Sunday, March 22, 2009

Kelab UMNO Luar Negara bawa usul suara generasi muda

KUALA LUMPUR 22 Mac - Kelab UMNO Luar Negara akan membawa usul yang bakal meningkatkan keahlian kelab itu dan mencerminkan suara generasi muda Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO yang bermula minggu depan.

Usul tersebut juga bagi membolehkan UMNO menjadi sebuah parti yang berwajah baru.

Pengerusi Kelab UMNO Southampton, Wan Md. Hazlin Agyl Wan Hassan berkata, Kelab UMNO Luar Negara menerima usul daripada 70 kelab dan akan ditapis sebelum dibawa kepada perhimpunan tersebut.

Menurutnya, secara umumnya ia akan mencerminkan suara generasi muda yang mahu melihat transformasi menyeluruh dalam UMNO.

"Secara peribadi, saya sedih kerana tidak pernah menyangka UMNO akan goyah. Ia tidak patut berlaku lebih-lebih lagi pada usia UMNO sekarang, ia umpama malapetaka dan takdir buruk yang perlu dihadapi.

"Kita perlu muhasabah diri dan bertindak. Caranya ialah melalui perubahan luar biasa yang menyeluruh. Saya tidak mahu kelak orang memandang UMNO sebagai tidak relevan," katanya kepada Utusan Malaysia pada Kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara 2009 di sini hari ini.

Agyl, 26, dipilih daripada sembilan calon yang disenarai pendek sebagai wakil Kelab UMNO Luar Negara untuk berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Beliau adalah pelajar Ijazah Doktor Falsafah Perancangan dan Kejuruteraan Pengangkutan untuk Operasi Rel di Universiti Southampton, United Kingdom.

Kamarul Amir Mohamed, 30, yang dipilih sebagai jurucakap simpanan pada perhimpunan itu berpendapat, UMNO masih relevan dan akan kekal sedemikian dengan syarat parti itu melaksanakan amanat perubahan yang diucapkan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, seperti yang diucapkan oleh Najib, Kelab UMNO Luar Negara merasakan UMNO berada di landasan yang betul apabila melakukan proses perubahan dan ia menunjukkan satu perkembangan yang sihat.

"Peningkatan bilangan kelab menunjukkan hasrat kerajaan untuk menyerapkan golongan muda dalam usaha menyumbang kepada negara.

"UMNO akan kekal relevan kepada Malaysia dan akan kekal sebegitu kalau apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Najib dilaksanakan," katanya yang merupakan Ketua Penerangan Kelab UMNO London.

Satu kesilapan besar UMNO untuk terus menjadi parti elitis adalah membenarkan kelab UMNO luar negara terus menguasai parti dan menjadi pemimpin nya. Amat malang sekali, graduan atau mahasisawa IPTA yang mempunyai enrolmen hampir 500,000 orang di dalam IPTA di halanga dan dinafikan kesedaran politiknya. Oleh yang demikian, berita di atas hanyalah melihat persepsi dari seorang graduan luar negara sedangkan mahasiswa IPTA yang banyak terlibat dan bergaul dengan masyarakat khususnya dalam program Operasi Khidmat Masyarakat.

Program masuk bendang, bermain sukan rakyat bersama orang kampung dan sebagainya...

Ada ke graduan luar negara yang buat program sebegitu, buktikan???

Kebanyakan mereka lebih selesa menjadi eksekutif di dalam bilik ber air con atau turun ke bendang-bendang hanyak sebagai gimik politik memperlihatkan pergaulan 'plastik' dengan golongan orang kampung.

Sayang seribu kali sayang, UMNO tidak belajar dari sejarah... Golongan yang pernah menjadi pemimpin UMNO dahulu adalah guru dan cikgu-cikgu kampung. Mereka lebih hampir dengan rakyat, duduk bersama mereka, bergaul di surau dengan mereka, semua di buat bersama-sama... Begitu juga sekarang.... pemimpin UMNO perlu belajar menjadi 'hamba' rakyat jikalau tidak mahu parti ini diubah dari menjadi kerajaan.

Seharusnya mahasiswa IPTA perlu diberi tempat kerana naluri dan susur galur pemahaman duduk bersama orang kampung merupakan kekuatan mahasiswa IPTA... Kalau UMNO mahu terus menjadi elitis, silakan tetapi ia tidak akan berjaya memenangi hati ra'yat.

3 comments:

Anonymous said...

Program masuk bendang, bermain sukan rakyat bersama orang kampung dan sebagainya...
Ada ke graduan luar negara yang buat program sebegitu, buktikan???

---> ada juga Kelab UMNO Luar Negara menjalankan aktiviti di dalam negara, cuma tidak diwar-warkan menerusi media massa dan boleh merujuk pada website Kelab UMNO Luar Negara untuk makluman lanjut.

Seperkara lagi, aktiviti Kelab UMNO Luar Negara tidak semestinya berorientasikan politik semata-mata tetapi juga melibatkan aktiviti sosial, kemasyarakatan dan akademi.

Tetapi biasalah pabila dikaitkan dengan UMNO maka ia akan terbau-bau juga aspek siasah itu. Namun, ada jua wadah untuk kami berdiskusi dan berbincang tentang kebajikan pelajar luar negara tetap jadi keutamaan :)

Idzuafi said...

thanks ikmal....

Persoalannya adakah mereka benar-benar merakyat dikalangan rakyat atau sekadar turun ke kampung sebagai alat untuk bersiasah.

Mungkin ada nada berat sebelah dalam tulisan saya. Maaf...

kam said...

Menarik...xcheck pun sebelum ini blog ni....