Friday, April 3, 2009

Ucap selamat Kepada PM Ke-6

Pastinya isu semasa yang paling hangat pada ketika ini perlantikan Najib Razak sebagai PM ke 6.

Kebetulan penulis bercuti hari ini, maka dapatlah penulis menyaksikan secara langsung istiadat penerimaan surat terima dan angkat sumpah Najib Razak di istana Negara pada pagi tadi.

Cabaran yang paling besar menanti beliau pastilah krisis ekonomi ketika ini. Dan jika beliau bijak, beliau akan melakukan apa yang Dr. Mahathir lakukan dengan memanggil Daim Zainuddin dan menubuhkan MTEN (Majlis Tindakan Ekonomi Negara) dengan meneliti data-data ekonomi setiap hari. Ini penting agar ekonomi negara dapat terus dirancang dan diperbaiki mengikut keadaan semasa.

Perbincangan bersama dengan beberapa kawan2, Dr. Mahathir seorang yang praktikal.Beliau tidak memanggil ketika menghadapi suasana ekonomi ini pakar-pakar ekonomi di universiti2 tetapi memanggil ornag yg terlibat dengan sektor yang terjejas teruk. We called this as a affected sector...

Ini penting kerana orang berkepentingan ini lebih memahami selok belok kerana mereka pastingya ingin menyelamatkan syarikat mereka juga. Justeru, langkah yg sama perlu dibuat oleh Najib.

Tiada masa tempoh 100 hari untuk melihat tinjauan awal bagi Najib. Perlantikan new Cabinet Minister will be made next week. And we will see whether the new Cabinet Minister are the chosen ones or not...

Tahniah buat Najib Razak, selamat bertugas di Sri Perdana.

No comments: