Tuesday, February 3, 2009

Kita terlalu Berpolitik ...

Sejak pilihanraya umum ke 12 hinggalah hari ini, telah 10 bulan isu politik di Malaysia tidak pernah surut.

Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008 yang memperlihatkan undi Barisan Nasional selaku parti pemerintah merosot begitu jauh dan tidak memperolehi dua per tiga dan kebangkitan Parti Keadilan Nasional serta sekutunya seperti Parti Islam Semalaysia dan DAP memperlihatkan kekuatan yang luar biasa sehingga 'mencuri' negeri-negeri yang tidak pernah disangka jatuh ke tangan mereka seperti Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, dan Wilayah Persekutuan.

Selang beberapa bulan diikuti pula, penyerahan Permatang Pauh dari cinta seorang isteri kepada suami iaitu Dr. Wan Azizah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali menjadi ahli Parlimen. Ibarat sirih pulang ke gagang - majoriti yang cukup sinis memudahkan Anwar Ibrahim mengalahkan calon-calon yang lain walaupun jentera parti diketuai bakal PM iaitu Najib Razak.

Sebulan yang lalu pula Parlimen Kuala Terengganu memperlihatkan pemergian Datuk Razali selaku ahli parlimennya ke rahmatullah dan pilihanraya kecil terpaksa diadakan. Pas telah memenangi kerusi tersebut dan memperlihatkan BN dimalukan sekali lagi.

Kini, berita 2 DUN Keadilan Perak keluar parti dan menjadi ahli bebas mengocakkan lagi politik di Perak. Sekiranya ini berterusan berlaku dan masyarakat Malaysia kita terus berpolitik, bila masanya kita mahu membangunkan rakyat dan negara. Pemilihan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama seharusnya mengingatkan kita masa berpolitiknya sudah tamat dan kini masa beliau bekerja dan mencari masa dan tindakan yang bijak bagi memastikan ekonomi USA terus didalam keadaan baik dan berterusan.

Tidak di Malaysia, walaupun telah menjadi ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri, kita terus berpolitik seolah-olah kita tidak perlu bekerja lain. Memualkan dan memalukan.... Masa begitu panjang dan kita membazirkannya begitu sahaja. Mereka tidak wajar menjadi ahli Parlimen / ahli DUN tetapi sewajarnya badut dari sarkis politik Malaysia.

Rakyat telah penat dengan janji dan drama politik Malaysia. Tidak boleh kah kita belajar sesuatu khususnya UMNO dan Keadilan dari Parti Islam Malaysia dimana ahli parlimennya dan DUN tidak pulak berbunyi untuk melompat parti... Adakah ebtul-betul mereka ikhlas untuk memperjuangkan hak rakyat atau sekadar mahu menunjukkan yang mereka berkuasa untuk menjadi seorang pemimpin. Sehingga hari ini, berita PAS khususnya ahli parlimen dan ahli DUN nya tidak pulak berbunyi untuk keluar parti atau sama sekali menjadi ahli bebas.

Fikir-fikirkan.... Kita telah lari begitu jauh dari menjalankan amanah menjaga hak rakyat...

No comments: