Thursday, January 22, 2009

Malaysia Banyak Cuti

Cuti merupakan suatu yang tak dapat diasingkan dalam kamus/diari rakyat Malaysia. Menurut pengertian holiday dari wikipedia ia merupakan gabungan dua perkataan holiday = holy + day. Ia boleh juga membawa maksud Hari istimewa dalam sesuatu agama kebiasaannya dirujuk kepada Kristian.

Merujuk kepada Malaysia, terdapat pelbagai cuti yang merangkumi cuti perayaan, cuti hari kebesaran (hol almarhum sultan atau keputeraan), cuti agama dan pelbagai lagi. Bayangkan sekurang-kurangnya ada 11 cuti yang wajib diberi cuti kepada rakyat Malaysia termasuklah Tahun baru, Tahun baru Cina, Keputeraan Nabi Muhammad, Hari Pekerja, Hari Wesak, Hari Keputeraan YDP Agong, Hari Kebangsaan, Hari Raya Puasa, Hari Deepavali, Hari Raya Haji, Awal Muharam dan Krismas. Ini tidak termasuk cuti yang diberi oleh setiap negeri meliputi keputeraan atau hol almarhum Sultan, atau cuti keistimewaan yang diambil negeri terbabit. Dan rata-rata cuti yang diambil bagi negeri-negeri ini 3-4 hari.

Justeru, kita dapat melihat keseluruhan cuti am, cuti negeri dan sebagainya berjumlah kurang lebih 15hari. jika ditambah cuti hujung minggu pula yang berjumlah 104 hari bercuti maka jumlahnya adalah 119 hari. Ditambah pula cuti rehat yang dibenarkan diambil dalam setahun, 25 hari maka jumlahnya menjadi 144 hari.

144/365 hari ditukar dalam bentuk peratus maka jumlah hari bekerja kakitangan Malaysia khususnya kakitangan awam hanyalah 61 peratus. Jumlah ini dianggap tinggi khususnya apabila kita perlu memahami bahawa kita adalah sebuah negara membangun yang perlu sentiasa mengejar negara maju di hadapan.

oleh itu, tidak hairanlah satu ketika apabila Dr. Mahathir ditanya berhubung cuti minggu pertama dan minggu ketiga. Mengapa tidak diberikan sahaja cuti 5 hari seminggu, jawapan diatas diberi.

Ini tidak termasuk (MC), medical certificate - cuti sakit yang dibenarkan diambil oleh seseorang pekerja... Dan menurut satu kajiselidik yang dijalankan Kelly Services tahun lalu 27 peratus dari 3/4 pekerja yang mengambil cuti sakit tidak jujur dalam mengemukakan cuti sakit.

Oleh yang demikian, dalam kita bercuti kita perlu memahami tanggungjawab besar dan amanah kita dalam tugas yang diberikan.

Selamat bercuti Tahun Baru cina...

No comments: