Wednesday, April 15, 2009

MeCD - Apa Nasib selepas ini

Persoalan ketiadaan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi menjadi stu titik soal kepada kabinet baru. Walaupun TS Muhyiddin Yasin memperjelaskan PM akan menjawab dan mengeluarkan kenyataan rasmi pembubaran kementerian tersebut tetapi ia masih lagi menjadi tanda tanya...

Antara badan yang diletakkan di bawah kementerian ini termasuklah UDA, MARA, LPKP, BANK RAKYAT, SME BANK, TEKUN, PNS, PKEN dan sebagainya.

Kesemuanya atau hampir kesemuanya bertujuan untuk membantu usahawan bumiputera. Baru-baru ini, Datuk Seri Ong Tee Keat menawarkan diri untuk mengambil LPKP sebagai salah satu cabang dibawah Kementerian Pengangkutan.

Penulis bukan bertujuan menafikan golongan bumiputera terus bernaung dibawah Kementerian 'Melayu' ini tetapi adalah kita menilai semula keberkesanannya. Bayangkan bagaimana tabung MARA telah kosong kerana dana itu telah tiada akibat 'usahawan' Melayu enggan memulangkan duit semula untuk diberikan peluang yang sama kepada usahawan melayu yang lain. Pinjaman MARA dan sebagainya.

Kesemua ini hanya akan menyebabkan bangsa melayu dipandang hina oleh orang lain dan dianggap 'burden' kepada kerajaan. Seharusnya, apabila peluang diberi khususnya kepada cabang orang melayu ini, ia digunakan dengan sebaik-baiknya. Malangnya, apabila ia diberi lain pula jadinya. Pegawai MARA lebih selesa berada di pejabat ber aircon dan bukannya hendak mencari orang yang susah dikampung-kampung dan beri bantuan modal perniagaan sepertimana zaman Tun Abdul Razak (quoted from Kadir Jasin).

Kalau 50 tahun lagi pun orang melayu seperti ini ia tidak akan mengubah apa-apa nasib orang melayu. Balik awal atau 4.59 m telah berada di unch cardmachine. curi tulang, banyak rehat dari buat kerja. sampai bila-bila pun kita tidak akan berubah.

Penulis berpandangan lebih baik orang bukan melayu menjadi bos kalau sikap kita tak mahu berubah...

1 comment:

Missing Cat said...

mecd dah takde hadi...skm pun dah dicampakkan bawah kpdn & hep...taktaula mcm mane nnt...