Monday, March 23, 2009

Veteran tolak cadangan tubuh Akademi Umno

KUALA LUMPUR: Veteran Umno, Tan Sri Aishah Ghani tidak menyokong cadangan penubuhan Akademi Umno oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT), Datuk Saifuddin Abdullah sebagai badan tetap yang berfungsi sebagai badan pemikir kepada Umno.

Beliau yang juga bekas Ketua Wanita Umno, berkata Umno tidak memerlukan sebarang bentuk akademi jika ahli parti mampu meraih sokongan dan kepercayaan daripada orang ramai, terutama penyokong mereka.

Katanya, setiap pemimpin Umno seharusnya meluangkan lebih banyak masa bersama masyarakat tanpa mengira kaum berikutan penyokong parti berkenaan bukan hanya tertumpu pada satu kaum.

"Tidak perlu ‘think tank’ (badan pemikir), nanti tambah memeningkan kepala. Apa yang penting, setiap pucuk pimpinan parti perlu mendekati serta mengutamakan rakyat," katanya ketika dihubungi semalam.

Penganalisis politik, Prof Dr Shamsudin Abdul Rahim, berkata penubuhan Akademi Umno wajar disokong dan dilaksanakan dengan memperluaskan lagi peranannya dalam Umno.

Kenyataan akhbar hari ni dan komen Tan Sri aishah Ghani sangat mengelirukan.... beliau harus faham bahawa idea dan pandangan Dato' Saifuddin sangat baik dan memberangsangkan. Akademi ini bertujuan supaya idea ini dapat dirangsang dan diperhalusi diperingkat pemikir berbanding hanya idea tinggal idea sahaja. Kita sering menganggap bahawa think tank ini tidak perlu walhal di negara luar ia dijadikan satu platform mengumpul cerdik pandai bagi berkongsi idea.

Contohnya apabila penulis menulis kewajaran Akademi Kepimpinan Mahasiswa diinstitusikan, idea ini hanya tinggal idea malahan tidak ada siapa yang menyahutnya. Sedangkan jika kita telusuri sejarah gerakan mahasiswa yang bermula 60 an, 70 an, sehingga kini terdapat banyak perkembangan dan pembaharuan. Justeru, apa yang kita perlu adalah sebuah badan yang mampu mengerakkan dan menjadi rujukan terhadap perkara ini....

1 comment:

Anonymous said...

Penubuhan akademi umno adalah sesuatu yang dialu-alukan. Umpamanya di Britain, parti Konservatif juga mempunyai badan pemikir dan kumpulan-kumpulan mereka tersendiri umpamanya Conservative Muslim Forum, sebagai contoh maknanya idea mewujudkan kumpulan-kumpulan sebegini boleh wujud dalam UMNO juga.

Sekadar berpandangan untuk kebaikan UMNO juga :)