Monday, January 26, 2009

Merisik

Merisik merupakan satu istilah yang tidak asing dalam budaya dan adat orang melayu. Walaupun begitu, ia mempunyai signifikannya yang tersendiri khususnya bagi mereka yang mula mahu berumah tangga.

Kebiasaannya merisik merupakan istilah bagi menggantikan maksud kedua ibubapa lelaki bertandang ke rumah dan berjumpa ibu bapa perempuan bagi mengetahui status perempuan tersebut. Selalunya kehadiran ini datang dengan membawa cincin tanda sebagai tanda sebelum adat bertunang berlangsung.

Kehadiran selalunya tidakramai kerana ia cuma satu majlis tidak formal berbanding bertunang yang kehadirannya lebih ramai. Justeru, ramai orang kadang-kala lupa peri pentingnya adat merisik sehingga terus ke alam bertunang.

Walaupun ia adat melayu yang tidak ditulis peri pentingnya di dalam Islam namun ia seolah-olah telah menjadi 'konvensyen' yg mana kalau tidak dibuat dilihat sesuatu yang janggal dan pelik. Kehadiran ibu bapa penulis ke batu pahat (rumah nurul) semoga memperbaharui iktikad kami dan memperkukuh ikatan ini lagi.

No comments: