Wednesday, April 29, 2009

Surat Perletakan Jawatan

Tuan Haji Addenan Bin Haji Abd. Rahman

Pendaftar

Universiti Sains Islam Malaysia

Melalui & Salinan Kepada

Ir. Daim Bin Saian

Pengarah

Unit Pembangunan

Universiti Sains Islam Malaysia

Tuan

Perletakan Jawatan Sebagai Penolong Pendaftar ( Seksyen Kenderaan)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin meletakkan jawatan saya berkuatkuasa pada tarikh 1 Ogos 2009. Tujuan perletakan jawatan saya adalah untuk saya melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Undang-Undang secara sepenuh masa di Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Selain itu, memandangkan Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Utara Malaysia telah pun mendapat pengiktirafan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia pada akhir minggu yang lalu. Justeru, saya akan memulakan latihan di dalam kamar secepat mungkin memandangkan kami diberi tempoh sah laku berbuat demikian sehingga tahun 2010 untuk memulakan latihan ini.

4. Oleh yang demikian, saya ingin memberi notis tiga bulan memandangkan untuk menyelesaikan kerja-kerja di Seksyen Kenderaan seperti di lampiran. Ini penting bagi memastikan Penolong Pendaftar baru tidak menghadapi sebarang kerumitan dan masalah apabila memulakan kerja di Seksyen Kenderaan.

5. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas ruang dan peluang yang diberikan Universiti Sains Islam Malaysia bagi saya menimba pengalaman baru dalam bidang pengurusan di sini. Segala kerjasama pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan terima kasih juga kepada pihak pengurusan USIM khususnya Ir. Daim Saian dan kakitangan Unit Pembangunan di atas kerjasama yang telah diberikan. Hanya ALLAH sahaja yang layak membalasnya.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar

IDZUAFI HADI KAMILAN

LAMPIRAN 1

Tugas-tugas yang perlu diselesaikan di Seksyen Kenderaan

  1. Kertas kerja Pemilihan Syarikat Insurans & Bengkel Panel bagi Kenderaan USIM

  1. Laporan Salah Laku Pemandu USIM, En Zamzuri Bin Saad

  1. Perolehan Kenderaan USIM bagi tahun 2008 dan Tahun 2009

  1. Pelarasan Dasar-dasar USIM berhubung Penggunaan Kenderaan dan Prosedur Kerja di Seksyen Kenderaan

  1. Rombakan Premium Insurans Kenderaan USIM bagi tahun 2009

  1. Latihan Pemanduan Berhemah Bagi Pemandu USIM

No comments: