Allah temukan saya dengan kawan-kawan yang baik, tak kira di mana saya berada. Di UiTM Melaka, di UUM,di MPP, di Kolej, Law Society, di Perodua, di USIM dan akhirnya di UKM. Sepanjang saya belajar dan bekerja alhamdulillah, saya mempunyai rakan-rakan ini yang boleh dihubungi ketika saya berada di kawasan mereka. Akhirnya saya ada rakan-rakan di seluruh negara untuk dihubungi apabila berkunjung ke tempat mereka. Teringat kata pepatah melayu, berkawan biar seribu tetapi berkasih biar seorang sahaja.
Contohnya bila saya berada di Segamat, kawan masa di kolej Proton ada untuk dihubungi dan meminta bantuan. Di Terengganu, bila saya ke sana ada kawan-kawan yang menyediakan tempat penginapan. ALLAH memudahkan dan menjalinkan hubungan silaratul rahim ini dengan baik dan berpanjangan.
Pastilah yang penting utama dalam persahabatan adalah keikhlasan dimana kita bukan opportunis mengambil peluang untuk kepentingan diri tetapi teman untuk berkongsi, suka duka, pahit manis dan sebagainya. Tips bersahabat sepertimana yang diungkapkan oleh Ustaz Tuan Ibrahim di satu kuliahnya adalah kasihlah kita kepada kawan/sahabat kita kerana ALLAH s.w.t
Satu kisah seorang sahabat nabi s.a.w berjumpa Rasulullullah di dalam masjid lalu dibelakangnya lalu seorang sahabat lain dan sahabat ini berkata kepada Rasullullah, aku kasih sahabat ku itu kerana ALLAH s.w.t. Maka Rasullullah bertanya adakah sahabat mu itu mengetahuinya, maka dijawabnya tidak. Rasullullah meminta ia mengatakan kepada sahabatnya yang lalu tadi dengan apa yang dilafazkan dihadapan nabi.
Dalam mengungkap erti persahabatan lebih dalam dan bermakna maksudnya dari erti berkawan. Sahabat menegtahui segala serba serbi sahabat yang lain. Makan minumnya, sakit peningnya, masalahnya dan sebagainya. Kawan hanya mungkin ungkapan yg kita fahami luaran sahaja.
Dalam meneruskan pengajian sehingga kini, penulis mempunyai dua sahabat baik. Seorang teman kelulusan UiTM dengan kelas pertama LLB (Hons) dan BLS, seorang teman UIAM. kedua-duanya ada persamaan iaitu bekas Timbalan Pendakwa Raya di Sarawak dan Putrajaya. Kami melengkapi antara satu sama lain. Adakala kami berbual-bual pasal isu politik, sosial, makanan, melancong dan sebagainya. Dari isu serius, pembelajaran, keluarga dan masa hadapan (kerjaya).
Kadang kala juga, kami membicarakan cukup serius isu agama. Kalau berkaraoke pun boleh tahan juga... Tapi kami belum lagi ke sana.... hahaha
Kami mempunyai 'keinginan' dan berkongsi 'common interest' yg sama. Mungkin kebetulan atau satu suratan.... Ingin bercuti sama, meredah mencari tempat makanan untuk dirasa dan dinikmati.... Nikmat bersahabat dengan mereka
Mendidik generasi masa hadapan yang lebih celik undang-undang bukan untuk disalah guna tetapi menjadi alat mencapai keadilan dan kebenaran. Pastilah tiada ungkapan yang lebih baik sepertimana diungkap Rasulullulah s.a.w aku kasih sahabat-sahabat ku ini kerana ALLAH s.w.t. Moga sahabat-sahabat ku ini juga dijodohkan dengan jodoh baik sesuai dengan perwatakan agama mereka.
1 comment:
Hadi, sahabat yg dari uitm tu bukanlah baik sgt...Manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan.Ingin saya betulkan yg ilmu agama pun tak seberapa.Dia merupakan seorang insan yg cuba memperbaiki diri dan menjadi insan yg lebih baik.Semua org ada pengalaman tersendiri. Persoalan yg timbul adakah kita akan mengakhiri hidup ini dgn kesudahan yg baik? Apa yg berlaku di masa lampau hanya sejarah yg akan menilai. Tetapi saya percaya bahawa manusia sentiasa mempunyai peluang utk berubah. Sesungguhnya Allah S.W.T itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.Saya doakan saudara mendapat kejayaan dalam hidup dan semoga berbahagia selalu.
Post a Comment