Sunday, April 26, 2009

Jangan permainkan dunia akademik dan nilai ilmu

Semalam sehari suntuk dari pagi hingga ke malam mendapatkan pandangan dan percambahan idea dan pemikiran berhubung Dr. Fazley yang dipilih menjadi moderator Bicara Siswa di RTM, TV1.

Pandangan 1

Bagus lah kalau Dr. Fazley itu dipilih. Dia pun dijadikan idola dan mempunyai PhD.

Pandangan 2

Boleh menarik minat orang untuk menonton rancangan tersebut.

Pandangan 3

Akan mencemarkan kesucian program tersebut.

Komen Penulis

Penulis yang tidak berpuas hati dengan pelbagai perkara pun mengambil perkiraan membuat sedikit penyelidikan dan mencari maklumat berhubung kelulusan Dr. Fazley. Melalui laman web beliau Dr Fazley, biografi nya tidak diupdate malah kosong. Akan diupdate olehnya kelak. Jadi, tak boleh komen benda tue. Cuma bersangka baik, ia akan diupdate tidak lama lagi.

Cuma yang penulis nak bagitau, beliau motivator dalam AF- Akademi Fantasia dan terlibat dengan pnulisan buku. Penulis tak baca buku beliau so penulis tak nak komen lagi... Dipanggil untuk menjadi motivator diluar ke sekolah-sekolah dan IPTA untuk bercakap pasal teknik belajar.

Apakah tidak pelik seorang yang sentiasa dipanggil untuk datang ke isntitusi pengajian tinggi dan menyampaikan ceramah tidak meletakkan biografi terkenal beliau. AT the end tak dituliskan master dan PhD beliau dapat dari mana....

Tak pe... kita lihat point seterusnya.

Melalui komen dan surfing internet yang penulis buat. Kontroversi terhadap PhD atau DBA beliau telah dipertikaikan. Irfan Khairi dan beliau dikatakan telah menerima PhD dan ijazah kehormat dari Irish International University. Program di institusi ini telah menjadi buah mulut ketika di bawah Datuk Dr. Shafie Salleh sebagai Menteri kerana ketika itu kebanyakan degree, master atau PhD dibeli dan didownload dari internet.

Pada sekitar tahun 2003-2004, JPA telah mengiktiraf institusi ini dengan alasan institutsi ini di jalankan bisnesnya melalui syarikat yang sah sehinggalah apabila dibuat siasatan selepas ada pelajar institusi tersebut memepertikaikan pelbagai perkara barulah diselidiki yang IIU ini tidak mempunyai kampus tetap dan kebanyakannya berkongsi premis dipelbagai universiti terkenal seperti Cambridge, Oxford dan disekitar London.

Justeru, masyarakat Malaysia telah di TIPU dengan segolongan bijak pandai putar alam yang menghakis kredibiliti dunia akademik dan nilai ilmu yang dipelajari. Jenayah ini sangat berat dan sungguh memalukan kerana proses yang dilalui ini tidak melalui proses yang telus. Apakah mereka tidak berasa malu menggunakan gelaran Dr. atau meletakkan kelulusan Master atau PhD di dalm business card mereka sedangkan mereka tidak layak berbuat demikian.

kehadiran orang sebeginilah di dalam negara dan dunia akademik yang telah memalukan negara kerana memberi buah fikiran tanpa berasaskan autoritatif yang sahih dan tiada kajian yang dibentangkan apabila diminta.

Penulis tidak teragak-agak akan menentang golongan 'culprit' yang memalukan institusi dan dunia akademik yang penulis sanjung. Moga ALLAH akan membalas mereka terhadap usaha menipu mereka.

Penulis sangat marah kerna beliau dipilih menjadi moderator bicara siswa. Bukan penulis dengki atau khianat tetapi perlu diingat program inilah satu-satunya saluran bagi pemimpin mahasiswa menyampaikan buah fikiran dan pandangan mereka. Dan seharusnya pandangan pemimpin mahasiswa ini diadili dengan kredibiliti pemimpin universiti seperti Naib Canselor atau pentadbir lain. Bayangkan Dr. Nordin Kardi ketiak mengendalikan bicara siswa penuh dengan fakta dan sebagainya.

Ini bukan rancangan hiburan atau mempopularkan rancangan ini kerana selebritinya. Ini rancangan yang mencabar minda dan intelektual supaya ada sekelumit rasa kepada masyarakat dan mahasiswa secara umumnya untuk cuba berfikir secara kritis. Kalau ini pun hendak dipopularkan kerana selebritinya kita takut lain jadinya.

Walau pun begitu, untuk berlaku adil. Kita harus menilai kebolehan beliau pada rancangan ini yag akan ke udara di RTM 1 pada jam 9.30 malam setiap hari Selasa.

5 comments:

Mohd Areef said...

saudara..
anda graduan LLB UUM kn?
sy nk tnya,berapakah tmpat yg dsediakan ntuk program LLB ni?sbb sy bermnt nk masuk UUM..
stpm sy 3.58...adakah sy lyk?

p/s:try call registrar n counselor uum,tp xdpt...tu yg tnye ni..huhu

Idzuafi Hadi Kamilan said...

Setiap tahun UUM hanya dibenarkan mengambil 100 orang pelajar. Insya-ALLAH, boleh dapat kot. Cubalah...

Sekolah mana dulu???

Idzuafi Hadi Kamilan said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Areef said...

lg nk tnye..
sbnrnye pmilihan ke ipta ni cmne sbnrnye?yg 1-8 pilihan tu..

contoh:

Si A mendapat 3.6 dlm stpm nya.Dia memilih LLB UUM sbgai pilihan pertamanya dlm borang UPU.

Si B mendapat 3.75 dlm stpm nya.Dia memilih LLB UUM sbgai pilihan KETIGA dlm borang upu.

siapa yg lebih berpeluang??

Idzuafi said...

Kebiasaannya mereka lihat pilihan pertama dahulu...

Kalau Ariff minat nak masuk UUM buat LL.B dan tidak dapat contohnya. Bagitau segera. Sebab kebanyakan lecturer law UUM yang jadi panel rayuan program LL.B UUM adalah pensyarah saya.

Mungkin ada peluang, saya cuba tanya-tanyakan pada panel rayuan tersebut.

Sekian.