mereka berdua adalah graduan undng-undang UKM yang secara kebetulan menyambung Master di UKM bersama-sama penulis. Kami berkongsi makanan ketika waktu rehat kelas bagi Medical Law dan Legal Research. Pada masa yang sama, mereka merupakan pelatih di dalam kamar. Bagi Elena gadis kacukan Cina dan Sabah ini, menjadi pelatih di dalam kamar di Tetuan Hafarizam & Co, Penasihat Undang-Undang UMNO. Manakala Mages pelatih di dalam kamar sebuah firma guaman di Kajang, walau bagaimana pun beliau telah mendapat kerja sebagai Peguam Persekutuan di Kementerian Kerja Raya sejak 1 April yang lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah 6, Hakim Su sangat bagus nasihat yang diberikan kepada bakal peguam yang didaftaraikan. Antara kata-kata beliau profesion ini bukan noble bukan disebabkan profesion ini semata-mata tetapi ahli-ahli nya yang menjadikan ianya 'noble profesion'. Sekiranya peguam bersifat amanah pada kerjanya, tingkahlakunya, maka itulah yang meyebabkan profesion tersebut menjadi noble katanya.
Wednesday, April 29, 2009
Surat Perletakan Jawatan
Tuan Haji Addenan Bin Haji Abd. Rahman
Pendaftar
Universiti Sains Islam
Melalui & Salinan Kepada
Ir. Daim Bin Saian
Pengarah
Unit Pembangunan
Universiti Sains Islam
Tuan
Perletakan Jawatan Sebagai Penolong Pendaftar ( Seksyen Kenderaan)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin meletakkan jawatan saya berkuatkuasa pada tarikh 1 Ogos 2009. Tujuan perletakan jawatan saya adalah untuk saya melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Undang-Undang secara sepenuh masa di Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Selain itu, memandangkan Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Utara Malaysia telah pun mendapat pengiktirafan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia pada akhir minggu yang lalu. Justeru, saya akan memulakan latihan di dalam kamar secepat mungkin memandangkan kami diberi tempoh sah laku berbuat demikian sehingga tahun 2010 untuk memulakan latihan ini.
4. Oleh yang demikian, saya ingin memberi notis tiga bulan memandangkan untuk menyelesaikan kerja-kerja di Seksyen Kenderaan seperti di lampiran. Ini penting bagi memastikan Penolong Pendaftar baru tidak menghadapi sebarang kerumitan dan masalah apabila memulakan kerja di Seksyen Kenderaan.
5. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas ruang dan peluang yang diberikan Universiti Sains Islam Malaysia bagi saya menimba pengalaman baru dalam bidang pengurusan di sini. Segala kerjasama pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan terima kasih juga kepada pihak pengurusan USIM khususnya Ir. Daim Saian dan kakitangan Unit Pembangunan di atas kerjasama yang telah diberikan. Hanya ALLAH sahaja yang layak membalasnya.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar
IDZUAFI HADI KAMILAN
LAMPIRAN 1
Tugas-tugas yang perlu diselesaikan di Seksyen Kenderaan
- Kertas kerja Pemilihan Syarikat Insurans & Bengkel Panel bagi Kenderaan USIM
- Laporan Salah Laku Pemandu USIM, En Zamzuri Bin Saad
- Perolehan Kenderaan USIM bagi tahun 2008 dan Tahun 2009
- Pelarasan Dasar-dasar USIM berhubung Penggunaan Kenderaan dan Prosedur Kerja di Seksyen Kenderaan
- Rombakan Premium Insurans Kenderaan USIM bagi tahun 2009
- Latihan Pemanduan Berhemah Bagi Pemandu USIM
Saturday, April 25, 2009
Birthday Cikgu
Kami menyambut Hari Lahir Cikgu yang ke 27. Bersama-sama dalam majlis ini adalah Azhar (MiSC), Syah dan Ina (isterinya), penulis dan cikgu sendiri.
Friday, April 24, 2009
Buku Undang-Undang di PWTC
Beberapa buku di atas penulis beli semasa mengunji Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 18hb April yang lalu.
Penulis bawa hampir 3 bas USIM agar mahasiswa terus membudayakan buku sebagai salah satu kawan yang baik semasa dan selepas keluar dari universiti. Penulis percaya budaya beli dan baca buku ini tidak boleh datang sekali gus tetapi ia perlu di pupuk.
Moga-moga adik di USIM ini mendapat manfaat dari program tersebut.
- Pengenalan Undang-Undang Keterangan di Malaysia - RM 25.00
- Construction Defects : Your Rights & Remedies - RM 34.00
- The Path to Pupillage - RM101.70
- Pendakwaan Jenayah di Mahkamah Rendah - RM 150.00
- Undang-undang Tort dalam Industri Binaan - RM 13.50
- Tanggungjawab Doktor dan Hak Pesakit - RM 22.50
Sunday, April 19, 2009
Tunang Ku - Siti Nur Samawati Ahmad
Nurul bersama bonda tersayang di hari pertunangan kami - 15 Mac 2009
Ok lah, nie gambar tunang penulis. Walau pun penulis dah banyak kali menulis tentang pelbagai perkara tetapi penulis jarang menulis 'sepenuhnya' tentang beliau.
Nama beliau seperti di dalam tajuk di atas. tetapi penulis lebih mudah dan mesra panggil beliau sebagai 'Nurul' dan di kampung, kenalan rapat di UiTM Melaka dan UUM, mudah memanggil beliau 'Yun'. Kami kenal agak lama jugak sebenarnya tahun 2000 sebetulnya.
Seingat penulis kenal di Biro tata negara di Johor. Ketika itu, pelajar semester pertama UiTM diwajibkan menghadiri program sebegini. Kawan kolej blok E waktu Ceper satu grup dengan beliau. Penulis minta tolong tanyakan nama dan course apa? beliau cakap budak DPA (Diploma Pentadbiran Awam) satu batch lah dengan penulis.
Oklah sebab tak kenal dan tak pernah nengok muka dia. So bila semester depan, sem dua barulah penulis nampak dia selalu duduk kat belakang masa semester 1 dengan kawan-kawan yang lain. Kalau dulu kami tak pernah berjumpa masa kat UiTM kecuali bila dia balik kampung kat Semerah, Batu Pahat dan penulis balik Kluang, Johor... Kami akan talipon lah.. Normally sebulan sekali lah balik kampung. Bila dtg kampus, buat macam tak kenal sampailah part 6, penulis dah tak pegang apa-apa jawatan dalam kampus, barulah kami jumpa di library. Studi sama-sama, alhamdulillah keputusan kami naik semster tue...
Bila buat 1st degree kat UiTM Shah Alam, dia dapat buat law tetapi penulis dapat buat administrative science. Tak tau kenapa dua minggu jer dia kat Uitm. Penulis pun dalam 3 bulan jer kat UiTM Shah Alam. Then kami terputus hubungan penulis sambung di UUM. Beliau sambung di UUM setahun kemudian. Kami sama-sama buat law di sana.
Rasa-rasa nya masa kat UUM lah, hubungan tue lebih mesra dan kami pun takde saudara sangat masa kat sana. Jadi tolong-menolong tue dah biase. 1st time pegi jumpa mak dia, waktu cuti hari raya di UUM. Pengetua Kolej proton, Pn Raudah orang Batu Pahat so dia suruh balik dengan dia. Penulis pun balik tumpang Pn Raudah dengan Nurul. Jumpa mak nurul malam raya.
Lepas tue, hampir setiap kali raya dah mula datang rumah dia...
Hubungan penulis dengan Nurul hampir 7-8 tahun dah... Kami dah lalu zaman senang, putus kejap dan sebagainya. yakinlah kalau hubungan itu baik, dan jodoh ada ia akan berpanjangan....
Monday, April 13, 2009
Chambering (Latihan Di Dalam Kamar) Atau Master LL. M di UKM
Apabila mendengar sarjana muda (degree) kami telah diiktiraf pastinya ia mengujakan kami semua. Ketika inilah apabila ditanya kepada graduan undang-undang yang telah bergraduat semua nak buat chambering latihan di dalam kamar. Yang tak pernah terfikir nak chambering pun ter 'influence' untuk melakukannya akibat terkesima dengan rakan-rakan lain. Persoalannya susah tak?
Penting bagi mendapatkan hands on experience. kalau jurutera atau engineer will only satisfied once they got Ir. Polan bin Polan, or doctor once they complete housemanship they will be called certified doctor, Accountant they got CA at the back of his name, certified accountant. all these shows self achieveness if you learn Maslow theory of motivation the highest ranked in the pyramid of motivation.
You already achieve that kind of level and you will so satisfied like you have acieve something which other people cannot achieve. Therefore, it needs satisfaction to do that kind of jobs.
Belajar merupakan satu nadi yang penting jugak walau pun penghargaan itu kebiasaannya datang kemudian. Oleh itu, kita perlu faham kepuasan melakukan sesuatu hanya akan dapat jika kita menghayati dan melakukan tindakan yang betul ketika itu.
Persoalan inilah yang akan sentiasa bermain di minda dan akhirnya???
Hanya ALLAH sahaja yang menentukannya.
Sunday, March 15, 2009
Majlis Pertunangan Penulis
Antara gambar-gambar majlis pertunangan penulis dan Siti Nur Samawati Ahmad, setelah berkenalan hampir 7 tahun (Diploma 3 tahun dan 1st Degree 4 tahun ) akhirnya kami diikat dengan tali pertunangan selama 2 tahun.
Penulis sengaja memilih dua (2) tahun bagi menghabiskan Sarjana Undang-Undang di UKM yang sedang penulis ikuti.
Di pihak penulis menghantar 7 dulang dibalas 13 dulang. moga ALLAH terus merestui ikatan kami ini... ameen