Saturday, April 18, 2009

Isu USIM

Bikin Panas

Cannot comments sebab dia block & lock for registered user...

Komen terhadap bro86.wordpress.com

Apa pun penulis mendengar banyak versi termasuklah seorang kawan penulis yang menyatakan beliau pernah mengajar legal language di MMU.

Apa pun ini hanya kecil berbanding ‘recognition’ yang perlu diperolehi dari Malaysian Bar yang mana kumpulan peguam yang mengajar CLP akan hadir dan menemuduga mahasiswa USIM. kami di UUM pun bermula dari zero dan kebetulan kami tidak mempunyai pensyarah itu….

Saya tidak akan komen berhubung berkaitan salah pensyarah atau salah mahasiswa? Kerana telah dinasihatkan akan diambil tindakan oleh pengurusan USIM ke atas akhbar tersebut.

Saya juga tarik pandangan tersebut serta komen-komen rakan dan pelawat bagi pandangan tersebut kerana ada beberapa cerita tidak lengkap. Saya percaya kita perlu mengaku salah sekiranya kesilapan di pihak penulis dan menyiarkan pandangan tersebut.

Tetapi penulis sentiasa percaya untuk menjadi civilised people,kita perlu berani menulis, mencabar dan menilai jika intipati itu benar atau tidak. Dan akhirnya ia kembali kepada pembaca untuk menentukan berita itu benar atau tidak…

Sekian, maaf kalau pandangan penulis sebelum ini tidak tepat. Kepada rakan-rakan bloggers tuan/puan dari USIM, mohon reveal nama sebenar kerana kita harus berani menulis dan memberi komen jika kita percaya kepada ‘transparency and accountability’. Tima kasih.

Komen

Di atas dua komen yang penulis respon berhubung pandangan penulis dan rakan-rakan bloggers berhubung kes USIM. Apa perbedaannya?

bro86, mangsa keadaan memperbetulkan cerita penulis yang tidak tepat agar penulis membaca blog beliau dan mendengar pandangannya. Then, penulis komen dan balas kembali serta mohon maaf.

Bikin panas, takde komen tetapi ibarat baling batu sembunyi tangan. Saya terima komen saudara tetapi ia bukan kerana takut. Jika di takdirkan rezeki saya bukan di USIM, dan ALLAH tentukan saya berhenti saya akan berhenti. ALLAH yang beri saya rezeki ini.

Tetapi janganlah menjadi blogger yang tidak memberi nama sebenar, nama samaran. dan lebih malang lagi kerana penulis percaya kepada 'transparency and accountability'. Maka penulis mohon maaf dan menarik pandangan tersebut disebabkan pandangannya ada yang tidak benar...

Belajarlah menerima pandangan yang berbeda, tetapi pada masa yang sama menilai adakah cerita itu benar atau tidak dan bukankah kita di ajar 'adabul ikhtilaf'. Penulis bukan pelajar beraliran agama tetapi tahu dimana limitasi penulis untuk berhujah dan memberi pandangan serta memohon maaf bila perlu. Ini merupakan ruang siber yang luas bukan untuk tujuan memomokkan sesiapa tetapi lebih untuk kita mencabar minda menjadi civilised people.

Penulis tidak 'pernah' delete pandangan rakan2 atau bloggers kerana yakin itu hak mereka untuk berhujah dan memberi pandangan. Ia hanya pandangan peribadi dan sesiapa boleh komen... Harap rakan2 bloggers di luar juga memahami dan bersedia untuk berubah. Blog hanya alat untuk dihamparkan / himpunkan segala pandangan.Namun di titik akhirnya, pembaca juga yang perlu mengambil yang mana satu boleh diterima dan berautoritatif dan yang mana satu tidak.

Sekian, terima kasih.


Dari marhaen yang hina

No comments: