Friday, January 30, 2009

Apa ada pada Master?

Sangat mengejutkan...

Tika dr. Nordin Kardi menyarankan pegawai tadbir UUM perlu mempunyai sekurang-kurangya Master atau yang telah diterima bekerja melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana untuk meningkatkan daya keintelektualaan, permohonan penulis untuk meneruskan pengajaian Sarjana di UKM oleh majikan, USIM telah ditolak.

Dengan keputusan ini, penulis tidak boleh memohon cuti tanpa rekod apabila adanya peperiksaan akhir malahan terpaksa menggunakan cuti rehat untuk tujuan tersebut. Bukan duit yang penulis pinta dari majikan, hanya cuti yang seharusnya menjadi galakan kepada pentadbir seperti penulis untuk menimba ilmu dan menambahkan daya keintelektualan.

Walaupun begitu, penulis akur dengan keputusan Majlis Pengurusan Univehrsiti (MPU) yang tidak membenarkan penulis bagi meneruskan Master. Pada penulis, ia satu kepuasan diri untuk menjadikan penulis lebih berwibawa khususnya dalam mendepani cabaran sebagai pentadbir di dalam institusi kecemerlangan akademik khususnya di universiti.

Penulis percaya berada di universiti sebagai pentadbir harus dicuit peluangnya menghadiri dan mengikuti budaya tradisi keilmuannya dan budaya keintelektualannya. Masa akan menentukan segalanya...

No comments: