Sunday, April 19, 2009

Tunang Ku - Siti Nur Samawati Ahmad


Nurul bersama bonda tersayang di hari pertunangan kami - 15 Mac 2009
















Ok lah, nie gambar tunang penulis. Walau pun penulis dah banyak kali menulis tentang pelbagai perkara tetapi penulis jarang menulis 'sepenuhnya' tentang beliau.

Nama beliau seperti di dalam tajuk di atas. tetapi penulis lebih mudah dan mesra panggil beliau sebagai 'Nurul' dan di kampung, kenalan rapat di UiTM Melaka dan UUM, mudah memanggil beliau 'Yun'. Kami kenal agak lama jugak sebenarnya tahun 2000 sebetulnya.

Seingat penulis kenal di Biro tata negara di Johor. Ketika itu, pelajar semester pertama UiTM diwajibkan menghadiri program sebegini. Kawan kolej blok E waktu Ceper satu grup dengan beliau. Penulis minta tolong tanyakan nama dan course apa? beliau cakap budak DPA (Diploma Pentadbiran Awam) satu batch lah dengan penulis.

Oklah sebab tak kenal dan tak pernah nengok muka dia. So bila semester depan, sem dua barulah penulis nampak dia selalu duduk kat belakang masa semester 1 dengan kawan-kawan yang lain. Kalau dulu kami tak pernah berjumpa masa kat UiTM kecuali bila dia balik kampung kat Semerah, Batu Pahat dan penulis balik Kluang, Johor... Kami akan talipon lah.. Normally sebulan sekali lah balik kampung. Bila dtg kampus, buat macam tak kenal sampailah part 6, penulis dah tak pegang apa-apa jawatan dalam kampus, barulah kami jumpa di library. Studi sama-sama, alhamdulillah keputusan kami naik semster tue...

Bila buat 1st degree kat UiTM Shah Alam, dia dapat buat law tetapi penulis dapat buat administrative science. Tak tau kenapa dua minggu jer dia kat Uitm. Penulis pun dalam 3 bulan jer kat UiTM Shah Alam. Then kami terputus hubungan penulis sambung di UUM. Beliau sambung di UUM setahun kemudian. Kami sama-sama buat law di sana.

Rasa-rasa nya masa kat UUM lah, hubungan tue lebih mesra dan kami pun takde saudara sangat masa kat sana. Jadi tolong-menolong tue dah biase. 1st time pegi jumpa mak dia, waktu cuti hari raya di UUM. Pengetua Kolej proton, Pn Raudah orang Batu Pahat so dia suruh balik dengan dia. Penulis pun balik tumpang Pn Raudah dengan Nurul. Jumpa mak nurul malam raya.

Lepas tue, hampir setiap kali raya dah mula datang rumah dia...

Hubungan penulis dengan Nurul hampir 7-8 tahun dah... Kami dah lalu zaman senang, putus kejap dan sebagainya. yakinlah kalau hubungan itu baik, dan jodoh ada ia akan berpanjangan....

2 comments:

Missing Cat said...

amboi...dah disclose tunang dah dia...ala, mal turun kl bkn nak kasi tau aku tau...klu tak blh jmpa korang sekali...

hari tukan angah mazlina dgn alang nak buat reunion, tp mcm sume org takleh bg komitmen sbb masing2 sibuk dgn study...klu nak buat tu kena la organize btl2...

klu nurul suka nak mengajar, dia takyah chambering pun takpe...utk prmpuan, klu jd lecturer tu pilihan yg terbaik...ko ingat tak kerry...??? dia practitioner...mmg byk knowledge blh dpt, tp mmg penat...

even aku kat bahagian penasihat pun, still kena turun naik court buat kes2 civil...penat tau...

Idzuafi said...

ooo ic...

boleh lah kot, kita-kita dulu jer jumpa...

kita ajak ikmal, alang, mazlina, kerry, pian, sidek, asoy, n others.

yang semua area Kl, shah alam. at least after tue, boleh buat yang lagi besar sikit...