Sunday, March 15, 2009

Demam pilihanraya Bukit Gantang bermula

Pengalaman penulis yang terlibat dengan bengkel pemantauan dan kerja di lapangan sebelum pilihanraya menyaksikan bendera sudah mula dinaikkan. Penerangan yang diberi penduduk tempatan, ada tempat kubu BN dan kubu PAS.

Pilihanraya Bukit Gantang sangat penting dan signifikan terhadap kedua-dua buah kem. Pada BN, ia membuktikan sokongan penduduk tempatan kepada kerajaan setelah di serang sebagai 'perampas' kerajaan Pakatan Rakyat. Di kubu PAS, ia membuktikan sokongan rakyat kepada mereka masih lagi terkesan berbanding isu kedaulatan raja-raja Melayu yang perlu dipertahankan.

Penulis sudah mula mengira-gira kajian kecenderungan dan minat pengundi di pilihan raya kecil Parlimen bukit Gantang ini. Untuk pengetahuan, P.059- Parlimen Bukit Gantang terdiri daripada 3 Dun iaitu N.15 Trong, N.14 Changkat Jering kini ADUN Bebas, dan N.13 Dun Kuala Sepetang. Sebelum ini Almarhum YB Roslan Shaharum memenangi pada tahun 2008 dengan majoriti 1566 mengalahkan Datuk Azim Zabidi, Bendahari UMNO dengan mendapat 20, 015 undi.

Parlimen Bukit Gantang mempunyai 63.33 % pengundi berketurunan Melayu, India, 9.65% pengundi dan Cina sebanyak 27% pengundi berketurunan Cina. Walau bagaimanapun N.13, Kuala Sepeteang majoritinya berketurunan Cina di kawasan tersebut. Berdasarkan analisis 2008, calon BN menang dan sekata di saluran 1 dan 2 tetapi kalah di saluran 3, 4, 5, 6, 7 (pertama kali mengundi).

Ini menunjukkan bahawa undi BN merosot di kalangan pengundi muda.

No comments: