Monday, January 12, 2009

PTD 3rd Stage

Alhamdulillah... Petang semalam penulis dimaklumkan seorang junior yang sama-sama ambil peperiksaan PTD. Kami dah berjaya lepasi Pre PAC pada 11,12,13 Disember kelmarin.

Pengalaman yang menarik dan menakutkan. Walaupun ujian kali ini hanya melibatkan 1 hari namun slot yang sepatutnya berjalan dalam masa 3 hari dipadatkan dalam masa 1 hari. Terdapat 3 slot utama, Slot pertama dipanggil Intellectual Discourse dimana kumpulan kami yang terdiri daripada 11 orang berdiskusi berkenaan 'Exam Oriented Approach Contribute to Unmarketable Graduates'.

Perbincangan agak cool pada permulaannya dan berakhir apabila tiada isu lagi yang ingin dikemukakan. Selain itu, perbincangan slot kedua lebih berstruktur dalam bentuk debat ala parlimen. Tajuknya adalah Pembangunan lebih penting dari pemuliharaan alam sekitar. Tajuk ketika itu bertepatan pulak dengan kejadian tanah runtu. Penulis selaku ketua kerajaan terpaksa mengalas tugas mempertahankan konsep pembangunan. Kami di meja kerajaan berjaya meragukan kes pembangkang bilamana kami mempertahankan dan menghujahkan bahawa pembangunan yang kami maksudkan dalam konsep ini adalah pembangunan mapan.

Selepas solat zuhor, slot 3 adalah fitness. Sebelum itu kerjasama berpasukan diperlukan dalam membentuk koreografi berasaskan lagu yang diberi. Setengah jam diberi bagi membentuk tarian tersebut manakala 3 minit diberikan untuk mempersembahkan kerjasama tersebut.

Akhirnya, fitness betul-betul menguji kekuatan mental dan fizikal calon-calon yang ada. Kami diarah membuat beberapa senaman asas tanpa adanya diperingkat permulaan warming up. Walaupun begitu, alhamdulillah penulis lulus dan berjaya melalui rintangan tersebut.

Persoalannya adakah elemn sebegini penting sebagai seorang PTD. Persoalan ini dilontarkan apabila format baru yang ada seoalh-olah hanya menguji satu aspek iaitu kemahiran berkomunikasi berbanding kemahairan-kemahiran yang lain. Memang tidak dinafikan kemahiran ini penting bagi seorang pendebat atau oretor satu kelebihan kepada mereka dalam menggunakan kelebihan ini untuk mereka. Namun bagi orang yang sebaliknya?

Sewajarnya mekanisme ini dikaji semula dan ditambah baik bagi memastikan dikalangan PTD yang dilahirkan ia mampu berkhidmat unjtuk rakyat dengan lebih baik lagi.Selepas ni, penulis perlu lebih bersedia untuk melangkah ke ruang yang lebih mencabar lagi: sesi temuduga pula.

No comments: