Thursday, January 15, 2009

Marah yang merah....

Sya bukan orang yang suka marah...

Tetapi kadang-kadang keadaan menyebabkan kita jadik marah.... Mungkin orang melihat sebab kita muda dan kurang pengalaman menyebabkan mereka memandang rendah dan kurang percaya boleh melakukan sesuatu kerja. Tapi sebenarnya sebaliknya....

Bayangkan pagi ini saya telah meninggi suara ke atas orang luar 'ejen insurans'. Mana tidaknya kita dianggap orang muda dan tak tahu apa. Seharusnya kalau tidak menghormati saya tidak apa.. Tetapi hormatilah jawatan yang saya ada ini. Sekurang-kurangnya kalau tidak bertegur saya diluar, saya tidak kisah....

Mengherdik dan menyerang saya dengan inginkan wang mereka bukan cara dan adab orang melayu. Kita penuh dengan budi bahasa dan kesantunan sebagai orang timur. Itu yang saya tidak faham...

Mungkin sebab dunia kita sudah semakain moden, rakyat sudah semakin bijak... Kadang-kadanag kita lupa seolah-olah sedang memijak budaya bangsa kita sendiri.

Wednesday, January 14, 2009

Melayu mudah lupa...

Dalam menjalankan tugas dan amanah, sesuatu yang harus dipegang adlah istilah 'conflict of interest'. Sebaik-baiknya sesiapa pun perlu mengelakkan diri dari terlibat dalam situasi begini.

Dalam situasi penulis, penulis didatangi 2 orang ejen insurans yang mana pertama merupakan ejen insurans lama yang penulis tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Bayangkan sepanjang lebih 5 bulan penulis berada dan berkhidmat disini, ejen ini tidak pernah hadirkan diri dan bertanya tentang perkembangan kenderaan disini. Sedangkan 80 buah kenderaan USIM di bayar insurans melalui agensi ini.

Kedua, bila CC, ketua kerani mendapatkan ejen baru dan tiada bayaran yang dibayar kepada ejen lama baru lah terhegeh-hegeh mencari kami untuk menawarkan kembali perkhidmatan beliau. Walaupun begitu, kesangsian berlaku apa yang pegwai sebelum ini/ atau staf yang memperkenalkan ejen ini kepada penulis dapat???

Justeru, seharusnya amanah ini digalas bersama dengan tanggungjawab yang akan di tanya ALLAH kelak. Penulis telah melalui pengalaman sukar ini dan seringkali penulis berfikir bagaimana pula diagensi kerajaan yang lebih berhadapan secara langsung dengan kewangan...

Senjata yang ampuh adalah iman dan takwa. Moga penulis dibekalkan dengan keadaan itu juga...

Monday, January 12, 2009

PTD 3rd Stage

Alhamdulillah... Petang semalam penulis dimaklumkan seorang junior yang sama-sama ambil peperiksaan PTD. Kami dah berjaya lepasi Pre PAC pada 11,12,13 Disember kelmarin.

Pengalaman yang menarik dan menakutkan. Walaupun ujian kali ini hanya melibatkan 1 hari namun slot yang sepatutnya berjalan dalam masa 3 hari dipadatkan dalam masa 1 hari. Terdapat 3 slot utama, Slot pertama dipanggil Intellectual Discourse dimana kumpulan kami yang terdiri daripada 11 orang berdiskusi berkenaan 'Exam Oriented Approach Contribute to Unmarketable Graduates'.

Perbincangan agak cool pada permulaannya dan berakhir apabila tiada isu lagi yang ingin dikemukakan. Selain itu, perbincangan slot kedua lebih berstruktur dalam bentuk debat ala parlimen. Tajuknya adalah Pembangunan lebih penting dari pemuliharaan alam sekitar. Tajuk ketika itu bertepatan pulak dengan kejadian tanah runtu. Penulis selaku ketua kerajaan terpaksa mengalas tugas mempertahankan konsep pembangunan. Kami di meja kerajaan berjaya meragukan kes pembangkang bilamana kami mempertahankan dan menghujahkan bahawa pembangunan yang kami maksudkan dalam konsep ini adalah pembangunan mapan.

Selepas solat zuhor, slot 3 adalah fitness. Sebelum itu kerjasama berpasukan diperlukan dalam membentuk koreografi berasaskan lagu yang diberi. Setengah jam diberi bagi membentuk tarian tersebut manakala 3 minit diberikan untuk mempersembahkan kerjasama tersebut.

Akhirnya, fitness betul-betul menguji kekuatan mental dan fizikal calon-calon yang ada. Kami diarah membuat beberapa senaman asas tanpa adanya diperingkat permulaan warming up. Walaupun begitu, alhamdulillah penulis lulus dan berjaya melalui rintangan tersebut.

Persoalannya adakah elemn sebegini penting sebagai seorang PTD. Persoalan ini dilontarkan apabila format baru yang ada seoalh-olah hanya menguji satu aspek iaitu kemahiran berkomunikasi berbanding kemahairan-kemahiran yang lain. Memang tidak dinafikan kemahiran ini penting bagi seorang pendebat atau oretor satu kelebihan kepada mereka dalam menggunakan kelebihan ini untuk mereka. Namun bagi orang yang sebaliknya?

Sewajarnya mekanisme ini dikaji semula dan ditambah baik bagi memastikan dikalangan PTD yang dilahirkan ia mampu berkhidmat unjtuk rakyat dengan lebih baik lagi.Selepas ni, penulis perlu lebih bersedia untuk melangkah ke ruang yang lebih mencabar lagi: sesi temuduga pula.

Sunday, January 11, 2009

KEBEBASAN AKADEMIK DI MALAYSIA : APA HALA TUJUNYA?



Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 atau lebih dikenali sebagai AUKU bukanlah suatu undang-undang yang begitu asing di dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Akta ini yang diperkenalkan Dr. Mahathir Mohamad ketika itu sebagai Menteri Pelajaran bertujuan untuk mengekang demonstrasi jalanan dan pengaruh sosialisme di dalam persatuan-persatuan pelajar khususnya di Universiti Malaya ketika itu-. Namun demikian, jika disorot sejarah AUKU ini, persoalan kebebasan berpolitik yang sering diwar-warkan mahasiswa lebih mendapat fokus berbanding kebebasan akademik termasuklah kebebasan bersuara di kalangan ahli-ahli akademik. Hatta, pindaan AUKU yang bakal di perdebatkan pada sesi Parlimen akan datang juga terarah kepada kebebasan mahasiswa berbanding ahli-ahli akademik.

Kebebasan akademik di dalam universiti bukan satu istilah yang janggal dalam konteks dunia hari ini. Ia bergerak seiring dengan kebebasan bersuara dan menyampaikan idea khususnya dalam diskusi-diskusi intelektual yang melibatkan ahli akademik. Persoalannya, sejauh mana ahli-ahli akademik universiti di Malaysia mendapat autonomi dan keistimewaan ini? Kedua, adakah wajar mempertimbangkan kebebasan mahasiswa itu lebih berbanding persoalan kebebasan akademik di Malaysia sedangkan kedudukan universiti Malaysia di kalangan kelas dunia masih jauh di belakang.

Perjuangan kebebasan akademik adalah sesuatu yang baru berbanding kebebasan hak asasi yang lain. Contohnya, walaupun idea berhubung kebebasan bersuara telah mula mendapat tempat ketika Revolusi Perancis tetapi idea berhubung kebebasan akademik hanya bermula sekitar 1900 yang diperjuangkan ahli-ahli akademik ketika itu. Ini dibuktikan dengan rentetan sejarah pada tahun 1898 dimana seorang Profesor terkemuka di Universiti Sydney, George Arnold Wood telah dihukum Senat disebabkan kelantangannya menentang Peperangan Boer. Setelah itu, di dalam tahun 1921, Vere Gordon Childe telah dinafikan haknya dalam pelantikan di Universiti Queensland disebabkan pandangan politiknya yang berideologi sosialis tetapi dibuktikan di Universiti Edinburgh beliau menjadi pakar sejarah yang begitu terkenal di zamannya.

Persoalan kebebasan akademik ini seharusnya dilihat bersandarkan obligasi ahli-ahli akademik ini kepada masyarakat. Keperluan ini boleh dilihat bersandarkan tiga disiplin penting yang mengikat ahli akademik itu dalam bidang penyelidikan, pengajaran dan penulisan. Ini kerana ahli-ahli akademik seharusnya diberikan ruang bersuara melalui ketiga-tiga disiplin terbabit. Tetapi kebebasan akademik yang diberikan pula perlulah dijunjung dengan tanggungjawab besar khususnya apabila mereka menulis, mengajar dan membuat sesuatu penyelidikan. Dan sebagai galang ganti, ahli-ahli akademik ini perlu menyampaikannya pula kepada masyarakat.

Walaupun begitu, andaikata ahli-ahli akademik ini disaman orang perseorangan atau masyarakat di luar atas kajian, tulisan beliau, wajarkah universiti mempertahankan hasil mereka ini? Oleh yang demikian, ahli-ahli akademik perlu memahami sumbangan idea terhadap masyarakat luar tidak pernah dihalang malah digalakkan tetapi ia perlu bersandarkan kepada penyelidikan berasaskan pengkhususan mereka.

Kebebasan akademik di Malaysia khususnya yang melibatkan ahli-ahli akademik jarang sekali diketengahkan dan mendapat perhatian media massa. Ini kerana bersandarkan seksyen 24D, Akta Universiti dan Kolej Universiti, ahli-ahli akademik ini turut dikategorikan sebagai kakitangan awam dan terikat dengan peraturan-peraturan yang dikenakan kepada kakitangan awam di badan-badan berkanun lain. Ini dapat dilihat khususnya di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2002.

Peraturan 19 menyatakan bahawa kakitangan awam ini dilarang membuat sebarang kenyataan kepada awam secara penulisan atau pun percakapan yang boleh menjatuhkan, mengagalkan dasar-dasar kerajaan. Justeru, sekiranya kajian atau penyelidikan yang dilaksanakan ahli-ahli akademik ini membuat kesimpulan berdasarkan perkara di atas maka perkara ini seharusnya tidak boleh dihebahkan kepada masyarakat.

Thursday, January 8, 2009

Pengurusan Organisasi

Dalam menguruskan sesebuah organisasi kita sering diajar dalam ilmu pengurusan kepentingan 4 perkara. Antaranya perancangan, mengorganisasi, mengetuai dan mengawal. Kesemua 4 perkara diatas merupakan intipati penting memastikan kita menguruskan sesuatu organisasi itu dengan baik atau tidak.

Dalam kehidupan bekerjaya penulis di USIM, seksyen kenderaan merupakan antara unit yang sangat 'panas' kerusinya. Ini dapat di lihat dari pertukaran pegawai-pegawai yang mengetuai jabatan ini. Contoh yang jelas di dalam tahun 2008 sahaja, seramai 3 orang Penolong Pendaftar telah bertukar tangan dan beralih tugas. Penulis orang yang terakhir diamanahkan disini pada 2 September yang lalu. Persoalannya, sampai bila?

Banyak boleh diaplikasikan berhubung ilmu pengurusan di Seksyen Kenderaan ini. Ini dapat dilihat dari keputusan-keputusan yang dibuat dan perancangan yang masih belum selesai di sini.

Semoga penulis ada 'aura' dan kekuatan untuk melakukan perubahan di sini.
*Penulis akan terlibat merangka belanjawan 2010 dan 2011 di Spa Resort Port Dickson pada 16 dan 17hb Januari bagi tujuan diatas. Sangat berkaitan dengan luahan rasa diatas....

Kelas Undang-Undang Perubatan

23 hb Disember 2008

Secara rasminya aku bergelar mahasiswa Sarjana Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. IPT terulung yang mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa penutur dalam institusi ini. Kejayaan Budayawan, Tokoh2 dan Pejuang2 Bahasa yang telah berjaya memastikan IPT ini didaulatkan di atas nama Bhasa Melayu. Tahniah dan terima kasih jua kepada Tun Abdul Razak yang membenarkan institusi ini berkembang dan berjaya sepertimana hari ini.

Aku mendaftar untuk dua subjek termasuk lah metodologi penyelidikan undnag-undang kelolaan Dr. Rohani dan Undang-undang perubatan. Kelas metodologi hanya akan bermula 15hb memandangkan beliau berada di Indonesia lagi.

5hb Januari 2008

Kelas pertama Undang-Undang Perubatan dikelolakan oleh Prof. Madya Dr. Anisah. Sangat baik setakat ini... Cuma terdapat istilah-istilah dan terminologi perubatan yang memerlukan aku meminjam kamus perubatan dari abang ku.

Sekarang pun sedang banyak mengumpulkan artikel-artikel undang-undang perubatan yang berkaitan. Bila menjadi sebhagaian pelajar Sarjana ini, tumpuan dan fokus harus lebih tersusun dan teratur. Kalau difikirkan masa pelajar pra siswazah mungkin boleh lagi main-main. Kini, semua harus dianggap serius dan penting.

Moga aku terus kekal faham dan memahami bidang ini. Buku-buku telah aku minta dari abang sulung, kakak ipar ku dan ibu ku sendiri bagi memastikan aku lebih memahami skop perubatan di malaysia ini.

Azam Tahun Baru....

Tajuk di atas amat tidak relevan memandangkan hari ini saja sudah bertarikh 8hb Januari 2009.

Sepertimana biasa, manusia akan berazam dan apabila datangnya tahun baru memperbaharui azam yang tidak pernah tercapai. Tetapi tidak pula saya menyalahkan bagi mereka yang telah berjaya menunaikan azam sebagai tahniah.

ALLAH jadikan manusia nie dengan pelbagai ragam dan sifat. Justeru, kebolehan mereka juga berbeda-beda. Saya tidak menafikan pula kemampuan seseorang yang berjaya menunaikan azam. Seperti saya sendiri tidak pernah berazam apabila datangnya tahun baru kerana saya tahu ia tidak akan ditunaikan atau saya akan memperbaharui azam yang sama pada tahun lepas.

Ada banyak perkara yang telah berlaku pada tahun 2008. Ia menjadi catatan berguna sepanjang tahun lepas untuk bekalan tahun nie. Semua pengalaman ini akan mematangkan kita, walaupun kita selalaunya tidak suka pengalaman pahit yang kita telah lalui.

Moga-moga kita bertambah matang dan berjaya mengharunginya sepertimana kita telah melalui tahun 2008.