Friday, January 30, 2009

Apa ada pada Master?

Sangat mengejutkan...

Tika dr. Nordin Kardi menyarankan pegawai tadbir UUM perlu mempunyai sekurang-kurangya Master atau yang telah diterima bekerja melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana untuk meningkatkan daya keintelektualaan, permohonan penulis untuk meneruskan pengajaian Sarjana di UKM oleh majikan, USIM telah ditolak.

Dengan keputusan ini, penulis tidak boleh memohon cuti tanpa rekod apabila adanya peperiksaan akhir malahan terpaksa menggunakan cuti rehat untuk tujuan tersebut. Bukan duit yang penulis pinta dari majikan, hanya cuti yang seharusnya menjadi galakan kepada pentadbir seperti penulis untuk menimba ilmu dan menambahkan daya keintelektualan.

Walaupun begitu, penulis akur dengan keputusan Majlis Pengurusan Univehrsiti (MPU) yang tidak membenarkan penulis bagi meneruskan Master. Pada penulis, ia satu kepuasan diri untuk menjadikan penulis lebih berwibawa khususnya dalam mendepani cabaran sebagai pentadbir di dalam institusi kecemerlangan akademik khususnya di universiti.

Penulis percaya berada di universiti sebagai pentadbir harus dicuit peluangnya menghadiri dan mengikuti budaya tradisi keilmuannya dan budaya keintelektualannya. Masa akan menentukan segalanya...

Trade Mark...

Manusia suka meninggalkan trademark sebagai tanda diri mereka. Pak Lah lebih dikenali dengan 'cemerlang, gemilang dan terbilang'. Mahathir pula dikenali dengan trade mark nya 'apa nama' dan sebagainya.

Penulis mula menyedari apabila penulis berucap dan bercakap kepada orang lain, sering kali penulis mengistilahkan 'patah balik' merujuk kepada persoalan asal dan menekankan sesuatu perkara.

Wednesday, January 28, 2009

Bubarkan Putera & Puteri UMNO - Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail


Apabila orang lama dan berpengalaman seperti beliau bersuara, semua sibuk menyanggah. Termasuklah bakal PM, Datuk Seri Najib, Hisyammudin dan Dato Noraini. Tapi kiasan Hisyammuddin dan Noraini lebih beralas memandangkan yang bercakap berhubung perkara itu adalah orang lama yang hidup dan matinya sudah sebati dengan UMNO.

Azeez, Pengerusi Biro Pemuda UMNO pulak menyanggap dengan teknikal 'swing' seperti Putera bukan sayap parti tetapi biro di dalm Pemuda dan pemilihan Pemuda tiada tetapi dipilih oleh biro-biro Pemuda. Mudah sungguh apabila orang politik bersuara.... Putera dibuat atas program kebajikan dan kemasyarakatan.

Kalau dinilai sekali lagi, mungkin benar kata-kata pemimpin-pemimpin diatas tetapi mereka yang 'muda' inilah yang menjadi api dalam sekam dan duri dalam daging. Manakan tidak ketika usia sebegini muda membantu dihulurkan duit atas nama upah. Semua kerja-kerja Parti yang dibuat diberi habuan... Tidakkah mereka ketahui ini juga sebagai salah satu ajaran impliedly ke arah rasuah.

Bayangkan apabila sudah matang dan layak untuk bertanding di dalam Pemuda, Puteri atau UMNO sendiri. Mereka akan mula membayar sepertimana mereka di ajar dahulu. Sebab itu, Rithauddeen yang juga merupakan bekas Pro Canselor UKM dan mempunyai pengalaman luas di dalam politik dan undang-undang faham dan masak dengan perangai orang-orang UMNO. Alasan beliau untuk muda mudi memfokuskan diri terhadap pembelajaran sesuai dengan apa yang dituntut oleh AUKU.

Dengan ini sudah terang lagi bersuluh, siapa yang memperalatkan AUKU untuk kepentingan parti sendiri... Penulis berpendapat bukan salah Putera, Puteri jika wujudnya politik wang. Sekiranya agama Islam menjadi pedoman di dalam parti politik Melayu tertua ini pasti politik wang tidak akan terjadi. Bayangkan untuk berebut jawatan Ketua Pemuda, Wanita atau Ketua Bahagian sahaja pun wang sudah jutaan ringgit dilabur inikan pula jawatan MT dan ke atas.

Islam sendiri mengharamkan rasuah... Adakah agama tidak diimplementasikan dalam etika parti tersebut...

Pemutihan perlu dilakukan dalam parti ini jika mahu terus relevan. Rakyat tersu menyaksikan walaupun rakyat tahu dan memahami di luar mungkin mereka marah, meluat dan menyampah tetapi di dalam hati sebenarnya mereka sayang...

Tuesday, January 27, 2009

Politik Kampus 2009

Istilah Politik Kampus sering menarik perhatian warganya tidak kira seseorang itu berstatus mahasiswa, bekas mahasiswa, masyarakat, ahli akademik atau tokoh politik. Tahun 2009 menyaksikan hampir keseluruhan kampus, IPTA yang berada di kawasan Lembah Klang mengadakan pilihanraya kampus.

Namun dari sumber yang tidak dipastikan kesahihannya, istilah pilihanraya kampus tidak dibenarkan digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi lalu diganti dengan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Walau apa pun bunyinya, dimata dan hati pimpinan dan tokoh gerakan siswa ia tetap akan dikenali pilihanraya kampus.

Pelbagai cerita, tohmahan dan nista dikeluarkan terhadap calon-calon yang bertanding. Walaupun bukan wang yang ditaburkan di dalam pilihanraya kampus namun 'gula-gula' sebagai habuan kepada jentera dan orang kuat yang bekerja untuk calon telah diberi. Rokok, makanan, air minuman dan sebagainya sebagai galanga ganti tidak tahu klasifikasi nya di dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Adakah boleh ia dikatakan sebgaai rasuah...

Penulis telah meninggalkan setahun alam kampus namun masih lagi mengambil tahu perkembangan apa yang terjadi di kampus. Persoalan wajar atau tidak calon pilihanraya bertindak agresif seolah-olah ia pilihanraya nasional terpulang kepada mahasiswa untuk menilai. Namun jauh dilubuk hati penulis, sikap ini akan mengambarkan wajah sebenar calon-calon dan jentera jika bekerja sebagai politikus diluar. Jika gambarannya maki hamun, santapannya fitnah dan jalannya riya' maka itulah ia diluar sana.

Seharusnya, medan pilihanraya kampus ini digunakan untuk kita menilai dan belajar bahawa jawatan ini sesuatu yang sangat indah ranum luarnya tapi duri isi tanggungjawabnya. Penulis hampir muak dengan sikap politikus kecil di kampus seolah-olah mereka boleh merubah dunia sedangkan ia cubaan kecil sebelum jawatan besar di luar sana kelak.

Monday, January 26, 2009

Merisik

Merisik merupakan satu istilah yang tidak asing dalam budaya dan adat orang melayu. Walaupun begitu, ia mempunyai signifikannya yang tersendiri khususnya bagi mereka yang mula mahu berumah tangga.

Kebiasaannya merisik merupakan istilah bagi menggantikan maksud kedua ibubapa lelaki bertandang ke rumah dan berjumpa ibu bapa perempuan bagi mengetahui status perempuan tersebut. Selalunya kehadiran ini datang dengan membawa cincin tanda sebagai tanda sebelum adat bertunang berlangsung.

Kehadiran selalunya tidakramai kerana ia cuma satu majlis tidak formal berbanding bertunang yang kehadirannya lebih ramai. Justeru, ramai orang kadang-kala lupa peri pentingnya adat merisik sehingga terus ke alam bertunang.

Walaupun ia adat melayu yang tidak ditulis peri pentingnya di dalam Islam namun ia seolah-olah telah menjadi 'konvensyen' yg mana kalau tidak dibuat dilihat sesuatu yang janggal dan pelik. Kehadiran ibu bapa penulis ke batu pahat (rumah nurul) semoga memperbaharui iktikad kami dan memperkukuh ikatan ini lagi.

Thursday, January 22, 2009

Malaysia Banyak Cuti

Cuti merupakan suatu yang tak dapat diasingkan dalam kamus/diari rakyat Malaysia. Menurut pengertian holiday dari wikipedia ia merupakan gabungan dua perkataan holiday = holy + day. Ia boleh juga membawa maksud Hari istimewa dalam sesuatu agama kebiasaannya dirujuk kepada Kristian.

Merujuk kepada Malaysia, terdapat pelbagai cuti yang merangkumi cuti perayaan, cuti hari kebesaran (hol almarhum sultan atau keputeraan), cuti agama dan pelbagai lagi. Bayangkan sekurang-kurangnya ada 11 cuti yang wajib diberi cuti kepada rakyat Malaysia termasuklah Tahun baru, Tahun baru Cina, Keputeraan Nabi Muhammad, Hari Pekerja, Hari Wesak, Hari Keputeraan YDP Agong, Hari Kebangsaan, Hari Raya Puasa, Hari Deepavali, Hari Raya Haji, Awal Muharam dan Krismas. Ini tidak termasuk cuti yang diberi oleh setiap negeri meliputi keputeraan atau hol almarhum Sultan, atau cuti keistimewaan yang diambil negeri terbabit. Dan rata-rata cuti yang diambil bagi negeri-negeri ini 3-4 hari.

Justeru, kita dapat melihat keseluruhan cuti am, cuti negeri dan sebagainya berjumlah kurang lebih 15hari. jika ditambah cuti hujung minggu pula yang berjumlah 104 hari bercuti maka jumlahnya adalah 119 hari. Ditambah pula cuti rehat yang dibenarkan diambil dalam setahun, 25 hari maka jumlahnya menjadi 144 hari.

144/365 hari ditukar dalam bentuk peratus maka jumlah hari bekerja kakitangan Malaysia khususnya kakitangan awam hanyalah 61 peratus. Jumlah ini dianggap tinggi khususnya apabila kita perlu memahami bahawa kita adalah sebuah negara membangun yang perlu sentiasa mengejar negara maju di hadapan.

oleh itu, tidak hairanlah satu ketika apabila Dr. Mahathir ditanya berhubung cuti minggu pertama dan minggu ketiga. Mengapa tidak diberikan sahaja cuti 5 hari seminggu, jawapan diatas diberi.

Ini tidak termasuk (MC), medical certificate - cuti sakit yang dibenarkan diambil oleh seseorang pekerja... Dan menurut satu kajiselidik yang dijalankan Kelly Services tahun lalu 27 peratus dari 3/4 pekerja yang mengambil cuti sakit tidak jujur dalam mengemukakan cuti sakit.

Oleh yang demikian, dalam kita bercuti kita perlu memahami tanggungjawab besar dan amanah kita dalam tugas yang diberikan.

Selamat bercuti Tahun Baru cina...

Wednesday, January 21, 2009

Malasnya membaca...

Ayat pertama yang diturunkan ALLAH untuk Nabi Muhammad adalah Iqra... dan bahasa melayu nya dimaksudkan sebgaai membaca...

Begitu mudah pengertian dan ringkasnya pemahaman. Tetapi jika diteliti adalah sesuatu yang sangat susah dibuat... Pastinya ada maksud tertentu bila ALLAH maksudkan dengan 'bacalah'.... Bukan kerana perkataan itu sendiri tetapi intipati dari tindakan itu lah yang akan membuktikan bahawa kita melakukannya secara sedar atau sebaliknya.

Kejadian minggu lalu mengingatkan saya tentang perkara ini. Saya duduk bersebelahan Datin Sri Mizan, Dekan Fakulti Kepimpinan & Pengurusan yang juga merupakan isteri kepada bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh dan beliau juga ibu saudara kepada Cik Sharima Ruwaida Abas, pensyarah yang mencurahkan hidup dan baktinya dan memperkenalkan penulis kepada kerja-kerja amal.

Kami berada di Ancasa Hotel dan Resort bagi memperhalusi dan memurnikan Belanjawan (perkataan yang lama tidak digunakan hanya kerana ia digunapakai dan diperkenalkan oleh DSAI) 2010 dan 2011. Ketika kami asyik mendengar penelitian bajet, penulis memerhatikan beliau sering kali mencuri masa membaca buku. Penulis sangat tertarik hati dan girang dengan amalan yang dilakukan beliau.

Mungkin itu bezanya seorang Profesor dengan pensyarah biasa yang lain. Budaya membacanya... Pernah ke kita membuat kiraan sifir mudah yang mana jika sebulan kita membaca dua buah buku, kita telah membaca 24 buah buku dalam setahun. Tetapi jika dalam sepuluh tahun kita akan dan memperolehi manfaat 240 buah buku dalam masa sepuluh tahun.

Walaupun begitu penulis faham masalah kita yang malas membaca... Penulis pun sama. Oleh itu, inisiatif yang mudah menghadiri majlis bedah buku atau membaca entri di dalam blog terhadap sesuatu buku baru juga telah memadai. Sebab itulah, ALLAH turunkan ayat bacalah kerna mahu umat Islam faham dan memahami pemikiran dan pendidikan, nasib umat Islam tidak akan berubah jika tidak bermula dengan membaca. Ia adalah kunci kepada ilmu pengetahuan, pintu kepada pengetahuan, dan tangkal kepada segala kekalutan dan kesalahfahaman umat.

Selai itu, blog-blog yang ada dalam era ini memudahkan kita menerobos alam ilmu pengetahuan tanpa had. Justeru, apa tunggu lagi. Marilah kita membaca... Dan azam penulis tahun ini membaca dua buah buku pada setiap bulan. Insya-ALLAH...

Membaca amalan mulia - Pesanan Perpustakaan.

huhuhu....