Monday, April 13, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Bagi pencinta-pencinta buku inilah masanya yang ditunggu-tunggu tiap-tiap tahun.

Pesta Buku yang menjadi kegilaan dan klimaks kecintaan terhadap buku-buku yang dijual di PWTC, tempat yang cukup sinonim dengan Pesta sebegini.

Bertarikh 17 hb hingga 26 April 2009, dengan pelbagai pengedar, penjual, penerbit buku akan hadir membuka boost masing-masing. Bagi kami marhaen biasa ini, peluang ini diambil untuk lelong buku-buku lama tetapi masih berkualiti untuk menambah baik ilmu. Bukan apa, mudah dan murah tetapi signifikan (bak kata Prof Kamil).

Budaya membaca dikalangan rakyat Malaysia semakin bertambah baik. Penulis dimaklumkan kalau dahulu cuma sekeping buku setiap tahun kini telah bertambah dua buah buku setiap tahun. Ok Lah... bertatih dahulu sebelum berdiri dan berlari.

Penulis ingat dahulu mak dan ayah penulis membelikan Dewan Pelajar setiap bulan untuk dibaca, disamping itu komik Gila-Gila dan Doraemon juga turut dibelikan oleh mak dan ayah hanya untuk memastikan diperingkat kecil, anak-anak mempunyai minat membaca bahan bacaan tak kira lah bahan itu bermutu atau tidak.

Bagi penulis dalam mendidik dan membimbing kanak-kanak ke arah proses minat membaca, biarlah anak-anak diberi kebebasan untuk membaca. Dan apabila telah masuk Tahap 1 (sekolah rendah) bahan bacaan telah boleh disaring sehinggalah ke suatu peringkat sekolah menengah novel, cerpen dan bahan bacaan berat telah boleh didedahkan kepada remaja ketika itu.

Kesilapan ibubapa adalah telah tidak mengajar anak-anak melaburkan sebahagian duit untuk tujuan buku dan bahan bacaan am. Akhirnya, kanak-kanak ini apabila meningkat remaja/dewasa sangat kedekut untuk membelanjakan duit untuk tujuan tersebut. Apakah nilai ilmu itu boeh dinilai dengan nilai wang ringgit.

Program bedah buku juga ketika ini jarang diketengahkan khususnya di universiti-universiti yang merupakan gedung ilmu. Bayangkan anak-anak muda hanya membaca 'surface' buku sahaja tanpa ingin memahami content dan maksud tersirat sesuatu penulisan tersebut. betapa ruginya negara ini, jika ia berlaku....

oleh yang demikian, sama-sama lah kita memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ini. Demi menyahut seruan itu, Kolej Kediaman Acacia Avenue akan menghantar dua (2) buah bas ke Pameran Buku tersebut bagi memastikan anak muda kita terus meminati dan membudayakan tradisi membaca.

No comments: