Wednesday, January 21, 2009

Malasnya membaca...

Ayat pertama yang diturunkan ALLAH untuk Nabi Muhammad adalah Iqra... dan bahasa melayu nya dimaksudkan sebgaai membaca...

Begitu mudah pengertian dan ringkasnya pemahaman. Tetapi jika diteliti adalah sesuatu yang sangat susah dibuat... Pastinya ada maksud tertentu bila ALLAH maksudkan dengan 'bacalah'.... Bukan kerana perkataan itu sendiri tetapi intipati dari tindakan itu lah yang akan membuktikan bahawa kita melakukannya secara sedar atau sebaliknya.

Kejadian minggu lalu mengingatkan saya tentang perkara ini. Saya duduk bersebelahan Datin Sri Mizan, Dekan Fakulti Kepimpinan & Pengurusan yang juga merupakan isteri kepada bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh dan beliau juga ibu saudara kepada Cik Sharima Ruwaida Abas, pensyarah yang mencurahkan hidup dan baktinya dan memperkenalkan penulis kepada kerja-kerja amal.

Kami berada di Ancasa Hotel dan Resort bagi memperhalusi dan memurnikan Belanjawan (perkataan yang lama tidak digunakan hanya kerana ia digunapakai dan diperkenalkan oleh DSAI) 2010 dan 2011. Ketika kami asyik mendengar penelitian bajet, penulis memerhatikan beliau sering kali mencuri masa membaca buku. Penulis sangat tertarik hati dan girang dengan amalan yang dilakukan beliau.

Mungkin itu bezanya seorang Profesor dengan pensyarah biasa yang lain. Budaya membacanya... Pernah ke kita membuat kiraan sifir mudah yang mana jika sebulan kita membaca dua buah buku, kita telah membaca 24 buah buku dalam setahun. Tetapi jika dalam sepuluh tahun kita akan dan memperolehi manfaat 240 buah buku dalam masa sepuluh tahun.

Walaupun begitu penulis faham masalah kita yang malas membaca... Penulis pun sama. Oleh itu, inisiatif yang mudah menghadiri majlis bedah buku atau membaca entri di dalam blog terhadap sesuatu buku baru juga telah memadai. Sebab itulah, ALLAH turunkan ayat bacalah kerna mahu umat Islam faham dan memahami pemikiran dan pendidikan, nasib umat Islam tidak akan berubah jika tidak bermula dengan membaca. Ia adalah kunci kepada ilmu pengetahuan, pintu kepada pengetahuan, dan tangkal kepada segala kekalutan dan kesalahfahaman umat.

Selai itu, blog-blog yang ada dalam era ini memudahkan kita menerobos alam ilmu pengetahuan tanpa had. Justeru, apa tunggu lagi. Marilah kita membaca... Dan azam penulis tahun ini membaca dua buah buku pada setiap bulan. Insya-ALLAH...

Membaca amalan mulia - Pesanan Perpustakaan.

huhuhu....

No comments: